Ada sebuah kisah, ada seorang suami yang menangis
sedikit teresak di sisi sahabatnya.
Lalu sahabatnya bertanya "Kenapa kau menangis
?"
Suami itu menjawab "Isteri aku sedang
demam".
Sahabatnya bertanya lagi "Seberapa
hebat
sayangnya engkau kepadanya ? Hingga dia demam
sahajapun engkau sudah menangis seperti ini".
Suami itu menjawab lagi "Kau tak kenal isteri
aku itu bagaimana.."
Dia pun mula menceritakan,
"Aku ini miskin. Aku ni tak ada kerja tetap.
Setiap hari keluarga aku hanya makan kacang, itupun jika aku dapat balik
awal"
"Pernah ketika aku tak dapat balik rumah,
isteri aku hanya ada 2 pilihan sahaja sama ada dia akan berpuasa atau minum air
putih sepanjang hari.."
"Satu hari, aku sekeluarga dijemput oleh
mertua aku ke rumahnya, memang isteri aku dari kalangan keluarga yang agak
berada.."
"Masa aku sedang duduk-duduk berbual bersama
mertua dengan hidangan yang lazat dan enak, mata aku tak nampak di mana isteri
aku berada lalu aku bertanya kepada mertuaku sama ada dia nampak isteri aku ada
di mana.."
Ibu mertua aku menjawab,
"Isteri kamu ada di dapur, dia mencari kacang.
Katanya dia sudah agak jemu dengan lauk daging, ayam dan semacamnya sehingga
dia teringin cuma nak makan kacang"
Ayah mertuaku yang mendengar terus mencelah,
"Terima kasih banyak-banyak kerana jaga anak
kami. Secukupnya diberi nafkah dan seeloknya dijaga sampai ayam dan daging pun
dia terasa jemu".
"Saat itu dadaku terasa sesak sekali. Aku
seupayanya menahan agar tidak menangis. Sekalipun hati aku sebenarnya tidak
dapat menahan tangisan".
"Lalu saat sudah balik ke rumah, setibanya di
rumah aku terus memeluk erat isteriku sambil menangis teresak-esak".
"Wahai isteriku. Sebegitu sekali kau menjaga
keaiban dan kekurangan suamimu hatta di pandangan ayah ibumu sendiri. Sedangkan
ku tahu terlalu banyak kekurangan yang ada padaku sehingga dirimu selalu hampir
tak makan seharian".
Isteri aku menjawab,
"Ku harus menjalankan tanggungjawabku.
Tanggungjawabku adalah menjaga sepenuhnya kehormatanmu wahai suami. Soal
tanggungjawabmu kepadaku, aku sentiasa berdoa agar Allah lah yang akan
mempermudahkan untukmu melaksanakannya. Kerana aku menjadi isterimu,
keranaNya".
Sumber : Ustaz Uthman Daud