Selangor merupakan antara penyumbang terbesar pengeluaran padi dan beras negara yang menyumbangkan hampir tujuh pengeluaran beras negara meskipun bukan negeri jelapang.
“Pada tahun 2023, keluasan bertanam padi di Selangor adalah 36,994 hektar dan menyumbang pengeluaran padi sebanyak 161,271 tan metrik,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
“Walaupun negeri Selangor bukan jelapang utama negara, namun negeri ini menyumbang hampir 7% kepada pengeluaran beras negara.
“Pada tahun 2023, Negeri Selangor mencatat prestasi pengeluaran padi tertinggi iaitu 4.577 tan metrik per hektar berbanding paras purata nasional sebanyak 3.542 tan metrik per hektar.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Kalam Salan (PN-Sabak Bernam).
Kalam bertanya mengenai pelan jangka panjang bagi memastikan Selangor mampu menyumbang kepada paras sara diri beras negara (SSL) khususnya melalui penggunaan teknologi pertanian moden.
Mohamad turut menjelaskan tiga langkah jangka panjang oleh kementeriannya untuk membantu Selangor dalam pengeluaran padi seperti berikut:
- menambah baik kemudahan infrastruktur pengairan dan saliran
- menggalakkan penggunaan jentera dan dron dalam penanaman padi
- latihan teknologi untuk pesawah melalui Farmer Field School selama enam bulan.
No comments:
Post a Comment