KHAIRUDDIN BERI AMARAN KEPADA AZMIN JANGAN HINA TUN M
Khairuddin beri amaran kepada Azmin jangan hina Tun M
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Saya ingin menasihati azmin ali agar jangan menipu secara berterusan untuk lepaskan dirinya dari dicemuh oleh rakyat jelata!!
Azmin ali sudah sedar kini bahawa reputasinya telah tercemar teruk selepas ‘langkah sheraton!!’
Geraf populariti azmin ali kini sudah mengalir ke dalam longkang!! Rakyat serta para pengundi sekarang amat benci pada azman serta beberapa lagi bekas pemimpin PH yang lompat menganggotai kerajaan ‘tebuk atap’ PN!!
Apa yang dituduh oleh azmin ali tidak berasas sama sekali!! Beliau menipu dengan menyatakan bahawa tun dr mahathir mohamad yang merancang untuk tubuh PN demi menjamin kesinambungan beliau bagi terus menjawat jawatan perdana menteri!!
Ini satu penipuan besar dari azmin ali!! Saya ada banyak fakta mengenainya kerana terlibat secara langsung dalam kumpulan mereka itu!!
Kenyataan azmin ali amat ‘jahat’ dan tidak ‘gentlemen’ sama sekali!!
Secara jujur dan ikhlas saya ingin nasihati azmin ali agar menarik balik kenyataan yang ‘jahat’ itu!!
Sesungguhnya, saya turut terlibat dalam satu kumpulan politik yang dinamakan ‘kumpulan C5’ selama hampir setahun lebih!!
Kumpulan C5 diujudkan untuk selaras serta mencari satu formula kearah mengujudkan ‘Kerajaan Perpaduan’ bukan bagi menjaminkan agar tun dr mahathir mohamad untuk terus menjadi perdana menteri!!
Pada waktu itu tun dr mahathir mohamad amat risau dengan pergolakan politik negara yang amat tidak sihat!!
Satu formula untuk stabilkan keadaan politik negara mesti dicari secara kadar segera!!
Inilah matlamat penubuhan kumpulan C5 bukan sepertimana yang didakwa oleh azmin ali!!
Tolonglah jangan buat fitnah kerana saya berada bersama mereka dalam kumpulan C5 secara agak lama!!
Kenapa azmin ali mahu terus menipu dan memfitnah tun dr mahathir mohamad?! Apa dosa tun dr mahathir mohamad kepadanya?!
Sesungguhnya juga, azmin ali harus berhenti berperangai seperti kebudak-budakan yang semata-mata ingin menyelamatkan dirinya melalui satu fitnah keatas orang lain!!
Apakah azmin ali sudah lupa pada sejarah apabila beliau diserang dengan isu video semburit; tun dr mahathir mohamad sebanyak lima kali bangun mempertahankannya secara tegas!!
Dalam masa yang sama; saya juga turut membela azmin ali pada waktu itu dalam kes video semburit!!
Ketika azmin ali di bawah kerajaan PH beliau dilantik oleh tun dr mahathir mohamad menjawat jawatan menteri ekonomi!!
Tapi kini di bawah kerajaan ‘tebuk atap’ PN azmin ali hanya dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa saja oleh muhyiddin yassin!!
Di sini amat jelas siapa yang lebih mengikhtiraf azmin ali?! Adakah tun dr mahathir mohamad atau muhyiddin yassin?!
Dalam kes video semburit azmin ali dulu kami tidak berapa yakin pada peringkat awal tetapi kini saya rasa macam ada asas kebenarannya pula!!
Biarlah saya kaji semula secara terperinci isu video semburit azmin ali!!
Insya-Allah, bila masa mengizinkan saya akan terbang ke united kingdom serta amerika syarikat untuk hantar pita video yang tular di sosial media bagi mencari kepastiannya oleh syarikat yang professional bagi menjalankan kajian DNA samada pita video itu tulen atau palsu!!
Di tahap ini saya tidak mahu buat tuduhan melulu!! Biar pihak professional yang menentukannya!!
Dalam masa yang sama azmin ali adalah sahabat saya tetapi jangan terus untuk burukkan tun dr mahathir mohamad!!
Kini kareer politik azmin ali dapatlah diibaratkan seperti ‘nyawa-nyawa ikan!!’ Masa depan politik azmin ali dapatlah diibaratkan juga seperti ‘telur di hujung tanduk!!’
Kenyataan terbaru azmin ali ini hanyalah untuk alih pandangan rakyat agar terus menyalahkan tun dr mahathir mohamad dalam pengkhianatan mereka terhadap kerajaan PH dahulu!!
Mengenai kenyataan tidak bertanggungjawab dan tiada asas oleh azmin ali ini saya boleh sangkalkan dalam mana-mana perdebatan di antara azmin ali dengan diri saya sendiri!!
Beliau boleh anjurkan satu forum debat secara terbuka yang disiarkan secara terus-menerus dan jemputlah saya untuk berdebat dengan azmin ali saja mengenai topik ini!!
Orang lain tak perlu terlibat!! Biar hanya saya dengan azmin ali cukuplah!!
Jangan terus buat dosa!! Azmin ali sudah mengkhianati tun dr mahathir mohamad serta kerajaan PH sehingga reputasi menteri MITI ini telah mengalir ke dalam longkang kini!!
Jangan hanya untuk selamatkan lehernya azmin ali sanggup terus memfitnah tun dr mahathir mohamad!! Ini satu dosa besar dari azmin ali!!
Secara jujur dan ikhlas, saya cabar azmin ali untuk berdebat secara terbuka dengan saya dalam hal kenyataan jahatnya itu!!
Ini adalah amaran terakhir kepada azmin ali agar jangan lagi ‘kurang ajar’ dengan tun dr mahathir mohamad yang banyak berjasa pada beliau!!
Sekiranya azmin ali tidak mampu untuk berbudi adalah memadai dengan dia hanya mengenang budi baik tun dr mahathir mohamad kepadanya!!
Untuk makluman azmin ali saya sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat secara terbuka dengan beliau di mana saja!!
Yang terbaik suruh RTM anjurkan siaran terus menerus perdebatan antara saya dengan azmin ali!!
BERANI KERANA BENAR!!