𝗦𝗜𝗦𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗨𝗛 : "𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜" 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡



(Amaran : Artikel agak panjang tapi mesej perlu difahami)


1) 𝗧𝗢𝗡𝗧𝗢𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 "𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗽𝗶𝗸" 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗟𝗼𝗸𝗺𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗔𝗱𝗮𝗺 tentang apa yg berlaku dalam pentadbiran PMX. Media Perpaduan dan Media parti yg bertungkus lumus mempertahankan kerajaan sedangkan 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗷𝘂𝗸-𝘁𝗮𝗷𝘂𝗸 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗺𝗶 "𝗰𝗹𝗶𝗰𝗸 𝗯𝗮𝗶𝘁". Tapi di mana kedudukan Media Parti? Adakah maklumat disalurkan secara adil? Adakah Media Arus Perdana shj diutamakan?


2) Saya sokong penuh teguran Lokman Adam 100%. Memang ahli, aktivis parti apalagi penyokong sukar dan mungkin tidak disantuni oleh pegawai-pegawai lantikan politik dan Menteri. Jangan harap pegawai kerajaan nak layan jika sedemikian Menteri dan pegawai lantikan politik perlakukan kpd para penyokong parti dan kerajaan.


3) Kata PMX, Menteri sentiasa dipantau SPRM dan PDRM. Beliau berbangga kerna seorang pun tidak terlibat dengan rasuah. Sewaktu Hannah Yeoh melawat tapak projek yg dulunya saya "𝗶𝗻𝗰𝗵𝗮𝗿𝗴𝗲𝗱" (𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗶𝗿𝗶), ada pihak yg berautoriti kemudiannya mendekati saya utk menyiasat apa yg disebut oleh Hannah Yeoh. Demikian ketat mereka dipantau. Alhamdulillah. PMX kata BERSIH. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶-𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻?? 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗮𝘁𝘂𝗿 𝘀𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗶𝗻𝗶? Seingat saya di era Atok dah jadi mcmni, KUNUNnya Menteri dan orang politik tak boleh terlibat bagi arahan pada pegawai kerajaan. Anda rasa tak ada pihak yg datang melobi pada pegawai-pegawai ini sbb org politik dah tak boleh terlibat?


4) Time Atok juga, 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡. Ya, itu sesuatu yg baik supaya tidak ada salahguna kuasa dan 𝗸𝗮𝗯𝗲𝗹 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗾 𝗽𝗮𝗵𝗮. Malah era Pak Lah juga pernah berlaku sedemikian tapi apa akibatnya? Akhirnya pegawai-pegawai kerajaan yg "yak yak yey" atur sana sini. Jangan percaya apa saya kata. Siasat la. 𝗧𝗼 𝗯𝗲 𝗳𝗮𝗶𝗿, 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗽𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗿𝘂𝗽. Tapi lebih kelakar jika yg dapat projek itu adalah puak parti musuh yg berpakat dgn pegawai-pegawai kerajaan tertentu. Ia bukan tak pernah berlaku. Itu biasa. 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻? 𝗦𝗶𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗮𝘂 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁.


5) Ramai org seperti saya "𝗿𝗲𝘁𝗶𝗿𝗲𝗱 𝗰𝗼𝗻𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻𝘁" dan juga 𝗰𝗼𝗻𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻𝘁𝘀 yg masih aktif, yg byk handle tender projek kerajaan. Tanyalah mereka. Kami faham benar bagaimana 𝗢𝗣𝗘𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥 DIMANIPULASI sbb kami pernah berada dalam tender board. Kadang-kadang saya pelik kenapa sesetengah Ahli Politik dan 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗛 𝘀𝗴𝘁 𝗢𝗕𝗦𝗘𝗦 𝗱𝗴𝗻 𝗢𝗽𝗲𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿 atau Tender Terbuka ni? Confirmed telus ke? Cuba lihat negara maju, kenapa mereka utamakan 𝗙𝗮𝘀𝘁 𝗧𝗿𝗮𝗰𝗸 𝗗𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻 𝗮𝗻𝗱 𝗕𝘂𝗶𝗹𝗱 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗰𝘁𝘀? Macam mana mereka kawal "cost efficiency"??


6) 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 "𝗗𝗲𝗲𝗽 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲" 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗮𝗱𝗷𝘂𝘀𝘁 "𝗠𝗘𝗔𝗡𝗦"  𝗮𝘁𝗮𝘂 "𝗔𝘃𝗲𝗿𝗮𝗴𝗲" 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗗𝗔? Cuba tanya pegawai JKR. Tak boleh adjust dalam Cost Estimate? Anda silap. Itu baru satu contoh "tips". Kalau ada pegawai-pegawai yg tak jujur, mereka boleh atur supaya kumpulan kontraktor tertentu shj "mengepung" julat harga berkenaan meskipun ia open tender. Memang SUKAR dibuktikan ia sengaja dilakukan, sape tahu komunikasi mereka dgn petender? So, satu kebodohan yg nyata bila 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗼𝗿𝗴 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 dlm bab tender dan lepaskan kpd kakitangan kerajaan bulat-bulat. Kalau Menteri tak faham teknikal, kena goreng macamtu shj.


7) Saya pernah tegur Hj Khalid Samad sewaktu beliau jadi Menteri Wilayah Persekutuan kerana buat kenyataan kurang cermat kununnya tidak akan ganggu proses dan serah bulat2 keputusan tender serta perolehan kpd kakitangan kerajaan. Selepas lama berdebat dgn saya baru dia akui dia perlu slowly ubah balik "polisi" itu dan memantau.


8.) Menteri cuba lah bertanya dgn para penyokong PH yg biasa dengan kaedah manipulasi dlm agensi kerajaan drpd dok percaya 1000% kpd pegawai kerajaan bulat-bulat. Mereka undi ANDA ke? Banyak yg kami boleh dedahkan supaya Menteri bijak sket tidak dikelentong hidup-hidup dalam bab teknikal. Sebijak-bijak Rafizi Ramli anda rasa dia tahu semua yg berlaku bawah hidung dia? Kalau kami dedahkan sesuatu di bawah kementerian dia, dia pun terkejut. Cuma bukan salah dia sebab projek itu telah berjalan sekian lama sebelum Rafizi dilantik. Tapi sebijak-bijak seorg akauntan, saya percaya beliau GAGAL hidu apa yg berlaku sbb ia technicality and history of the long standing project.


9) Namun apakan daya, kita ni org kecik. Menteri tak akan pandang pun dan tak akan dengar pandangan kita. Mereka ada masalah negara utk ditangani. Maka kita biarkan shj puak yg memanipulasi sistem itu. Seronok tender demi tender pakej demi pakej puak depa juga yg dapat, cuma nama lesen je berbeza. Menteri tak sedar. DSZH pula tahu ke apa berlaku di Kementerian beliau terutama di peringkat pegawai dalam bab projek? Itu perlukan ketekunan utk siasat. 


10) Sejak 1999 sehingga 2015 saya berpeluang menyiapkan beberapa projek KPM. Saya juga percaya di KPM jika bab projek, boleh shj Fadhlina Sidek kena temberang dan boleh jadi dia tak tahu pun akan efficient atau tidak proses pembayaran. Anda tahu mana kementerian yg byk kes saman sbb payment asyik sangkut? Pergi siasat. Di era LGE MenKew saya difahamkan dia pernah mengamuk dan tukar satu seksyen.


11) Saya TAK pasti Hannah Yeoh tahu atau tidak ada projek bawah hidung dia telah berlaku manipulasi kpd "selected tender" di zaman dulu sebelum beliau dilantik jadi Menteri? 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮-𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗿𝗮𝗽𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 "𝗗𝗲𝗲𝗽 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲" 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗖𝗨 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝟮 "𝘀𝗰𝗿𝘂𝘁𝗶𝗻𝗶𝘇𝗲". Anda fikir ICU di bawah hidung PMX akan berjaya berbuat sedemikian? Tepuk dada, tanya iman. 


12) Selaku penyokong yg punya pengalaman dengan projek dan kakitangan kerajaan, saya hanya mengingatkan. Kalau PMX dan Menteri taknak dengar, itu masalah ANDA bukan saya. Cuma dengan polisi Kerajaan Perpaduan MADANI saya percaya PH-BN akan TERUS hilang sokongan at least dari satu sektor yg penting, yg punya sangat ramai pemegang taruh dan keluarga mereka yakni Pembinaan dan Pembangunan Infrastruktur. 


13) Kenapa saya kata begitu? Suruh PMX dan Menteri-menteri berkenaan yg buat polisi MADANI fikir sendiri. Kalau kita nak bagitahu pun, mahu ke mereka dengar? Mereka jauh lebih bijak dan pandai dari kita sbbtu mereka jadi Menteri. Tapi saya tetap berpegang bahawa era pemimpin tahu kesemuanya sudah lama berlalu.


Wallahualam.


- Zus Din 

13122023



No comments: