DAH BERUBAH


Gino Marvela.


 Semasa zaman awal ecommerce start-up dulu, hosting kami ambil dari negara luar. Program & design semua sendiri, wujudkan beberapa platform. Ada antara platform kami wujudkan QR code. Waktu itu kami ibarat bercakap dgn itik, semua org tak tahu QR tu apa. 


Kemudian utk bahagian urusan payment, kami hubungi perbankan Maybank, Public, RHB, CIMB...semua kata tidak ada bahagian yg mudahkan hubungan sistem perbankan dgn shopping cart. Kami ketika itu hanya guna aplikasi Paypal dan beberapa penyedia asing luar negara.


Urusan pos pula, tidak ada sistem yg mereka boleh sediakan trace pembelian dari server hosting ke penyedia sykt kurier. Ketika itu terpaksa urusan melalui Fedex. Hanya Fedex saja ada sistem yg boleh link dgn setiap pembelian. 


Bila proposal siap, bawa ke kementerian. Sekali lg kami ini ibarat bercakap dgn itik & ayam.


Kini 2023, semua berubah. Terlalu banyak penyedia tempatan yg menawarkan payment system. Dengan kehadiran Ai, semua kerja jadi mudah. 


Sejak sakit bermula 2013-2023, dah lama tak sentuh komputer. Kalau dulu zaman awal komputer, kerja programming, hacking, design itu mudah di hujung jari. Menyelinap di pelbagai cctv, kalau tahu alamat IP mana2 komputer...hantar traffic dos ke komputer sasaran dan letupkan dr jauh. Boleh menaip tanpa lihat papan keyboard, hanya berfikir saja terus taip.


Memang akan orang kata mana boleh letupkan komputer seseorang dr jauh. Itulah kerja GM, guna kepakaran IT, tingkatkan traffic dos utk overheat komputer sasaran. Guna kelemahan teknologi ketika itu. Kini teknologi dh berubah, firewall pun dh banyak malah lebih canggih. 


Itulah...dah terlampau nerdy dgn teknologi. Sehari tak pegang komputer, tangan menggigil.


Itu kisah lama...lani dok tenang-tenang saja. Ada posting kalian, GM baca. Kalau ada panggilan dr mana2 FDI, kami uruskan. Kadangkala di perlukan hadir ke mana sesi FDI itu berada. Tak bercakap pun takpa, mereka perlukan idea kritis kemana nak bawa halatuju pelaburan. 




Tapi lebihnya, sentiasa dgn rama-rama putih. Agak kelakar hidup nih. Itulah cabaran hidup. 😅



No comments: