TUDUHAN PALSU AZMIN-TUN NAFIKAN

 


RINA HAMZAH

Siapa pun tak percaya karangan sampah dibawah ni. Semua orang tahu azmin selama ini khadam sakatok tu! Dari jadi broker diantara umno utk sakatok nyanyuk tu sehingga ke Sheraton move. Hanya caitok hati kaudu hitam percaya dongeng terbangsat dibawah ni.

Iklan:

TUDUHAN PALSU AZMIN

1. Saya telah diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan Perikatan Nasional (PN).

2. Saya telah berkali-kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO secara en-bloc.

3. Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika saya terima sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri (PM) seperti yang diakui sendiri oleh Azmin.

4. Keduanya, jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh Kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan (PH) sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin, yang mendapat hasil paling lumayan.

5. Jangan lupa ketika semua ini berlaku, kedudukan Azmin di dalam Keadilan dan juga PH amat terancam. Anwar dan penyokong-penyokongnya merancang dan berusaha untuk menjatuhkan Azmin dan ini bermula sejak pemilihan di dalam Keadilan.

6. Anwar secara terbuka menyokong Rafizi yang menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden dan apabila usaha tersebut gagal, muncul pula video yang mengaitkan Azmin dengan perlakuan seks sumbang.

7. Ini menambah tekanan kepada Azmin dan apabila beberapa penyokong Anwar dikatakan terlibat di dalam penyebaran video tersebut, kedudukan Azmin di dalam Keadilan serta hubungannya dengan Anwar menjadi “untenable” atau tidak boleh diperbaiki.

8. Kerana itu, walaupun saya menentang tindakan Azmin merancang Langkah Sheraton tetapi saya faham kenapa dia berbuat demikian.

9. Ini kerana baginya, yang paling penting ialah menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi PM.

10. Di masa yang sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi PM. Kerana itu dia bergabung dengan Muhyiddin dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai de facto Timbalan Perdana Menteri.

11. Selain itu, saya pasti Azmin telah membuat perancangan membentuk Kerajaan PN dan Langkah Sheraton agak lama kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan 9 ahli Parlimen Keadilan untuk ikut serta dalam Langkah Sheraton itu.

12. Dan Azmin tahu bahawa jika sekadar Bersatu menarik diri dari PH, ia masih tidak cukup untuk menjatuhkan Kerajaan PH. Tetapi apabila Azmin ikut serta maka secara langsung Kerajaan PH hilang majoriti dan jatuh.

13. Di pihak Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin pula, mereka cuba yakinkan saya bahawa Anwar dan DAP sedang merancang untuk menjatuhkan saya dan kerana itu perlu saya bergabung dengan parti-parti Melayu yang lain untuk membalas perancangan itu.

14. Ketika ini sedang dirancang, UMNO atau lebih tepat lagi Najib, menghasut kumpulan-kumpulan Melayu supaya membenci PH yang dikatakan dikuasai oleh DAP.

15. Selain isu Rome Statute dan ICERD yang dikaitkan dengan Raja-Raja Melayu, mereka juga menabur kebencian dan pendustaan mengenai isu kematian Adib, LTTE, Tabung Haji dan apa-apa saja berkaitan Melayu dan Islam yang dapat dipersalahkan kepada PH dan DAP selain memainkan isu perkauman.

16. Keadaan menjadi agak tegang dan orang Melayu yang terpengaruh dengan kleptokrat-kleptokrat tersebut telah mula menunjukkan sikap agresif dan hilang pertimbangan.

17. Malangnya orang Melayu yang percaya dengan dakyah kleptokrat-kleptokrat tidak sedar bahawa isu mengenai Melayu dan Islam ini semata-mata usaha untuk membebas diri penjenayah-penjenayah dari menghadapi tindakan undang-undang.

18. Buktinya, hari ini, segala isu yang ditimbul mengenai Melayu/Islam tidak lagi menjadi isu dan didiamkan begitu sahaja.

19. Kerana itu saya bersetuju hadir ke Kongres Maruah Melayu yang hari ini diguna sebagai tuduhan terhadap saya yang menyokong ke arah pembentukan Kerajaan PN.

20. Jika ada yang masih ingat, kehadiran saya ke Kongres itu saya gunakan untuk ingatkan orang Melayu mengenai perlunya bekerja keras dan mengubah sikap jika mahu kekal bersaing pada masa kini.

21. Bagi saya lebih baik saya yang hadir dan menerajui Kongres itu dari benarkan kleptokrat-kleptokrat gunakan sebagai pentas untuk memanjangkan agenda perkauman dan anti-bukan Melayu dan Islam.

22. Inilah peristiwa dan perkara-perkara yang berkait dengan terbentuknya Kerajaan PN dan Langkah Sheraton.

23. Pendirian saya ialah saya menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat dan secara langsung, menolak UMNO secara en-bloc dan kekal bersama PH pada ketika itu.


SEBAHAGIAN PEMUKA UTAMA KARTEL OREN MASAM.



#Viralbroadcast. Tunggu apa lagi? JIKA sayang pada muafakat PAKATAN HARAPAN tolg #SHARE dan sebarkan ke seluruh dunia. COPY & PASTE artikel di bawah dan SHARE posting bro Ahmad Munir.

1) Tadi bro Ibrahim Mat Isa bertanya perlu ke dia senaraikan Oren Masam satu persatu? Saya kata silakan, sbb jika tidak ramai tertanya-tanya. Confused. Terima kasih kpd shbt dari Amanah yg whatasapp dan highlight perkara ini kpd saya. Terima kasih bro Ahmad Munir yg mengambil insiatif ini MENYENARAIKAN ANTARA Anai2 PANtuk #K3 KARTEL OREN MASAM, Amanah plus DAP yg menjahanamkan muafakat PH tanpa mahu disentuh atau dinasihati langsung oleh pemimpin Amanah.

2) Hampir 8 bulan saya bertanyakan pelbagai soalan kenapa mereka ini yg berjawatan dalam Amanah terutamanya SANGAT BEBAS 24-7 menghina, mencela, mencaci, mengherdik dan menyindir DSAI. Apa agenda mereka yg sebenar? Saya terus bertanya walau sudah berlegar di applikasi Whatsapp tentang niat dan matlamat mreka. NAMUN TIADA SEDIKIT pun jawapan dari Oren Masam dan pimpinan Amanah kpd soalan2 saya di SocMed.

3) Apa mereka mahu sebenarnya?? Kenapa pemimpin2 Amanah berpura2 tak nampak atau mereka pekak badak dan menganggap ia picisan dan tidak peduli?? Sedangkan mereka ini memegang jawatan di peringkat Amanah kawasan, negeri dan Nasional.

4) Beberapa kali saya bertanya ini lsg tidak menepati MOTTO Amanah, Progresif dan PEDULI. Pemimpin Amanah seperti langsung tidak peduli tentang masalah ini semata2 sbb DSAI tidak ambil kesah? Anda rasa DSAI TIDAK PEDULI dan TIDAK TAHU? Anda pasti??

5) Bila Penyokong2 PH dan PKR pro DSAI cuba pertahankan DSAI dgn menyerang puak Oren Masam, mereka akan dimarahi, dituduh mahu memecahbelahkan Amanah dan PH. Dalam masa yg sama org2 yg menegur itu berlepas tangan dari menasihati KARTEL PENGKHIANAT ini.

6) Mereka ini hanya MINORITI dalam Amanah berbanding akar umbi Amanah yg SETIA dgn muafakat PH dan DSAI. PASTILAH mereka adalah MINORITI jika kita bandingkan dengan berjuta Penyokong PH atau pun PKR. Tapi MO mereka mudah "PLAY VICTIM" and "BLAME GAME".

7) Mereka akan buat posting2 PROVOKASI untuk "jolok sarang tebuan" bila penyokong-penyokong PH pro DSAI yg JAUH LEBIH RAMAI marah dan menyerang balas mereka akan mainkan sentimen secara "CONCERTED" atau mereka lakukan "ORCHESTRATED ATTACK" di SocMed dgn nada dan ayat yg hampir sama secara serentak. Anda digalakkan Screenshot dan simpan dan kita bandingkan ayat-ayat dan perkataan yg mereka gunakan, TEMA yg hampir sama, senada MEMAINKAN PERSEPSI dan SENTIMEN secara LANGSUNG atau TIDAK LANGSUNG yg membawa maksud seperti berikut :-

a. KUNUNnya PH tumbang kerana salah DSAI bagi muka pada Azmin Kartel.

b. KUNUNnya DSAI yg desak PT95 menyebabkan PH tersembam dan mereka hilang jawatan lantikan politik.

c. KUNUNnya ini semua salah DSAI dan Keadilan / PKR.

d. KUNUNnya yg berlaku khianat ialah PKR dan Bersatu tapi Amanah dan DAP jadi mangsa.

e. KUNUNnya DSAI diugut oleh Mejah Z menyebabkan dia sabotaj usaha PH

f. KUNUNnya DSAI kaki berbohong dan tidak jujur dgn rakan2 Pakatan

g. KUNUNnya ada "Perjanjian Syaitan" antara DSAI dan puak UMNO

h. KUNUNnya DSAI dan PKR sokong B2021 utk kekalkan TSMY dan KERAMITA PN

j. KUNUNnya penyokong PKR mengajak mereka maki PT95 baru dikira sokong PH.

k. KUNUNnya DSAI mahu mereka membenci PT95 baru dikira menyokong PH.

l. KUNUNnya ramai shbt2 DSAI pun dah meluat dan tinggalkan dia.

m. KUNUNnya ramai orang dah tak sokong, melugai, meluat, menyampah dgn DSAI dan dlm 38 MP PKR itu pun sudah mahu meninggalkan DSAI

n. KUNUNnya penyokong2 DSAI TAKSUB dan pantang tgk bila mereka "menegur" DSAI (walhal 24-7 mereka hina, herdik, kutuk, perli dan perlekehkan DSAI).

p. KUNUNnya PKR mahu jadi Abam Besar.

q. KUNUNnya penyokong-penyokong2 DSAI lebih mempercayai Azmin (bila Azmin) dedahkan PT95 adalah dalang penubuhan PN.

8) Demikian apa yg masih saya ingat dalam meneliti status dan tulisan-tulisan mereka di SocMed. Jika ada yg saya terlepas pandang anda boleh screenshot dan tambah dalam senarai ini sebagai REKOD.

9) Bila anda menyerang mereka, mereka akan "PLAY VICTIM" kononnya Amanah diserang oleh PKR. Mereka akan tuduh penyokong2 DSAI dan PKR lah yg memulakannya. Mereka berlakon "innocent" kununnya dimarahi oleh penyokong2 DSAI dan PKR semata-mata sebab mereka mahu meramaikan kawan dan tidak bermusuh dgn pejuWANG. Tapi mereka tak cerita mereka dah "jolok sarang tebuan" dgn pelbagai NARATIF-NARATIF yg merepek dan memfitnah.

10) Mereka meraih simpati di SocMed dengan "BLAME GAME" dgn berulang-ulang mengundang kemarahan penyokong PH pro DSAI dan menggunakannya utk "blame" PKR bahawa mereka dimaki hamun TANPA sebab. Mereka pura-pura bertanya di SocMed kenapa penyokong-penyokong PKR menyerang Amanah?? Yg diserang ialah MEREKA, ANAI-ANAI PANtuk #K3 tapi MEREKA BABITKAN PERTIKAIAN ANTARA PENYOKONG PARTI DGN PENYOKONG PARTI YG SATU LAGI. Ini menyebabkan penyokong2 PH pro DSAI "kelihatan jahat" sdgkan niat penyokong2 DSAI itu hanya mahu mempertahankan Pengerusi PH dan muafakat PH.

11) Macam saya katakan pagi tadi bila saya tersedar dan mula faham "GAME" mereka, kita perlu "Work Smart". #JANGAN lagi diMAKI hamun mereka sebaliknya kita Secreenshot, samada kita simpan REKOD atau kita hanya sekadar TROLL dan KETAWAKAN. Mari sama2 kita hentikan maki hamun kerana itu "Approach" yg SALAH yg menyebabkan mereka mendapat "Political Mileage".

12) Sampai bila PEMIMPIN-PEMIMPIN AMANAH mahu MEMBIARKAN pengkhianatan dari dalam PH ini? Di mana Slogan #PEDULI Amanah? Kami penyokong-penyokong setia PH samada berparti atau tidak, #MERAYU kpd pimpinan Amanah supaya bertindak menghentikan perbuatan khianat seperti ini #melainkan anda juga #BERSUBAHAT. Itu kita cerita lain.

Tapi kita harus #BERSABAR menunggu samada 17 Disember 2020 DSAI berjaya jatuhkan TSMY dan KERAMITA PN atau kita semua perlu "move forward" utk PRU15. Masa tu kita desak pimpinan PAKATAN HARAPAN (bukan sekadar Amanah) utk tangani masalah Oren Masam.

Wallahualam.

- Zus Din

30 November 2020

#AllahbersamaOrgOrgYgSABAR

 

TIDAK TAHU BEZA SOKONG BAJET DENGAN SOKONG PM?


Nak beza mengundi bajet dengan mengundi PM tak tahu, memang patut la hari-hari merapu. Kalau keduanya sama, apa perlu kita desak diadakan usul undi tidak percaya kepada PM? Lebih baik kita pamerkan sewaktu undian bajet saja.

Tentulah ada beza tentang buat keputusan untuk duit poket dan makan minum serta kehidupan rakyat berbanding jawatan PM. Banyak PM dan kerajaan di dunia ini jatuh bukan melalui undian bajet. Kerajaan PH tumbang pun bukan kerana undian bajet gagal atau melalui pilihanraya, tetapi jatuh kerana pembelot dan pengkhianat. Ada PM yang jatuh kerana undi tidak percaya. Ada yang jatuh kerana hilang sokongan di kalangan MP walaupun tanpa melalui usul undi tidak percaya.

Muhyiddin dalam posisi mana? Mengapa takut mahu bahas usul tidak percaya atau usul percaya kepada Muhyiddin? Jika benar teori menyatakan lulus bajet itu bermakna PM dapat sokongan, mengapa perlu takut dengan usul undi percaya atau undi tidak.percaya? Kerana dia tahu, yang sokong bajet itu bukan bermakna menyokong beliau sebagai PM. Mereka hanya sokong bajet kerana fikirkan masalah rakyat yang terkesan akibat Covid sekarang. Itu saja.

Muhyiddin pasti tumbang!!

WFAUZDIN NS

 

ROTI NAIK REGA....JOM DEMO...BMF TAK ADIL...KAH...INI SEMUA SALAH ASMIN DAN TOK HADI...


Nah aihh roti pun  naik harga. Gaji tak naik naik...pekerjaan makin sukar....yang kena buang kerja dan dak bekerja pun ramai....jom takbir.....senyap ja pejuang BMF.

Kenapa tak melalak pun...apa rrrrr

BANGGA MENANG 105,107 UNDI.TAPI JANGAN LUPA MAJORITI MUDAH 112 UNDI

 

. Hari ini telah dibuat undi belah bahagian ( block voting) di Dewan Rakyat semasa pembentangan bajet JPM dan Kementerian Kewangan di peringkat Jawatankuasa.

2. Tahniah kepada Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT kerana masih boleh “survived the ordeal”.

3. Masa undi bagi JPM, Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT hanya dapat 105 undi. Itu pun selepas ada bantahan keras tentang masih ada YB di sebelah pihak depa yang masih boleh masuk Dewan selepas tempoh waktu untuk depa boleh masuk ke Dewan dah tamat. By right , selepas itu jika ada YB yg undi, undi dikira tak sah dan tidak boleh dikira.

Dan ada bantahan juga kepada Speaker kenapa pintu dewan tak ditutup selepas loceng berhenti minta para MP masuk dewan untuk mengundi telah dihentikan.

Ada YB PH bangkitkan isu ini ” masa bahas bajet ada had masa, tapi bila tiba mengundi, tak mahu pula ikut masa !” ..WIN!

4. Ya, dalam kedua-dua bajet tadi, depa menang lah.

Masa JPM depa dapat 105 undi dan masa MOF , depa dapat tambahan 2 undi setelah masa dilanjutkan dua kali- mula-mula dari pukul 3pm hingga pukul 4pm. Lepas tu dari

pukul 4pm hingga selesai. Itu pun hanya mampu tambah 2 undi dari 105 kepada 107.

5. Ya, depa bangga kata depa memang 2-0 hari ini. Tapi depa lupa simple majoriti untuk Dewan Rakyat adalah 112 undi!

Anyway, jangan risau mungkin ada 25 kali lagi proses mengundi boleh berlaku.

Relax and enjoy. Jangan gundah gulana!

MOHAMAD HANIPA MAIDIN, AHLI PARLIMEN SEPANG, SELANGOR.



Hari ini terbukti kuasa itu penting...jawatan lagi penting...


Hamdan Taha


Kerajaan PN kerana mereka ada kuasa dan semua dah ada jawatan maka walaupun mereka tidak saling hormat menghormati pun tapi asas nak bersama itu ada itu sebab undian di parlimen PN masih kuat berbanding pembangkang....


Pembangkang pula tidak ada kuasa tidak ada apa yang boleh mengikat mereka untuk  bersama dan patuh arahan. Terbukti bila di adakan undian di parlimen ada mp yang tidak bersama kerajaan tak peduli pun....tak hadir pun ke sidang parlimen. Pkr dan Dap sendiri pun MP mereka ada yang tidak hadir.....tak usah lah kita cerita tentang warisan....kerana apa...kerana kuasa tak ada....


Bagi saya kerajaan PN ini bole saja meneruskan kerajaan ini sampai habis penggal...tak perlu rasa bimbang pun....berpecah tapi masih bertahan.....tidak pecah bederai...retak sikit sahaja...


Pembankang dah pecah bederai....dan dah hancur pun....sembang boleh....tapi setakat sembang jer la...kuasa tak ada....orang tak takut dan gerun...malah azmin bole julur lidah pada anwar setiap sejam sekali.....punya hebat dan gagahnya azmin ali....mempersenda anwar dan dr m...



𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐏𝐀𝐊𝐀𝐍.

 [ADMIN]

𝐁𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀: 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓  𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄-𝟓: 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐢 (𝐈𝐍𝐒𝐈𝐒𝐓-𝟗)  


𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐏𝐀𝐊𝐀𝐍.


Alhamdulillah..


[ADMIN]


𝐁𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀: 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓  𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐊𝐄-𝟓: 𝐒𝐢𝐬𝐰𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐢 (𝐈𝐍𝐒𝐈𝐒𝐓-𝟗)  


𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀𝐙𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐏𝐀𝐊𝐀𝐍.


Alhamdulillah..


Statistik Jabatan Pertanian Negeri pada tahun 2019 merekodkan masih terdapat sebanyak 25,577 lot tanah yang terbiar dengan keluasan 33,542 hektar di seluruh Negeri Sembilan yang boleh diusahakan menggunakan teknologi tinggi atau precision agriculture.


Berdasarkan data tersebut, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tok Min telah menyediakan peruntukan sebanyak RM0.5 juta dalam Belanjawan tahun 2020 dengan memperkenalkan program Siswazah Tani (INSIST-9). 


Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri menawarkan pemberian geran galakan sebanyak RM10,000 kepada siswazah yang mengusahakan tanah pertanian, sekurang-kurangnya 1 hektar.


Sehingga kini, seramai 51 orang siswazah telah menerima geran di antara RM5,000 hingga RM10,000. 


Bagi menggalakkan lebih ramai penglibatan anak muda khususnya golongan siswazah untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tok Min meneruskan inisiatif ini dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan berjumlah RM0.5 juta.


Kerajaan Negeri berpandangan dengan pelaksanaan program ia ini dapat mengubah persepsi siswazah terhadap bidang pertanian di samping dapat membantu Kerajaan untuk mengatasi masalah tanah-tanah terbiar yang tidak produktif.


#𝐁𝐨𝐬𝐚𝐦𝐨𝐓𝐨𝐤𝐌𝐢𝐧


"𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐍𝐈𝐒𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐈𝐍"

Statistik Jabatan Pertanian Negeri pada tahun 2019 merekodkan masih terdapat sebanyak 25,577 lot tanah yang terbiar dengan keluasan 33,542 hektar di seluruh Negeri Sembilan yang boleh diusahakan menggunakan teknologi tinggi atau precision agriculture.


Berdasarkan data tersebut, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tok Min telah menyediakan peruntukan sebanyak RM0.5 juta dalam Belanjawan tahun 2020 dengan memperkenalkan program Siswazah Tani (INSIST-9). 


Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri menawarkan pemberian geran galakan sebanyak RM10,000 kepada siswazah yang mengusahakan tanah pertanian, sekurang-kurangnya 1 hektar.


Sehingga kini, seramai 51 orang siswazah telah menerima geran di antara RM5,000 hingga RM10,000. 


Bagi menggalakkan lebih ramai penglibatan anak muda khususnya golongan siswazah untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tok Min meneruskan inisiatif ini dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan berjumlah RM0.5 juta.


Kerajaan Negeri berpandangan dengan pelaksanaan program ia ini dapat mengubah persepsi siswazah terhadap bidang pertanian di samping dapat membantu Kerajaan untuk mengatasi masalah tanah-tanah terbiar yang tidak produktif.


#𝐁𝐨𝐬𝐚𝐦𝐨𝐓𝐨𝐤𝐌𝐢𝐧


"𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐂𝐔 𝐍𝐈𝐒𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐓𝐎𝐊 𝐌𝐈𝐍"


MARHAEN TERTEKAN




Ohd Mukhlis Mohd Syarif


 Marhean miskin ditekan, didenda,

SOP Menteri diubah sesuka rasa

Demi pertahan sang penguasa.

Halal haram bukan perkara utama


Pincangnya kerajaan Melayu Islam.

Masakan Rahmat untuk penzalim, 

Tak guna ada maskot yang alim,

Kalau fatwa tersangkut di kalam.


Depan TV tasbih SOP setiap petang,  

Halwa mulut sehanyir senohong,

Haman datang beri khabar pincang, 

Untuk halwa telinga sang petualang,


Masa sesuai bubar adalah sekarang,

Demi kerajaan yang kukuh ujar kaki sembang,

MurkaNya Tuhan bukan kepalang,

Kerana ada beza jenis undang-undang


Di uji wabak seratus kali lipat,

Supaya sang penasihat segera bertaubat,

Tapi bila hati sudah berkarat,

Tangkal harampun di peluk jadi Azimat,


Janji tiada DAP dalam Negara,

Bersangka buruk sifat Khadam Utara,

Tak kisah rakyat jelata hilang nyawa,

Dibuang kerja luka kecil katanya


Zaman depresi ramai bunuh diri,

Menteri tiktok masih lagi kaji,

Apa solusi untuk pelajar aras Tinggi,

Gagal ODL bukankah salah menteri


Bawa kereta mabuk lawan arus ada lagi, 

Pemabuk masih langgar pejalan kaki,

Ingat zaman PN kilang arak tutup operasi,

Rupanya beer halal untuk konsumsi. 


Redha walau vernakular tersergam.

Inilah utophia kerajaan dambaan,

Idaman pembawa bendera pengkhiatan,

Mungkin belum puas ujian Tuhan,


Pemberi fatwa sejuk dalam penyaman,

Penerima fatwa menggigil kesejukan,

Akibat basah trip hantar makanan,

Demi sesuap rezeki halal dan toyibban


Itulah dia penjual fatwa pelacur agama,

Berguna bila masa pilihanraya,

Ramalan tersasar, fatwa tak pernah kena,

Janji hati puas, takfiripun tak apa.


Ambilah ibrah dari kisah pengkhianatan,

Kenapa Tuhan suruh pegang perjanjian,

Kerana setiap yang berjanji pasti akan dipersoalkan

Bukan di dunia tapi di mahsyar kemudian,



Tuan Penasihat malukan Mahathir



Norman Radzuan

Mahukah Bersatu, UMNO & Pas kongsi sama rata?

UMNO & BERSATU MUSTAHIL BERSATU


Telah kita beritahu, telah kita buktikan dgn rakaman audio, telah dibuktikan dgn foto, telah dibuktikan dgn tindak tanduk Mahathir, telah dikhabarkan oleh Zahid Md Arip, Husam Musa dan terbaru Azmin Ali bahawa Mahathir adalah perancang atau dgn kata lain pengkhianat kejatuhan kerajaan PH. Tapi pelik masih ada yg mahu bekerjasama dgn org tua itu.


Cukuplah malas nak ulas nanti Ustaz2 mereka suruh WASPADA dgn saya bukannya dgn Mahathir kerana pengaruh saya lebih hebat dari Mahathir😂🤣😂🤣... Berhujah lah Ustaz bukannya mempengaruhi org ramai memburukkan org yg kita tidak suka... apa jenis org beragama pun tak faham lah saya...patut menggunakan ayat berkhemah kerana agamawan org melihat akhlak dahulu baru ilmunya.


Cukuplah skg mari kita fokus kpd isu utama pagi ini. Menarik bila Muhyiddin mahu UMNO dan PAS bersatu dgn partinya atas nama Melayu. Kemudian Muhyiddin maklumkan bahawa PN akn menggunakan logo mereka sendiri. Terus melompat wakil UMNO menjawab mereka akn guna logo BN sendiri.


Keyakinan Muhyiddin sgt tinggi selepas beliau memberitahu telah mengadakan pertemuan bersama Presiden UMNO baru2 ini. Selepas pertemuan itu yg menghairankan tiba2 Zahid Hamidi meminta pemimpin UMNO tidak lagi mempersoalkan mengenai kerusi TPM yg sewajarnya menjadi milik UMNO atau utk dirinya.


Kenapa? Ada rundingan ? Sebab itulah rakan2 saya dari UMNO memberitahu Zahid Hamidi wajar meletakkan jawatan sebagai Presiden kerana keberangkalian beliau mudah diugut dgn kes peribadinya di mahkamah itu ada. Bagi mereka Zahid Hamidi telah mengheret UMNO utk tujuan rundingan peribadinya... wallahuallam.


Tanya saya adakah PRU15 nanti PN dan BN boleh bekerjasama? Jawapan saya mustahil ia berlaku. Sebenarnya bukan PH sahaja menghadapi masalah dalaman menjelang PRU15 inj tetapi Bersatu, PAS dan UMNO juga menghadapi situasi yg serupa.


Ahmad Sabri sendiri mengakui rundingan pembahagian kerusi Parlimen antara UMNO dan PAS hampir selesai. Malangnya besar kemungkinan terbubar kerana PAS telah menyertai pembentukkan PN. Tentulah PAS dan Bersatu akn berundinh juga kawasan Parlimen yg mereka ingin tandingi.


Semua org tahu tujuan Mahathir mencipta parti Bersatu adalah utk menggantikan UMNO. Khabarnya UMNO nyaris mahu diharamkan jika bukan campurtangan Anwar. 


Pemimpin2 UMNO sedar parti itu sdg dilemahkan. Tapi mereka tidak mampu berbuat apa2 kerana file mereka ada ditangan manusia paling berkuasa di negara ini iaitu TS Muhyiddin. Lihat apa yg berlaku di Sabah? Terang penguasaan UMNO telah dirampas oleh Bersatu. Zahid Hamidi tidak mampu berbuat apa2 dlm perebutan kerusi Ketua Menteri.


Adakah akn berlaku di Malaya situasi seperti di Sabah? Sebenarnya Bersatu dan UMNO masing2 ketakutan. Masing2 tidak mempercayai PAS. Sekarang PAS berjanji utk bersama Bersatu kerana PM dari Bersatu. Tapi apabila Parlimen dibubarkan bila2 sahaja PAS boleh kembali kpd UMNO.


Pemimpin UMNO tahu apabila Parlimen terbubar inilah masanya paling sesuai utk mereka bertindak menyerang Bersatu. Telah lama mereka menyimpan dendam diperbudakkan oleh Bersatu selama ini. UMNO tahu PAS pasti akn kembali bersama UMNO jika UMNO menolak utk bekerjasama dgn Bersatu.


Inilah yg sgt dibimbangi oleh Muhyiddin dan Tuan Penasihat, Azmin Ali. Kesetiaan PAS di era Hadi Awang sukar dipercayai. Lihat sahaja Hadi Awang telah membawa PAS keluar dari PR. Kemudian meninggal UMNO. Tidak mustahil PAS juga akn meninggalkan Bersatu kerana PAS tahu kekuatan UMNO jauh lebih kuat dari Bersatu.


Samada UMNO atau Bersatu keduanya tidak boleh jadi kerajaan tanpa PAS. Mereka memperbudakkan PAS utk bersama dgn parti masing2 atas nama bangsa dan agama. Jadi jawatan Menteri sudah memadai sebagai gula2 utk PAS bersama mereka. Kedua parti ini tahu hanya PAS sahaja boleh menyucikan dosa kesalahan atau keburukkan parti mereka kpd org Melayu.


Saya yakin UMNO akn menolak utk kerjasama dgn Bersatu pada PRU15 nanti. Cuba kita kira Parlimen yg ada di seluruh negara. Sabah dan Sarawak ada 56 Parlimen dan tinggal utk Tanah Malaya 166 kerusi Parlimen utk dibahagikan kpd Bersatu, Pas, Umno, MCA, MIC, Gerakan dan PPP.


Kita tolak 30 Parlimen diberikan kpd MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Jadi yg tinggal hanya 136 Parlimen utk dikongsi oleh 3 parti dominan Melayu ini. Tinggal 45 kerusi utk satu parti. Ia mungkin cukup utk PAS dan Bersatu tetapi tidak utk UMNO.


Dari sebuah parti yg bertanding lebih 100 kerusi Parlimen dan kini hanya mahu diberikan 45 sahaja....adalah sgt mustahil UMNO akn bersetuju. Apatah lagi bukan semua kawasan mereka boleh menang. Barangkali UMNO nanti hanya mampu menang 30 kerusi Parlimen sahaja.


Mungkin pimpinan UMNO terpaksa bersetuju utk berkerjasama dgn Bersatu atas faktor 'file' mereka di atas meja.... tetapi bagaimana penerimaan ahli di Bahagian dan Cawangan? Atas faktor itulah saya katakan PRU15 ini bukan sahaja PH bercelaru tetapi PN dan BN lagi bercelaru.Barangkali mungkin PRU15 nanti masing2 boleh jadi King Maker.


Isu PH ini sebenarnya tidak complicated sgt seperti PN/BN. BN soal pembahagian kerusi dan kuasa. PH hanya kerana Amanah mahu berurusan dgn Mahathir... isu kecil tapi sukar utk Amanah lakukan... kenapa entah lah.


* Gambar berbicara... gambar seolah menceritakan betapa gembira dua individu ini...ketawa girang keduanya apabila percaturan Tuan Penasihat kpd Muhyiddin terus berjaya melemahkan UMNO dan PH.



ZAMAN PH KIAMAT DUNIA JUAL HARTA..ZAMAN PN IKLAN JUAL LADANG MEREKA.AMACAM?


Hamdan Taha.


 Ladang ladang tabung haji di zaman kerajaan BN dah kena jual yang ada di riau indonesia. Saya pernah sampai di sana

Zaman PH kiamat dunia pasal tabung haji jual harta....kita masa tu maknanya termasuk saya terpengaruh ingatkan Dap yang jual harta tabung haji ni....macam perang dunia ke 4 dalam fb dan ceramah ceramah pas...dan umno kisah itu....

Sekarang dah pas dan bersatu dan umno yang jaga tabung haji ni....tiba tiba tabung haji masih juga buat pengiklanan jual ladang ladang mereka....tapi beza kali ni ahli umno...pas...dah buat tak kisah pun....maklum lah kita kerajaan islam dan melayu...mana mungkin jual harta melayu ni kan...

Tapi selama ini kerajaan melayu juga yang perintah tapi habis kering kontang tanah di jual...KTM tu pun kot laku dah jual...tapi tanah KTM dah habis jual dah



GAME ANWAR TUNGGU RIGHT TIMMING?


BERSATU JANGAN BONGKAK DAKWA LAHIRKAN 2 PM. TAPI DUA DUA TAK LEH PAKAI

 BERSATU JANGAN BONGKAK DAKWA LAHIRKAN 2 PM

PECACAI OT 95 BAGI AMARAN PADA SEMBURIT

 KHAIRUDDIN BERI AMARAN KEPADA AZMIN JANGAN HINA TUN M

“BERSATU MEMANG PARTI YANG BANGGA CIPTA SEJARAH”

 Muhyiddin bangga, dia mencipta sejarah kerana berjaya menumbangkan parti UMNO sebagai parti besar dan lama.

Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal pula bangga PPBM mencipta sejarah kerana memiliki dua PM walau pun umur baru setahun jagung.

Sebenarnya banyak lagi sejarah ciptaan PPBM. Antaranya, menang satu kerusi di Perak tetapi MB dilantik dari PPBM. Menang 13 kerusi tetapi jawatan PM mereka punya.

Justeru PPBM parti yang bangga mencipta sejarah

Tetapi banyak lagi sejarah lain yang PPBM cipta. Cuma mereka malu untuk berbangga. Antaranya PPBM satu satunya parti penguasa yang didokong oleh majoriti MP katak.

Perdana Menteri PPBM juga mencipta sejarah kerana kali pertama nasihat Perdana Menteri (kes darurat) di bawah Perkara 40 kepada YDP Agung tidak laku dan tidak diguna pakai.

Di Johor, dua Menteri Besar dari PPBM paling singkat pegang jawatan dalam tempoh tidak sampai tiga tahun.

Apakah kerajaan dokongan PPBM akan tumbang kali ke 2 sebelum tamat tempoh sepenggal memerintah?

Selamat memecah banyak rekod.

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO. 30 NOV 2020



UMNO PERSOAL TUJUAN PENUBUHAN PN


KALI NI SAYA BOLEH BERSETUJU DGN KHALID SAMAD, BUT TELL THIS TO OREN MASAM....


AMANAH KUKUH BERSAMA PH


Image may contain: 1 person, glasses and beard

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) menyedari wujudnya kekeliruan di kalangan masyarakat umum dan juga ahli-ahlinya berhubung dengan apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat semasa pengundian Belanjawan di peringkat dasar dijalankan. Kelihatan seolah-olah ada perbezaan dan perbalahan di antara pimpinan AMANAH apabila sebahagian duduk dan sebahagian yang lain bangun meminta undi belah bahagi dilakukan.

2. Keadaan yang mengelirukan terhasil apabila keputusan berubah di saat terakhir tanpa perbincangan dan penjelasan kepada semua Ahli Parlimen PH. Ini menyebabkan sebahagian Ahli Parlimen AMANAH terus berpegang kepada keputusan asal, yang dianggap keputusan yang rasmi memandangkan ianya telah dibahas dan diputuskan bersama dalam mesyuarat Majlis Presiden. Pada masa yang sama sebahagian yang lain berpegang kepada keputusan baharu seperti yang dicadangkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

3. Sebahagian pimpinan, seramai 5 orang termasuk Presiden dan Timbalan Presiden, berpegang kepada keputusan baharu kerana ingin menjamin keutuhan dan kesatuan PH. Pimpinan Nasional AMANAH sentiasa menegaskan bahawa keutuhan dan kesatuan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang amat penting untuk diusaha dan dipertahankan setiap pemimpin. Oleh itu, keputusan untuk menjamin keutuhan dan kesatuan Pakatan Harapan dengan akur kepada keputusan Pengerusi PH pada hari tersebut adalah selari dengan kehendak parti.

4. Pada masa yang sama, sebahagian pimpinan lain, ia itu seramai 6 Ahli Parlimen, yang bangun meminta belah bahagi juga turut berusaha memenuhi kehendak parti AMANAH dan keputusan Majlis Presiden PH. Sepertimana yang diketahui, pengundian ke atas belanjawan begitu ditunggu-tunggukan seluruh rakyat dan AMANAH telah berjanji untuk melakukannya sehingga ke tahap belah bahagi. Oleh itu tindakan sebahagian pimpinan ini turut dilihat betul juga dan selari dengan aspirasi pimpinan dan ahli AMANAH.

5. Pada hakikatnya semua pimpinan AMANAH menolak belanjawan yang telah dibentangkan. Perbezaannya adalah samada melakukan belah-bahagi atau tidak. Dan perbezaan ini hanya timbul pada saat terakhir hasil cadangan Pengerusi PH.

6. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa tidak wujud perbezaan atau perpecahan di kalangan pimpinan AMANAH. Situasi yang mencabar ini boleh digambarkan melalui pepatah Melayu “ditelan mati emak, diluah mati bapa” telah menghasilkan tindakan berbeza yang pada hakikatnya kedua-duanya betul. Kita tidak berpeluang untuk berbincang dan berbahas untuk menentukan mana satu di antara dua pilihan betul ini adalah yang lebih betul. Namun kita yakin kedua-dua kumpulan telah bertindak mengikut pertimbang mereka masing-masing dengan mengharapkan yang terbaik bagi AMANAH dan PH.

7. AMANAH memahami ramai kecewa dengan apa yang telah berlaku. Namun kekecewaan ini akan menjadi lebih parah sekiranya ianya menggugat kesatuan dan perpaduan dalam AMANAH serta antara AMANAH dan PH. Ianya sewajarnya dijadikan sebagai pengajaran untuk kita terus maju ke hadapan, bersama dalam keadaan yang bertambah kukuh.

8. Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah agar segala keputusan yang telah dan bakal dibuat mendapat bimbingan Nya dan akan menambahbaik parti sambil mengukuhkan lagi kedudukan PH. Marilah kita merapatkan saff dan membaharui iltizam untuk membawa kemenangan dan kebaikan bagi AMANAH dan PH.

Apa yang berlaku pada 26hb November tidak menjejaskan langsung komitmen kami untuk menolak kerajaan PN bawah TSMY yang tetap dianggap sebagai kerajaan pintu belakang yang tidak memiliki mandat sah dari rakyat.

KHALID ABD SAMAD

Pengarah Komunikasi Amanah

Pada 28 November 2020.