Saya baca satu kenyataan dari MB perak menyebut beliau telah
menukar setiausaha politik beliau...
Sayang pada parti bersatu dan negeri perak apabila seorang tokoh
hebat di berhentikan sebagai setiausaha politik MB. Setahu saya setpol itu
orangnya sangat baik dan alim,beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada mb perak
ke arah jalan yang baik.
Satu kehilangan bagi negeri perak dan ahli bersatu. Semasa
perkhimatan beliau sebagai setpol di beritakan sangat membantu rakyat,mudah di
dekati,rajin turun padang dan beribu orang miskin telah di bantu. Ahli ahli
bersatu dan umno amat terkesan bila beliau bukan lagi sebagai setpol. Ramai
ahli bersatu di perak akan merasa ketiadaan beliau...bukan saja ahli bersatu
dan umno sedih...sprm pun sama sedih atas kehilangan setpol itu.mm
Apa pun tahniah kepada setpol yang baru di lantik. Kepada MB
perak beliau memang seorang ahli politik yang berjaya dan bijak....akan menjadi
MB perak yang di sayangi oleh rakyat....kerana sikap beliau. Mb perak kita di
beritakan sangat perihatin terhadap tanah tanah melayu dan hak milik negeri. Mb
perak ini pernah berkata dengan saya dia jenis orang yang di didik tidak
menjual harta tapi membeli harta.
Saya di fahamkan semenjak MB Peja jadi mb tak ada tanah di
berikan kepada mana mana syarikat sebaliknya dia mengarahkan ceo ceo ajensi
membeli semula tanah tanah yang telah tiada...gunakan segala yang ada untuk
menambah segala harta kepada kerajaan negeri....satu kejayaan besar oleh MB
peja ialah menambah keluasan rizab melayu yang tidak di buat oleh Mb dari umno
sebelum ini.
Tahniah kepada perak negeri kelahiran ku