Pengundi
Atas Pagar merupakan penentu kemenangan kepada KEADILAN atau Pakatan Harapan
(PH) dalam sekian banyak pilihan raya.
Dalam
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor, golongan Atas Pagar yang
membentuk 15 - 20% pengundi berdasarkan kawasan tidak keluar membuang undi. Hal
ini menyebabkan KEADILAN dan Amanah kalah di banyak DUN yang sebelum itu dimenangi
pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu.
Bagaimanapun,
strategi Rafizi Ramli yang akan menumpukan kepada kehendak dan isu pengundi
Atas Pagar menyebabkan beliau dan pasukannya menang pada Pemilihan KEADILAN
2022.
Bagaimanapun,
menurut Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang, kemenangan Rafizi bukanlah
bermakna golongan Atas Pagar yang menyokong perjuangan Rafizi tetapi bukan
anggota KEADILAN akan kembali dengan mudah untuk keluar mengundi pada PRU akan
datang.
"Sekarang
mungkin orang lihat apa yang Rafizi bawa itu, apa yang dia suarakan itu, adalah
suara mereka.
"Jadi
mereka rasa ok sokong Rafizi. Tetapi selepas itu mereka akan tengok apakah
Rafizi atau KEADILAN lakukan. Kalau apa yang parti lakukan tak sama dengan apa
yang kita war warkan, saya rasa mereka mungkin tidak balik (keluar mengundi)
juga," katanya.
Bagi
Lih Kang, parti perlu berhati hati dalam mendapatkan semula sokongan dengan
mengetengahkan polisi yang betul. Katanya jika berlaku kesilapan dalam memberi
isyarat kepada golongan Atas Pagar maka berkemungkinan sokongan mereka tidak
boleh diraih.
"Kita
kena hati hati sebab ini adalah tentang pilihan raya. Ini boleh tentukan kita
kalah atau menang
"Saya
rasa yang penting adalah suara (sebenar) rakyat," katanya.
Berbanding
Umno yang mempunyai pengundi tegar dan tidak memperdulikan perkembangan politik
semasa, KEADILAN dan Amanah mempunyai pengundi dalam kalangan golongan
profesional dan yang tidak berparti membentuk 15 - 20% pengundi.
Pada
PRU 14 lalu PH berjaya meyakinkan golongan Atas Pagar ini untuk menumbangkan BN
bagi membentuk Malaysia yang lebih baik.
Namun
persaingan politik selepasnya menyebabkan golongan berkenaan tidak lagi
berminat untuk keluar mengundi dalam siri PRN.