Terkini! Kerajaan PN Perak bakal tumbang?

 

Terkini! Kerajaan PN Perak bakal tumbang?


Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan, menurut beberapa pemimpin PH negeri itu.

Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Bersatu di Perak seperti “bom jangka” yang boleh meletup pada bila-bila masa.

Menurut Adun Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad, ada desas-desus mengatakan sebahagian pihak dalam Umno Perak tidak senang dengan Faizal yang juga merupakan timbalan presiden Bersatu.

“Saya boleh nampak ketegangan Umno dan Bersatu dalam banyak isu di negeri ini.

“Selain itu, isu salah guna kuasa dan kelemahan pendadbiran di Perak bukan dibangkitkan oleh PH sahaja, sebaliknya ahli Umno sendiri,” dakwanya kepada Malaysiakini.

Varisai yang juga Ketua Penerangan PKR Perak mengulas kenyataan Anwar Ibrahim bahawa dia akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok (13 Oktober) mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia kira-kira tiga minggu selepas Anwar membuat sidang media bagi mengatakan dia memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.

Untuk rekod, pentadbiran di Perak juga bertukar daripada PH kepada Perikatan Nasional (PN) berikutan perubahan yang sama di peringkat persekutuan.

Hubungan yang kian tegang

Varisai mendakwa sekurang-kurangnya enam Adun Umno sedia untuk bekerjasama dengan PH di Perak.

“Secara peribadi saya ada hubungan baik dengan beberapa Adun Umno yang kata mereka telah menekan pimpinan Umno agar menukar menteri besar dari kalangan parti mereka.

“Saya ramal kebanyakan Adun Umno akan mengikut langkah di pusat jika Anwar menubuhkan kerajaan bersama anggota Parlimen dari parti mereka.

“Setahu saya sekurang-kurangnya enam Adun Umno yang telah sedia berbuat demikian,” dakwanya lagi.

Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia dimaklumkan ramai Ahli Parlimen Umno dan BN yang menyokong Anwar dan dia tidak boleh menghalang perkara itu.

Bagaimanapun kenyataan itu dikritik beberapa pemimpin parti itu yang menyifatkan Zahid selaku presiden perlu menetapkan hala tuju yang jelas untuk Umno.

Semalam pula, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan serta Setiausaha Agung BN dan Muafakat Nasional Annuar Musa masing-masing menegaskan Ahli Parlimen parti mereka kekal menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, bekas menteri besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa sejumlah Adun akan mengikut jejak langkah Ahli Parlimen kawasan mereka untuk menyokong PH.

“Adun-adun ini akan mengikut MP Umno dari kawasan mereka yang menyokong Anwar di peringkat pusat,” dakwanya ketika dihubungi.

Dia yang merupakan Adun Sungai Rapat itu mendakwa perkara sama juga akan berlaku di Kedah, Melaka dan Johor.

Tidak mustahil gabungan Umno-PH

Bekas exco kerajaan negeri A Sivanesan pula berpendapat tidak mustahil untuk kerajaan PN tumbang, dengan membangkitkan jumlah kerusi yang dipegang Umno dan DAP di Perak.

“Bagi saya, gabungan Bersatu, Umno dan PAS di Perak umpama satu ikatan terpaksa walaupun tidak setuju dengan banyak perkara.

“Kalau mengambil kira kerusi dikuasai DAP dan Umno di Perak, sudah mencukupi untuk majoriti dua pertiga,” kata Adun Sungkai itu.

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri. Selepas PRU14, PH menguasai 30 kerusi yang terdiri daripada 18 kerusi DAP, Amanah (enam), PKR (empat) dan Bersatu (dua

Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) Perak kini menguasai 35 kerusi dengan Umno (25), PAS (tiga), Bersatu (empat) dan tiga kerusi bebas (yang dipegang oleh bekas anggota DAP dan Amanah).

Hanya 24 kerusi DUN kekal bersama PH.

Menurut Sivanesan yang merupakan naib pengerusi DAP Perak, lebih mudah untuk bekerja dengan “musuh” berbanding “pengkhianat”.

“Ketika menjadi exco, saya biasa terima panggilan daripada pemimpin Umno yang minta bantuan berkaitan isu rakyat dan kawasan dan saya bantu mereka.

“Maka, tidak mustahil untuk menubuhkan kerajaan yang merangkumi Umno dan PH dalam satu gabungan,” katanya lagi.

‘Mimpi ngeri’

Bagaimanapun Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad menafikan bahawa Adun parti itu sedia bekerjasama dengan PH walaupun mungkin berlaku perubahan di peringkat persekutuan.

“Ia satu mimpi ngeri. Kita (Umno Perak) yang tubuhkan gabungan PN di Perak. Jadi tiada sebab bagi kami menyokong Anwar.

“Mungkin di persekutuan betul (ada MP sokong Anwar). Ada yang kata kerusi (kedudukan PN) sedang goyang tetapi tidak di Perak.

“Kami ada 35 kerusi…tidak ada goyang. Tak perlu mengalih sokongan kepada PH,” katanya lagi.

 

Sumber: Malaysiakini



PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

 

Saya baca satu kenyataan dari MB perak menyebut beliau telah menukar setiausaha politik beliau...

 Sayang pada parti bersatu dan negeri perak apabila seorang tokoh hebat di berhentikan sebagai setiausaha politik MB. Setahu saya setpol itu orangnya sangat baik dan alim,beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada mb perak ke arah jalan yang baik.

 Satu kehilangan bagi negeri perak dan ahli bersatu. Semasa perkhimatan beliau sebagai setpol di beritakan sangat membantu rakyat,mudah di dekati,rajin turun padang dan beribu orang miskin telah di bantu. Ahli ahli bersatu dan umno amat terkesan bila beliau bukan lagi sebagai setpol. Ramai ahli bersatu di perak akan merasa ketiadaan beliau...bukan saja ahli bersatu dan umno sedih...sprm pun sama sedih atas kehilangan setpol itu.mm

 Apa pun tahniah kepada setpol yang baru di lantik. Kepada MB perak beliau memang seorang ahli politik yang berjaya dan bijak....akan menjadi MB perak yang di sayangi oleh rakyat....kerana sikap beliau. Mb perak kita di beritakan sangat perihatin terhadap tanah tanah melayu dan hak milik negeri. Mb perak ini pernah berkata dengan saya dia jenis orang yang di didik tidak menjual harta tapi membeli harta.

 Saya di fahamkan semenjak MB Peja jadi mb tak ada tanah di berikan kepada mana mana syarikat sebaliknya dia mengarahkan ceo ceo ajensi membeli semula tanah tanah yang telah tiada...gunakan segala yang ada untuk menambah segala harta kepada kerajaan negeri....satu kejayaan besar oleh MB peja ialah menambah keluasan rizab melayu yang tidak di buat oleh Mb dari umno sebelum ini.

Tahniah kepada perak negeri kelahiran ku

 

SEGALA TUDUHAN ADALAH KEJAHATAN DALAM DIRI TUAN!


Image may contain: 1 person, glasses and close-up, text that says "#InAnwarWeTrust WeTrust You can imprison a man BUT you cannot imprison his spirit, his ideas, the ideals he stands for ~Anwar Ibrahim"

Mahathir kata "Anwar tak layak PM", maka sejak itu semua pemimpin tidak layak diangkat menjadi PM!

Mahathir cakap "Anwar ada isu moral" Sejak dari itu semua yang tidak bermoral memimpin negara, buktinya perompakan harta negara, rasuah bermaharajalela!

Semua yang Mahathir tuduh Anwar ada dalam dirinya. Dizahirkan kepada Anwar agar dia bersinar! Jika 1998 Mahathir ingat dia lawan Anwar, 2020 ni dia melawan kebenaran, dia melawan Tuhan. Cuma dia tak sedar kerana dalam hatinya hanya punya kaya dan kuasa. Bila Allah akan berada dalam hatinya? Apabila perut sudah penuh dengan tanah!

Mahathir adalah contoh kepada rakyat Malaysia, untuk belajar. Maka setiap rakyat dan YDPA sedang diberi pilihan samada memilih menegak kebaikan atau meneruskan kebatilan.

Oleh itu, BUKAN Anwar yang mereka lawan tetapi kebaikan dalam diri mereka! Anwar tidak kalah, hanya kejahatan dalam dirinya yang rebah!

Jadi sebagai manusia belajar lah. Cuma setelah sekian lama yang batil berkuasa, kita merayu dengan Allah yang hak pula tertegak.

Teruslah bermunajat untuk kebaikan negara dan rakyat. Tiada kekeliruan antara kejahatan dan kebaikan sejelas kekufuran dan keimanan.

Wallahu'alam.



ANWAR BRJUANG BANTU ORANG MISKIN SEJAK DI SEKOLAH

 Image may contain: 4 people

Kami Sayang Dato Seri Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim

masuk MCKK melalui keputusan peperiksaan khas yg perlu diduduki. Seingat saya hanya 3 org pelajar dari Pulau Pinang yg terpilih pada waktu itu.

Masa di MCKK beliau terlibat dalam St John, Persatuan Sivik, Persatuan Bahasa Melayu. Kemudian dikenali sbg pembahas terkenal di Maktab. Masa junior dia baik dgn Sanusi Junid, senior pada masa di Maktab.

Guru-guru di MCKK pastilah hebat belaka. Pengetua waktu itu ialah NJ Ryan, sejarawan. Kemudian diganti oleh cikgu Abdul Aziz Ismail, pengetua Melayu pertama di MCKK. Gurunya ramai termasuk yg dikenali misalnya (alm.) Abdul Rahman Arshad dan Desmond J. Tate (nama muslim Muzaffar Tate).

Masa di MCKK Anwar didedahkan dgn dunia global sbb mereka perlu belajar kesusasteraan Inggeris spt. karya2 Longfellow, Wordsworth, Shakespeare, George Bernard Shaw dan ucapan2 tokoh terkenal spt. Winston Churchill dan John F. Kennedy.

Pada waktu lapang Anwar sering ajak kawan-kawan ziarah guru mereka untuk tutorial. DJ Tate, guru sejarah antara yg baik dgn Anwar. Anwar belajar sejarah Eropah dgn dia. Dia gesa Anwar baca majalah the Economist utk luaskan penguasaan isu semasa dan bahasa Inggeris.

Sanusi Junid dan Anwar sama-sama ketika Badan Ugama MCKK dijenamakan semula kpd Badan Revolusi Ugama (BRU), ambil sempena tajuk buku karya Hamka - Revolusi Ugama. Risalah Sedar menjadi medan penulisan BRU. Mereka terdedah dgn idea-idea Kaum Muda.

Kemudian, ada gerakan underground Maramunjangan (Mara, Mundur Jangan!). Mereka selalu bertemu dan berbincang isu-Isu semasa ttg nasib masyarakat dan peranan mereka utk membawa perubahan.

Antara kegiatan BRU dan Maramunjangan ialah mengadakan kelas bahasa Inggeris dan dakwah di sekitar Kuala Kangsar. Masa itu juga mereka belajar bahasa Arab drpd pelajar2 sekolah agama di atas Bukit Chandan. Kira mcm barter la. Kami ajar bahasa Inggeris, kami belajar bahasa Arab.

Pernah sekali masa keluar berkelah dgn kawan-kawan, hujan lebat masa mereka hendak balik. Mereka tumpang berteduh di sebuah rumah. Ada seorang tua duduk di beranda. Dia mengesot mengelak tempias dan air menitik drpd atap yg bocor.

Bila ditanya “kenapa tidak masuk?”, dia menjawab itu bukan rumah dia. Dia hanya menumpang dan tidur di beranda itu. Mereka terkejut. Anwar merasa sangat terganggu dgn jawapan tersebut. Balik ke Maktab beliau minta Fauzi Rahman jadi tukang kutip duit sumbangan.

Mereka berjaya kutip RM80. Jumlah yg agak besar pada masa itu. Oh ya, pelajar-pelajar di MCKK pada masa itu ada yg layak dpt biasiswa, ada elaun bulanan.

Bila balik kampung di Ceruk Tok Kun, Permatang Pauh, Anwar hidupkan pula kelas-kelas percuma kpd pelajar-pelajar sekolah di sana. Beliau bersama rakan-rakan sebaya tubuhkan Belia Teraju Negara (BETERA).

 


MAHATHIR TAK PERLU LA NAK TEGAKKAN BENANG BASAH…

 

Image may contain: 5 people, text

BOB KELANANG

Sanggup mati daripada serah kuasa. Bubar DUN dalam situasi getir Covid-19 di Sabah. Paling jahanam ada MP golongan mereka dakwa Covid-19 hanya sandiwara.

Hasilnya, daripada menjadi kerajaan dan menjadi pembangkang. Kalau buat undian dalam sidang DUN kan senang. Situasi kekal sama. Kalah...

Kerana sombong kerakusan, rakyat Sabah menanggung Covid-19.

Paling lucu, Mahathir cakap "Paksa Kerajaan buat PRN". Benda boleh tunjuk sokongan tanpa bubar DUN. Kenapa perlu bubar. Simple. Kalau dah ada yang nak jadi katak, terima jela kenyataan. Daripada menyusahkan rakyat sebab Covid-19.

SOLAT HAJAT MOHON DARI MAHA ESA IKHTIAR KITA TERAKHIR

 

Image may contain: ‎one or more people, ‎text that says "‎RaIS Solat Hajat malam ini permudahkan jalan Anwar Ibrahim وسن‎"‎‎





Seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam yang mahukan kebenaran dan menolak pengkhianatan diseru untuk mengadakan solat hajat pada malam ini hingga keesokan hari bagi tujuan:

* Semoga Allah memberi taufik dan hidayah serta kesihatan yang baik kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri serta sekelian raja-raja.

* Semoga Allah menyelamatkan negara tercinta kita ini dari ancaman wabak Covid19 yang berpanjangan.

* Semoga Allah memberi kekuatan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim serta dipermudahkan usahanya untuk menyelamatkan negara ini dan mendapatkan kembali mandat rakyat yang telah dikhianati.

"Dan tiada kekuatan selain dari kekuatan Allah Subhanahu Wataala untuk kita mengadu dan memohon".

WFAUZDIN NS

 

Covid-19: 563 kes, 2 kematian, lebih 5,000 dirawat

 


PETALING JAYA: Sebanyak 563 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 2 kematian, manakala kes aktif dirawat di hospital seramai 5,039 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu Sabah mencatatkan 291 kes diikuti Pulau Pinang 141.

Setakat ini Malaysia merekodkan 16,220 kes Covid-19 dengan 11,022 daripadanya disahkan sembuh.


30 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 



TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA. SILA TEKAN > UNTUK BERITA AWAL PAGI. 

ADUN AMANAH SOKONG SEBARANG KEMUNGKINAN POLITIK

 

Kami, semua ADUN AMANAH Perak bersedia dengan sebarang kemungkinan apa yang berlaku lonjakkan politik tanahair pada hari Selasa ini dan yang dikatakan turut berlaku limpahan di Perak.


Kami serahkan kebijaksanaan pimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk membuat keputusan sewajarnya demi rakyat Perak, kami cukup bersedia untuk mengangkat kembali suara rakyat yang tertangguh sebelum ini.


ASMUNI AWI

Pengerusi AMANAH Negeri Perak

DSAI JUGA AKAN KE BUKIT AMAN PADA SATU TARIKH YANG SESUAI

RINA HAMZAH


Situasi dia camni:

1. Yang tahu senarai sebenar hanyalah Anwar Ibrahim & Yang di-Pertuan Agong sahaja.

2. Tetapi ada portal (portal fitnah RPK) yang mendedahkan senarai 121 MP yang menyokong Anwar.

3. Rentetan daripada itu ada beberapa laporan polis dibuat oleh MP yang namanya di dalam senarai tersebut sedangkan Anwar tidak pernah mendedahkan nama² MP tersebut kecuali untuk dipersembahkan kepada YDPA sahaja.

4. Polis mula jalankan siasatan setelah laporan dibuat.

5. Bagi memudahkan proses siasatan, Anwar perlu memastikan keabsahan senarai yang dirujuk. Oleh itu Bukit Aman telah memanggil Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan.

#MuhyiddinOut

 

 


KEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT SUATU KEWAJIPAN

 



Image may contain: 11 people, text



Semua tahu, kerajaan PH jatuh setelah 22 bulan menjadi kerajaan. Jatuhnya kerajaan PH bukan kerana ditolak oleh rakyat di dalam pilihanraya, tetapi apabila berlakunya pengkhianatan di kalangan pemimpin dan beberapa Ahli Parlimen.

Pengkhianatan ini mungkin gagal jika tidak dibantu oleh pihak lain. Wujudnya kerajaan pintu belakang ini adalah kerana ianya dibantu oleh pihak2 lain yang mahu berkuasa tanpa mandat rakyat. Alasan kononnya mahu kepada sebuah kerajaan melayu Islam tanpa Dap yang lebih baik ternyata gagal. Terbukti sekarang kerajaan yang ada begitu huru hara dan caca merba. Menteri2nya jauh lebih ramai dari kerajaan PH sebelum ini namun apa yang mereka lakukan untuk negara ini? Kerajaan yang wujud hasil dari pengkhianatan tidak akan mendapat perlindungan Allah.

Islam meletakkan khianat pada tempat yang hina lagi dina, selain merupakan sebahagian dari tanda-tanda orang munafik. Allah menjelaskan orang yang beriman tidak boleh mengkhianati amanah yang telah diberikan.

Dalam Surah al-Anfal ayat 27 (bermaksud): Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.

Dalam Surah al-Hajj ayat 38 bermaksud: “Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.”

Setelah Allah melarang perbuatan khianat, maka ayat ke-107 surah an-Nisa pula melarang berdebat dan membela orang yang khianat. “Dan janganlah engkau berdebat membela orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa.”

Maka, jelaslah khianat dan bersubahat dengan pengkhianat begitu mendapat tempat yang jijik di dalam Islam.

WFAUZDIN NS

 

Pengumuman perintah kawalan pergerakan kelirukan rakyat - Dr Lee

 


Pengumuman kerajaan berhubung perintah kawalan pergerakan di beberapa tempat di negara ini sebenarnya mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata jurucakap Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye.

 Bekas timbalan menteri kesihatan itu berkata ini terbukti menerusi perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Klang.

 "Pengumuman PKPB Klang baru-baru ini cukup kalut dan mengelirukan. Rakyat keliru sama ada sesetengah tempat sahaja terlibat atau meliputi seluruh Mukim Klang.

 "Apa yang lebih mengelirukan adalah aktiviti apa yang dibenarkan ketika PKPB. Tetapi kekeliruan ini boleh ditangani dengan lebih baik," katanya dalam kenyataan.

 Boon Chye berpandangan, salah satu caranya adalah untuk memperkenalkan garis panduan khusus mengenai perintah kawalan pergerakan (PKP).

 "Sebagai permulaan, PKP berkesan untuk mengawal virus SARS CoV2 yang menyebabkan COVID-19 dari menjangkiti manusia. Ia efektif seolah-olah seperti vaksin ketika vaksin sebenar masih belum dapat dicipta hingga hari ini. Ini kerana manusia adalah satu-satunya hos kepada virus SARS CoV2 dan ketika penularan manusia ke manusia dihentikan, wabak dapat dikendalikan dan dapat berakhir secara spontan.

 "Setiap PKP mempunyai 3 parameter yang perlu ditentukan, iaitu tempoh PKP, lokasi PKP dan tahap PKP tersebut.

 "Parameter ini diputuskan berdasarkan sejauh mana penyebaran wabak. Sebilangan besar kekeliruan rakyat adalah mengenai aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.

 "Justeru, saya mendesak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan untuk menetapkan garis panduan khusus mengenai empat tahap PKP dan bukannya istilah PKPD, PKPB dan PKPP," katanya.

 Berikut merupakan cadangan Lee Boon Chye terhadap tahap PKP:

 

Tahap 4 PKP: bentuk PKP yang paling teruk seperti 18/3/2020 apabila semua perkhidmatan yang tidak penting, awam atau swasta, tidak dibenarkan. Pergerakan manusia dihalang.

 

Tahap 3 PKP: membenarkan aktiviti berisiko rendah (contohnya jabatan kerajaan, pejabat, kebanyakan perniagaan kecuali tempat hiburan dan makan di restoran) untuk disambung semula dengan 'normal baharu' (iaitu jarak fizikal, memakai topeng, sanitasi tangan, sanitasi kawasan umum, pemeriksaan suhu dan pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera). Tidak ada perhimpunan orang yang melebihi 10 orang dalam satu masa.

 

Tahap 2 PKP: membenarkan kebanyakan aktiviti termasuk makan di restoran, sekolah dan institusi pendidikan untuk disambung semula dengan 'normal baharu'. Tidak ada perhimpunan lebih dari 100 orang.

 

Tahap 1 PKP: biarkan semua aktiviti termasuk tempat hiburan disambung semula dengan 'normal baharu'. Tiada sekatan orang ramai selagi jarak fizikal dapat dijaga.

 Boon Chye menjelaskan, apabila PKP dikenakan untuk jangka waktu tertentu, di lokasi tertentu, MKN hanya perlu mengumumkan tahap PKP yang secara automatik menentukan jenis aktiviti yang dibenarkan atau tidak diizinkan.

 "Ini akan menjadi lebih jelas. Klasifikasi ini akan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat, dan juga agensi penguatkuasaan. Ini juga akan mengelakkan kenyataan yang berbeza dari menteri yang berbeza," katanya.

 

TAK ADA FAEDAH MELAYU BERSATU TAPI KERAJAAN LEMAH

 TAK ADA FAEDAH MELAYU BERSATU TAPI KERAJAAN LEMAH

Dakwah Anwar dan para ulama**


Neo Melayu


Mungkin generasi muda Melayu-Islam kurang sedar jasa Anwar Ibrahim pada pentas dakwah Malaysia. Ada penyokong taksub PAS tanpa segan silu menuduh macam-macam kepada Anwar kononnya mempergadai Islam dan Melayu. Padahal pada saat PAS sedang berdakwah dengan cara keras, Anwar Ibrahim di awal usianya lagi sudah mempersiapkan landasan dakwah untuk memperkasa jati diri melayu.


Selain prestasi beliau mempertahankan raja-raja melayu, dan bahasa kebangsaan. Terselit jiwa dakwah dalam beliau sejak muda.


Antara tokoh yang begitu rapat dengan Anwar adalah Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Niamat Yusuf. Mereka tiga sekawan. Ustaz Niamat Yusuf merupakan tokoh maal hijrah negeri Kedah. Beliau lepasan Al-azhar dan pengasas Pondok Derang, Kedah. Ustaz Niamat merupakan ulama dan seniman. Beliau juga dikenali dengan nama pena An-Niamaty. Di awal pengenalan Ustaz Niamat amat kagum dengan Anwar , beliau  tidak sangka seorang anak muda semasa itu sudah membaca karya-karya pemikir islam besar seperti Muhammad Iqbal , Al Banna, Qaradhawi dan lain-lain. Menurut Ustaz Niamat , Anwar lah tulang belakang dakwah ABIM sehingga banyak memberi kesan pada jati diri orang melayu khususnya soal keislaman seperti bertudung, memperluas program - program agama di dewan umum. Dulu kurang orang pakai tudung, hatta di sekolah perempuan masih memakai skirt, hasil dakwah dan aktivism Anwar kerajaan memulakan polisi memakai kain dan tudung di sekolah. 


Dulu amat jarang program keagamaan di television , dengan adanya Anwar sejak menjadi aktivis sehingga masuk politik , kita hari ini bukan sahaja ada program keagamaan di TV malahan ada siaran khas berunsur Islamik di TV. Menurut Ustaz Niamat lagi , Anwar antara peribadi yang pertama mengusulkan perbankkan tanpa riba atau islamic banking pada kerajaan sehingga lama ke lamaan hari ini kita mempunyai sistem perbankkan islan yang lengkap. 


Anwar masuk UMNO dengan niat reformasi dan mengislahkan dan memperbaiki UMNO. Apabila beliau dipecat , Anwar dipenjara dan tertubuhnya parti Keadilan. Parti ini mendapat restu dari Ustaz Niamat, dan Ustaz Fadzil Noor. Bahkan yang menariknya Parti PKR itu sendiri adalah idea Fadzil Noor dikala Anwar sebenarnya ingin menyertai PAS.  Ustaz Niamat kekal berdakwah dalam ABIM, dan Ustaz Fadzil Noor dalam PAS. Tujuan Ustaz Fadzil berjuang dalam PAS untuk mengurangkan suara ekstrim dalam PAS. Kedua tokoh ini kemudiannya meninggal semasa Anwar masih dalam penjara. Apabila Anwar dilepaskan , beliau segera mengziarahi maqam kedua ulama Kedah ini di Pokok Sena. 


Selain dua tokoh ini, Ustaz Dato Ishak Baharom mantan mufti Delangor juga merupakan ulama yang menyokong Anwar . Dato’ Ishak Baharom hadir dalam perjumpaan menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) yang menjadi asas gerakan reformasi. 


Mantan Menteri Besar Kelantan juga Almarhum TG Nik Aziz antara tokoh ulama yang setia pada Anwar hingga hujung hayat. TG Nik Aziz menganggap Anwarlah yang paling layak menjadi PM kerana beliau seorang yang bijak mengurus negara semasa menyandang jawatan menteri kabinet satu ketika dahulu. 


Begitulah Anwar yang cuba digambarkan ancaman pada Melayu-Islam sebenarnya orang yang bertanggungjawab membina institusi Islam di Malaysia. Politik Anwar merupakan politik untuk rakyat. Dan langkahnya semata-mata melakukan islah/ reformasi untuk rakyat, bukan sekadar kata-kata tapi sudah dibuktikan. Kini Anwar terus maju untuk membuktikan perjuangannya lagi dan lagi.



TENANG, TIADA PERHIMPUNAN ESOK*

 *KENYATAAN MEDIA*


*12 Oktober 2020*


*TENANG, TIADA PERHIMPUNAN ESOK*


Esok, Selasa 13hb Oktober 2020, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.


Semua anggota KEADILAN adalah diarah tidak mengadakan perhimpunan atau berkumpul di mana-mana tempat, terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.


Saya juga pohon agar semua rakyat Malaysia bertenang sambil majlis menghadap ini berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu.


KEADILAN mengingatkan semua Ahli-Ahli Parlimen agar terus berkhidmat di kawasan masing-masing dan mengutamakan isu kebajikan serta nasib rakyat di kala pandemik Covid-19 menular.


*DS Saifuddin Nasution Ismail*

*Setiausaha Agung KEADILAN*


-


*MEDIA STATEMENT*


*12 October 2020*


*KEEP CALM, NO GATHERINGS TOMORROW*


Tomorrow, Tuesday 13th October 2020, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim will have an audience with His Majesty the Yang di-Pertuan Agong at Istana Negara.


All KEADILAN members are hereby instructed to not hold any gatherings or to gather in any location, especially along major roads towards Istana Negara.


I also call upon all Malaysians to keep calm as this audience session takes place, and to remain calm for any subsequent process that takes place thereafter.


KEADILAN reminds all of its Members of Parliament to continue to render their service in their respective constituencies as well as to prioritise the people’s fate and welfare during this Covid-19 pandemic.


*DS Saifuddin Nasution Ismail*

*KEADILAN Secretary General*


https://www.facebook.com/181209151921795/posts/4554303357945664/?extid=0&d=n



MALAYSIA SEGAGAH TURKI DI TANGAN ANWAR


TAKIYUDDIN DENGKI ANWAR BERJAYA MENGADAP AGONG?


KENYATAAN MEDIA

 Image may contain: text that says "AI OFFICE OF BRAHIM MEDIA STATEMENT INVEST CAREFULLY AND NOT ON RUMOURS note with concern several listed stocks traordinarily active rading recently linked me. Malaysia have seen these counters response, want stress that have no financial interests whatsoever these stocks. want this opportunity remind nvestors nvest carefully and umours tisa unfortunate reflection the state our economy that such rumours can move narkets, view above, encourage Bursa Malaysia and the Securities Commission mmediatel against any viduals manipulating the via malicious rumours. ANWAR IBRAHIM 12 October 2020"Image may contain: text that says "AI PEJABAT ANWA BRAHIM KENYATAAN MEDIA PELABURAN MESTI DIDASARI FAKTA Saya difahamkan tersebar khabar angin di pasaran saham yang mengaitkan nama saya dengan kaunter kaunter tertentu Bursa Malaysia, Ini adalah tidak benar sama sekali. Ingin ditegaskan bahawa saya tidak memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai Bursa Malay Cakap-cakap vang mengaitkan nama saya dengan varikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu para pembeli saham. Saya meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau dan mengambi tindakan sewajarny agar pasaran saham tidak oleh individu ertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebar khabar palsu. ANWAR IBRAHIM 12 Oktober 2020"

KENYATAAN MEDIA

12 Oktober 2020

PELABURAN MESTI DIDASARI FAKTA

Saya difahamkan tersebar khabar angin di pasaran saham yang mengaitkan nama saya dengan kaunter-kaunter tertentu di Bursa Malaysia. Ini adalah tidak benar sama sekali.

Ingin ditegaskan bahawa saya tidak memiliki saham dalam mana-mana syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Cakap-cakap yang mengaitkan nama saya dengan syarikat tertentu adalah palsu dan berniat menipu para pembeli saham.

Saya meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar pasaran saham tidak dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebar khabar palsu.

ANWAR IBRAHIM