HARAP ABAHCOW SURUH KELUARKAN.BUKAN TAMBAH

KWSP kreditkan insentif RM500 dalam akaun 1.4 juta pencarum




Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 tahun hingga bawah 55 tahun.



KWSP dalam kenyataan berkata insentif berkenaan diperuntukkan kepada kalangan individu yang mempunyai simpanan berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 masing-masing setakat 24 Februari tahun lalu.



"Insentif caruman RM500 sekali bayaran ini yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.



"Ini sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat lebih luas bagi membina masa depan kewangan yang berdaya tahan," kata kenyataan itu pada Rabu.



Maklumat lanjut mengenai Insentif Caruman Tambahan Kerajaan itu boleh diperoleh menerusi rujukan soalan lazim di laman sesawang rasmi www.kwsp.gov.my atau Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03-8922 6000.

 


Langkah Dubai dicetuskan menentang perang lawan rasuah PM


 

Langkah Dubai untuk menumbangkan Kerajaan Madani yang diperkatakan sejak 10 hari lalu didakwa dicetuskan oleh beberapa kerat golongan oligarki yang selama ini menguasai ekonomi negara bagi menghentikan perang melawang rasuah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Menurut Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM), Kapten (B) Zulkifli Othman, perancangan tersebut jelas dilihat berlaku selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita Menara Ilham di Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan Disember tahun lalu.



"Saya melihat Langkah Dubai ini tercetus khususnya apabila Kerajaan Madani hari ini benar benar berusaha untuk bertarung dengan kelompok perasuah

"Dengan tercetusnya "Langkah Ilham" maka tercetuslah Langkah Dubai.



"Mereka provok GPS dan GRS dan mula cuba membeli Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak. Yang mana mereka dulu pernah bantu, mereka ugut dan janjikan pelbagai," katanya.



Sehubungan itu, Zulkifli bersetuju dengan sebarang langkah diambil kerajaan membabitkan pihak keselamatan untuk menyiasat Langkah Dubai tersebut.



Katanya, golongan maha kaya yang terdesak apabila SPRM mula menyiasat bukti yang didedahkan melalui Pandora Papers mungkin akan merancang pelbagai usaha untuk menggantikan kerajaan bagi menyelamatkan diri mereka.



[terkini] TIM. KETUA BAHAGIAN PARTI BERSATU SEGAMBUT, JANA WIBAWA 5 PERT...







[LANGSUNG] Sesi lawatan PM Anwar bersama warga kerja Pelabuhan Tanjung P...




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sesi lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Pelabuhan Tanjung Pelepas di Gelang Patah.









Cukup jumlah perlu diumumkan ketua PN bukan penulis blog


 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Sebarang usaha untuk menumbangkan kerajaan tidak mungkin berlaku kerana apa yang digembar-gemburkan pada waktu ini tidak melalui proses yang sepatutnya mengikut undang-undang.



Penganalisis politik Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, proses untuk mengambil alih kerajaan dengan menyatakan sudah cukup jumlah sokongan Ahli Parlimen perlu dilakukan di Dewan Rakyat melalui usul undi tidak percaya bukan melalui jalan selainnya.



"Cukup jumlah juga perlu diumumkan oleh ketua-ketua parti tetapi kita lihat yang umumkan itu adalah penulis blog, ini agak berbeza.



"Kuasa untuk melantik Perdana Menteri pula adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong, bukan bloger dan parti pun hanya boleh umumkan calon (PM)," katanya dalam program Borak Dahsyat: 'Apa Sebenarnya Langkah Dubai' terbitan Studio Dahsyat malam tadi.



Program itu turut menampilkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mantan Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Abdulllah Sani Abdul Hamid.



Awang Azman berkata, ramai juga pihak bertanya siapakah bakal calon Perdana Menteri yang cuba ditonjolkan oleh pihak yang mahu menumbangkan kerajaan sekarang.



"(Pada saya) dia mestilah seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti dan dilantik oleh Agong dan bukannya penulis blog," katanya.



Pensyarah yang berasal dari Sarawak itu berkata kemungkinan berlaku perubahan kerajaan juga boleh dilihat sejauh mana kedudukan kuasa penentu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).



Katanya Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg sudah beberapa kali menegaskan pendiriannya menyokong Kerajaan Perpaduan dan tidak pernah mengatakan sebaliknya.

"Jadi saya kira apabila GPS berulang kali di Sarawak berikan kenyataan tetapi dibuat juga (usaha tukar kerajaan) ada suatu perkara yang tidak kena. Ada kekecewaan di minda yang berlaku akibat sindrom penafian seolah-olah mereka (PN) tidak berhenti selagi tidak mendapat kerajaan," ujarnya.



Sebelum ini, katanya pihak pembangkang mengumumkan kepada penyokong mereka bahawa kerajaan akan tumbang dalam masa tiga bulan dan jika sekiranya tidak berlaku mereka boleh bubarkan parti.

Jelasnya, sepatutnya penyokong kerajaan mengambil kesempatan untuk menyerang balik pembangkang kerana janji kepada pengikut mereka tidak menjadi dan parti mereka tidak dibubarkan.



Katanya, pemimpin pembangkang dilihat menggunakan isu pertukaran kerajaan untuk terus mendapat momentum sokongan daripada pengikut mereka yang sangat walak (taat).



"Kadang-kadang apabila sudah ditipu banyak kali mereka mempertikaikan inilah sebab penyokong mereka mula berfikir jadi rasional, mengapa tidak berlaku (tukar kerajaan), sebab itu ada yang kecewa ada yang umumkan sokong kerajaan (PM)," katanya.



Jelasnya apa yang menghairankan pengikut parti pembangkang terutamanya Pas tidak pula mempertikaikan pemimpin mereka yang terus menggunakan isu tukar kerajaan untuk memastikan momentum sokongan terus kekal.



"Cara mereka wujudkan persepsi lebih hidup daripada realiti," sinisnya.



Dalam hal ini, kata beliau, pembangkang menghadapi kesukaran apabila kestabilan politik membolehkan kerajaan menunjukkan prestasi yang baik seperti kadar inflasi menurun, pengangguran rendah dan defisit dapat dikurangkan.



Kata Awang Azman, fokus sebenar rakyat pada masa ini adalah peralihan kuasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dari Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Februari ini.



"Mana mungkin Yang di-Pertuan Agong mahu melayan perkara yang diumumkan oleh penulis blog dan bukannya ketua-ketua parti.



"Saya kira rakyat dan penyokong mana-mana parti kena rasional berfikir dan sentiasa bertanya apakah perkara ini betul? Logikkah 150 majoriti, di luar kawalankah? Perkara ini perlu diterapkan agar penonton (rakyat) tidak cepat cemas dan bimbang malah mudah percaya," katanya.

 

[gempak] SPRM SAHKAN SANUSI DISIASAT dan ISMAIL SELESAI DIAMBIL KETERANGAN!


Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor hari ini berdepan siasatan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. Sanusi yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dipercayai disoal siasat berhubung dakwaan isu rasuah dalam kelab bola sepak negeri itu. Dia dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM itu pada 11.37 pagi setelah tiba pada 8.30 pagi, namun gagal ditemui media yang menunggu di luar pagar premis itu. ========================================================================================================== Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah merakam keterangan bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, hari ini. SPRM dalam satu kenyataan berkata, keterangan Ismail dirakam berkaitan siasatan RM700 juta didakwa digunakan bagi mempromosi pencapaian kerajaan. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/692831 2. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...


KEPALA BAPAK,HANGPA BODOW, SAYA TAU DEPA SUSAH, GAJI 5 RIBU. KERAJAAN SENGAJA KENAKAN SAYA..KENAKAN APA..DUIT AMBIK....KENA 3 JAM, BALIK MENONONG GITU JA..PADAN MUKA HANG..KAH..KAH...KAH,,,TUNGGU LANGKAH 18 PULAK

 

Tiga jam beri keterangan, Sanusi enggan beri komen





Oleh: Abdullah Zaid



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah persatuan bola sepak pagi tadi.



Dilaporkan, pemimpin kerajaan Kedah itu memberi keterangan hampir tiga jam bagi membantu siasatan.



Namun, menerusi klip video Suara Madani, Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu tidak memberhentikan kenderaan selepas selesai memberi keterangan, walaupun disapa media yang menunggu sejak pagi lagi.



Malah pemimpin Pas yang lebih dikenali sebagai ‘sempoi’ itu tidak membuka cermin keretanya sama sekali.



Dalam pada itu, Sanusi dikehendaki hadir ke SPRM berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).



Keterangan itu difahamkan bagi membantu siasatan SPRM selepas menerima laporan daripada beberapa individu yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri Kedah sekiranya menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.



Namun, selepas dana disalurkan ke akaun persatuan bola sepak itu kontraktor-kontraktor yang menyalurkan dana masih tidak menerima sebarang projek sebagaimana yang dijanjikan.



Bagaimanapun, pada 7 Januari lalu, Sanusi mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) adalah sumbangan sebuah syarikat.

 

Pusat perkhidmatan sehenti di Johor, tingkat aliran dagang Singapura-Malaysia


 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Sebuah pusat perkhidmatan dan pelaburan sehenti akan diwujudkan di Johor sebagai salah satu inisiatif utama dalam meningkatkan aliran rentas sempadan selaras dengan perjanjian mewujudkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) hari ini.



Dalam kenyataan bersama, pusat sehenti itu diwujudkan bagi tujuan memudahkan proses permohonan untuk pelbagai kelulusan dan lesen yang diperlukan untuk perniagaan di kawasan zon ekonomi tersebut.



Inisiatif tersebut antara perkara yang bakal dilaksanakan susulan pemeteraian MoU pelaksanaan JS-SEZ oleh Malaysia dan Singapura hari ini untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi membabitkan kedua-dua negeri itu.



MoU berkenaan ditandatangani oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura, Gan Kim Yong sambil disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



"Di bawah MOU itu, Malaysia dan Singapura akan berusaha ke arah meningkatkan aliran rentas sempadan barangan dan orang ramai serta mengukuhkan ekosistem perniagaan dalam JS-SEZ untuk menyokong pelaburan.



"JS-SEZ bergerak atas pertumbuhan kukuh Johor dan pelaburan besar di rantau ini oleh Singapura. Johor merekodkan pelaburan bernilai RM70.6 bilion pada 2022 merentasi pelbagai sektor termasuk elektrik dan elektronik, peralatan perubatan, makanan, pusat pembuatan dan data," kata kenyataan bersama itu hari ini.



Kenyataan bersama itu berkata, pusat perkhidmatan sehenti juga melibatkan proses penerimaan dan pelaksanaan pelepasan kod QR tanpa sistem pasport di kedua-dua belah pihak.



Jelasnya langkah tersebut bagi memudahkan pelepasan lebih cepat orang ramai di pintu masuk utama dan penggunaan proses digital untuk pelepasan kargo di pusat pemeriksaan darat.



Kedua-dua negara juga akan menganjurkan forum pelaburan untuk mengumpul maklum balas daripada perniagaan di Singapura dan Malaysia di JS-SEZ selain memudahkan kerjasama tenaga boleh diperbaharui dalam zon ekonomi itu.



Pemeteraian MoU itu dilakukan selepas dua bulan Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia pada Oktober lalu sekali gus menguatkan hubungan dan jawatankuasa bersama yang sudah lama terjalin oleh kedua-dua negara bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi.



Dalam kenyataan bersama tersebut, kedua-dua negara bersetuju untuk bekerjasama bagi melaksanakan sepenuhnya perjanjian berkaitan JS-SEZ dan menyediakan laporannya kepada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11.



"Singapura merupakan pelabur asing kedua terbesar di Johor dari Januari hingga Jun 2022 dan menyumbang sekitar 70 setiap peratus kepada pelaburan langsung asing Johor dalam sektor pembuatan," katanya.



Sementara itu, Rafizi berkata JS-SEZ menyediakan peluang untuk meningkatkan aliran rentas sempadan barangan dan manusia, memperkukuh ekosistem perniagaan dan meningkatkan daya tarikan ekonomi Johor dan Singapura.



"Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa inisiatif ini akan mempamerkan permulaan kepada transformatif ekonomi dua hala kita, memupuk keterkaitan dan kemakmuran yang tiada tandingan bagi kedua-dua negara," ujarnya.



Kim Yong pula berkata, JS-SEZ menggariskan bentuk kejayaan yang Singapura dan Malaysia boleh capai apabila kerajaan dan komuniti perniagaan saling bekerjasama rapat.



"Ia akan berfungsi sebagai jambatan untuk kedua-dua pihak berkongsi kekuatan yang saling melengkapi dan merebut peluang untuk berkembang bersama.



"Saya berharap perjanjian JS-SEZ dapat memberikan faedah untuk perniagaan dan rakyat," katanya.



Malaysia dan Singapura memiliki perdagangan kedua terbesar antara satu sama lain sebagai rakan kongsi perdagangan dua hala dengan pertumbuhan berkembang 18.9 peratus dari tahun ke tahun kepada S$153 bilion pada 2022.



Singapura juga merupakan sumber utama pelaburan langsung asing Malaysia yang menyumbang 20.5 peratus kepada jumlah FDI negara pada 2022.



*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO