HKL, HPP antara hospital awam terbaik di Malaysia menurut Newsweek



K PRAGALATHMay 19, 2025

Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Pulau Pinang (HPP) merupakan antara dua hospital awam yang tersenarai dalam senarai 50 hospital terbaik Malaysia di dalam Senarai Hospital Terbaik Newsweek.

“Ini bukan sahaja satu pencapaian signifikan untuk kedua-dua institusi malah merupakan satu yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia,” kata Senator Dr A Lingeshwaran dalam satu hantaran Facebook.

HKL memperoleh 84.97% skor di tempat keempat manakala HPP memperoleh 70.44% di tempat ke-34.

Tiga tempat teratas dalam senarai dimenangi oleh hospital swasta.

Sunway Medical Centre, Subang memperoleh 89.50%. Ini diikuti oleh Gleneagles Hospital Kuala Lumpur (87.99%) dan Subang Jaya Medical Centre (86.35%).

Hospital awam lain yang turut tersenarai ialah Hospital Umum Sarawak di tempat ke 27 (71.67%) Hospital Putrajaya di tempat ke-29 (71.59%) dan Hospital Sultanah Aminah di tempat ke-35 (70.42%).

 



 

No comments: