Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini memutuskan supaya lima pertuduhan rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, dibicarakan bersama.
Hakim Suzana Hussin membuat keputusan demikian selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry, dan ia tidak dibantah oleh peguam Alaistair Brandah Norman yang mewakili Adam Radlan pada sebutan kes hari ini.
“Lima pertuduhan rasuah dibenarkan untuk dibicarakan bersama. Tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan dan saya menetapkan tarikh sebutan kes pada 16 Feb ini untuk serahan dokumen berkaitan,” kata Suzana.