𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗧𝗠𝗝: 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗧𝗔𝗙𝗦𝗜𝗥 𝗡𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛



✍️ Ahmad Mursi 



1.  Dalam usaha PAS mengkritik keputusan TMJ menukar cuti Jumaat ke Ahad, Ustaz Dusuki Abd Rani tersalah menjelaskan konteks ayat Al-Quran.


2.  Katanya: "Kita semua akan dipaksa untuk pindah ke negara akhirat, sebelum sampai di negara Mahsyar, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝗱𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗮𝗿𝘇𝗮𝗸𝗵, 𝗱𝗶 𝗸𝗮𝗹𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮, لِمَنِ ٱلۡمُلۡكُ ٱلۡيَوۡمَۖ لِلَّهِ ٱلۡوَ ٰ⁠حِدِ ٱلۡقَهَّارِ Hari itu pasti akan ada tengkingan ALLAH. Di mana Raja raja atau penguasa dunia dahulu? Hari ini hanyalah ALLAH yang mempunyai kekuasaan. Dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi, Jumaat adalah hari pengadilan ALLAH!!!"


3.  Saya kira, Ustaz Dusuki telah buat kajian mendalam hal ehwal kubur kerana banyak juga bukunya dan ceramahnya dijual berkenaan topik ini.


4.  Namun, ayat yang berupa soalan itu, bukan pertanyaan semasa alam Kubur seperti dakwaan Ustaz Dusuki. 


5.  Ulama Tafsir menjelaskan, hal itu berlaku semasa hari kebangkitan, keluar dari kubur. (Al-Qurtubi, Jalalain, Al-Baghawi).


6.  Ayat ini merujuk kepada kekuasaan Allah yang mutlak pada hari kiamat, di mana Allah akan bertanya, "Limanil mulku yaum?" (Milik siapakah kerajaan pada hari ini?), dan jawapannya adalah "Lillah, Al-Wahid, Al-Qahhar" (Milik Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Perkasa). (Ghafir:16)


7.  Soalan itu bukanlah memerlukan jawapan, tetapi lebih kepada penegasan bahawa tiada kekuasaan lain pada hari tersebut melainkan kekuasaan Allah yang tunggal dan tiada tandingan.


8.  Diakui, ramai yang punyai pelbagai persepsi dari penegasan TMJ berkenaan perubahan hari cuti.


9.  Namun, janganlah berlebih-lebihan mentafsir ayat dalam konteks yang salah tanpa merujuk tafsir muktabar.


10.  Hal cuti ini adalah perkara ijtihadiyyah yang diberi keluasan untuk diputuskan oleh pemerintah berdasarkan maslahah. Tiada ketetapan khusus dalam agama.