“KP BERSATU UGUT” KATA SYED HUSSIEN! SYED SADIK APA PULA CERITA?


Gambar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Bella Astillah mengundang usikan warganet termasuk menganggap Ahli Parlimen Muar itu sudah tahu cara untuk masuk ‘trending’ FYP atau ‘For You Page’. Netizen juga berseloroh dengan menganggap Syed Saddiq, 32, boleh jadi ayah segera kepada dua anak pelakon berusia 30 tahun itu. Namun, ada mengingatkan bahawa hal itu mungkin lambat lagi memandangkan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz enggan melafazkan cerai terhadap isterinya seperti berlaku pada 4 April lalu. Rata-rata berpendapat Syed Saddiq yang masih bujang sepadan dengan Bella yang rupanya datang beraya di kediaman ahli politik berkenaan. Reaksi yang menyarankan mereka berkahwin itu susulan perkongsian foto itu oleh Syed Saddiq sendiri di Facebook. Ada juga mengusik Syed Saddiq boleh bernikah dengan Bella selepas iddah nanti tetapi dengan ‘syarat’ tidak pecahkan rekod 11 kali curang. “Terus kuat Bella, kesabaran akan membawa ketenangan. “Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” tulis Saddiq dalam hantaran itu. Sejak bulan lalu, Bella dan Aliff jadi tumpuan gara-gara Aliff ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon cantik, Ruhainies. Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.





No comments: