KENYATAAN MEDIA PARTI AMANAH


 KENYATAAN MEDIA

PEMUDA AMANAH NASIONAL




18 Mac 2024


KK MART PERLU LEBIH SENSITIF ISU UMAT ISLAM ATAU BERDEPAN DENGAN BOIKOT UMAT ISLAM


1. Pemuda AMANAH memandang serius berhubung isu penjualan stokin yang tertulis kalimah Allah yang dijual di tiga cawangan KK Mart. Pemuda AMANAH ingin menegaskan kepada pengilang, mahupun pengedar, mahupun peruncit, untuk lebih sensitif terhadap isu-isu agama, terutamanya berkaitan dengan kalimah Allah.


2. Hal ini adalah penting dalam mengekalkan keharmonian agama di Malaysia. Pemuda AMANAH menyeru KK Mart dan mana mana syarikat lain perlu mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam pengurusan produk-produk.


3. Pemuda AMANAH mengambil maklum KK MART telah memohon maaf mengenai isu ini namun demikian berpandangan isu ini tidak harus dipandang ringan. 


4. Pemuda AMANAH ingin mengingatkan bahawa dalam era globalisasi dan media sosial yang pesat, setiap tindakan syarikat akan disorot dan boleh memberi impak yang besar terhadap reputasi mereka. Oleh itu, penting bagi syarikat-syarikat untuk lebih berhati hati dan menghormati nilai-nilai agama tempatan dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengelakkan kemungkinan konflik dengan pelanggan mereka.


5. Pemuda AMANAH juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memperkuatkan undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan sensitiviti agama, termasuk dalam bidang perniagaan. Langkah-langkah undang-undang yang lebih tegas akan memberi isyarat yang jelas kepada syarikat-syarikat bahawa pelanggaran sensitiviti agama akan diambil tindakan dengan serius, mendorong mereka untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam mencegah kejadian serupa di masa depan.


'ASIM 'ABDULLAH BIN AINULLOTFI

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Nasional



No comments: