BERTEMU DENGAN 5 PEMIMPIN INDUSTRI JERMAN







 Saya kemudiannya melakukan pertemuan dengan lima pimpinan industri dan perniagaan antaranya Schott AG, X-FAB Silicon Foundries SE, Melexis, Airbus dan Infineon Technologies AG.


Dalam pertemuan ini kesemua syarikat telah memberikan maklum balas terkait projek pelaburan mereka, malah ada yang menyatakan minat untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia.


Dengan adanya interaksi kerajaan dengan para pelabur seperti ini akan terus memberikan peluang yang besar buat negara kita bagi menarik lebih banyak pelaburan daripada Jerman atau negara sekitar Eropah, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



ISU KANTIN PUN NAK JADI ISU.

 

Arahan agar kantin sekolah 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 sepanjang bulan Ramadhan pun nak dijadikan isu dan 𝗽𝗼𝗹𝗲𝗺𝗶𝗸. Tak faham aku. Macam dah ketandusan isu sangat.


Apa masalah kalau kantin sekolah dibuka pun? Murid sekolah, terutamanya 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝘀𝗮𝘁𝘂 memang 𝗱𝗮𝗵 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 ke semuanya sampai nak tutup terus kantin?


Ibadah puasa itu diwajibkan ke atas 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮. Orang bukan Muslim, terutamanya kanak-kanak, tak bolehlah dipaksa untuk turut sama berpuasa.


Memang orang Islam Malaysia, mudahnya Melayu, tak kuat iman ke apa? Nampak orang makan pun dah rasa terliur dan 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝘁𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮. Begitu?


Orang Islam di negara lain, terutama negara majoriti bukan Islam tenang je. Bukan setakat di sekolah, yang keluarga mereka masih bukan Islam, 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 pun ada yang makan depan mereka. Ok je?


Puasa ni, antara lain mengajar kita perasaan orang miskin yang nak beli makanan pun tak mampu. Punya marah orang makan depan dia, tapi masa dia berlagak kaya 𝘁𝗮𝗸 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻?


𝘗𝘰𝘴𝘵 di media sosial 𝘴𝘩𝘰𝘱𝘰𝘪𝘯𝘨 sana, 𝘴𝘩𝘰𝘱𝘱𝘪𝘯𝘨 sini, pergi melancong, makan di restoran mahal, masa tu tak ada pula fikir perasaan orang yang tak mampu.


Puasa ni kan menduga keimanan kita. Kalau setakat tengok orang makan dah tak tahan, maknanya 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗶𝗺𝗮𝗻 tu. Kena usaha kuatkan iman. Bukannya larang orang makan.


Di televisyen dan dalam media sosial ada banyak je 𝗶𝗸𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻. Ada juga 𝘪𝘯𝘧𝘭𝘶𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳 yang buat video memasak. Eh yang tu 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸 ye? Boleh pulak.


Tiba kantin sekolah, terus suruh tutup. Ini apa jenis fikiran sebenarnya?


Kalau anak tu puasa, takut anak tak tahan, beritahu dia 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶 𝗸𝗲 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻 waktu rehat. Apa yang susah sangat? Bukan wajib pergi kantin pun masa rehat.


Masa anak aku sekolah tadika dulu, aku beritahu cikgu dia yang anak aku puasa. Kalau anak aku tak ada sakit atau apa, jangan beri dia makan. Ok je anak aku puasa.


Walaupun ramai murid lain yang makan dalam kelas. Murid yang puasa cikgu dia suruh 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗶𝗻 masa murid yang tak puasa makan. Tak ada masalah.


Tak payahlah nak jadikan benda ni isu. Perkara begini boleh buatkan orang bukan Islam 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Ini bukan jenis dakwah yang perlu kita bawa.


Kita sebagai muslim diwajibkan berdakwah. Paling tidak pun 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗺𝗽𝗶𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗹𝗼𝗸. Kalau dah begini perangai, kita sebenarnya tonjolkan akhlak yang tengik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KALAMANTOI KALI NI. KENA LAGI.

 

Di Kelantan......tanah milik kerajaan negeri(PMBK) kena lelong.


Di Kedah.......anak syarikat kerajaan negeri(Kedah Agro Holding Berhad) tertunggak 9 bulan tak bayar gaji.



PMX BERTEMU PEMAIN INDUSTRI JERMAN







 Mengadakan mesyuarat meja bulat bersama pemimpin-pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Jerman dan beroperasi di serata dunia terutamanya sekitar Eropah.


Antara syarikat yang terlibat adalah B. Braun GmbH, Siemens AG, Bayer AG, Airbus, DHL, Schott AG, Volkswagen dan Infineon Technologies AG.


Ruangan dan peluang ini saya gunakan untuk memberi jaminan kepada mereka bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi terbaik dan pilihan untuk membuat pelaburan.


Saya turut maklumkan bahawa Malaysia kekal terbuka dan menjamin peluang pelaburan yang progresif bagi pelabur-pelabur dari Jerman.


Justeru, komitmen para pelabur amat dialukan bagi meningkatkan pelaburan ke Malaysia sekali gus membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya. 


#MalaysiaMADANI



Laporan HRW: Satu bukti tidak diberi, tetapi syarah satu dunia - Saifuddin


 

 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan laporan terbaharu Human Rights Watch (HRW) yang mendakwa kerajaan mendera kumpulan pelarian dan warga asing dengan menempatkan mereka di pusat tahanan imigresen yang sesak serta kononnya melebihi kapasiti.



Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini terdapat 20 depoh imigresen di negara ini dengan kapasiti 20,650 namun sehingga 7 Mac jumlah mereka yang ditempatkan di depoh tahanan ialah seramai 13,635 iaitu di bawah kapasiti maksimum.



"Laporan HRW tertolak dengan sendirinya. Biar angka berbicara, adakah sesak, jawapannya tidak," jelas beliau ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.



Saifuddin menjelaskan, kerajaan membelanjakan sebanyak RM123 juta pada tahun lepas dengan kos makanan sebanyak lima kali sehari mencecah RM83 juta.



"Bila kita usir kita bayar duit feri dan kapal terbang, begitu sekali kita jaga, tapi HRW kata kita dera sampai kematian," katanya.



Beliau berkata warga Myanmar paling ramai direkodkan berada di depoh imigresen iaitu seramai 4,541 diikuti Indonesia (3,797), Filipina (2,914), Bangladesh (1,000), Thailand (329) dan negara-negara lain 1,054.



Jelas beliau, tahanan tersebut membabitkan mereka yang telah menjalani proses hukuman di penjara sementara menunggu proses dokumentasi dari kedutaan negara asal untuk dihantar pulang.



"Lagi cepat dokumen perjalanan dikeluarkan lagi cepat dikeluarkan, lagi cepat kita hantar pulang," katanya.



Selain itu, jelasnya terdapat juga tahanan yang disyaki terlibat di bawah kesalahan Akta Imigresen dan dalam proses diserahkan kepada pendakwa raya selain pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) yang melakukan kesalahan jenayah.



Saifuddin berkata, ekoran laporan pemerhati hak asasi yang berpusat di New York itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan HRW turut diberi keterangan serta diminta mengemukakan pembuktian kes penderaan dan kematian yang disebut dalam laporan itu.



"Satu cebis bukti pun tidak diberi tetapi (laporan) disyarah satu dunia," katanya.



"Ini sangat tidak bertanggungjawab, perlu tampil kepada saya bukti. Saya akan segera ambil tindakan dan beri penjelasan versi yang lebih berkredibiliti yang dapat diuar-uarkan bagi menjernihkan tuduhan ini," katanya.



Kepada soalan tambahan Guan Eng mengenai isu pelarian, Saifuddin berkata kementerian sentiasa berhubung dengan UNHCR bagi melakukan silang semak jumlah pelarian yang berada di negara ini untuk menangani isu tersebut.



Katanya, pemegang kad UNHCR tidak akan ditahan sekiranya ditemui dalam sebarang operasi Imigresen melainkan mereka melakukan kesalahan jenayah.



"Melainkan jika melakukan kesalahan jenayah seperti kes bunuh dan rogol," ujarnya sambil memaklumkan pemegang kad pelarian turut bebas melakukan kegiatan untuk meneruskan kehidupan seperti berniaga ketika menjawab soalan tambahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh).

 

AGAK AGAK YIDDIN, HADI BERANI NAK PI CAKAP BAB SOKONGAN PADA HAMAS DI EROPAH SANA ?



Isu Palestin: Anwar seru masyarakat antarabangsa henti sikap hipokrit


Oleh: Abdullah Zaid



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan dunia perlu bangkit dan menghentikan sikap hipokrit yang sangat jelas mengenai situasi yang berlaku di Gaza.

Katanya, krisis kemanusiaan itu bukan hanya tertumpu kepada insiden 7 Oktober 2023 sebaliknya konflik itu telah bermula berpuluh tahun sebelum itu.

Mengulas lanjut pertanyaan media antarabangsa mengenai isu berkenaan, PM berkata, Malaysia dan Jerman boleh memainkan peranan masing-masing dalam mencari penyelesaian termasuk pembebasan tawanan sama ada di pihak Palestin mahu pun Israel bagi mencari formula menamatkan pertempuran dan ke arah pembebasan Palestin.

"Penyelesaiannya bukan sahaja membebaskan tebusan tetapi mencari solusi yang memberi hak kepada semua termasuk rakyat Palestin," katanya.

Selain isu kemanusiaan, kunjungan Perdana Menteri dalam lawatan kerja enam hari itu turut menumpu kerjasama perniagaan Malaysia-Jerman bagi memanfaatkan lokasi negara yang strategik di Asia Tenggara sebagai destinasi pelaburan pilihan.

 

radzi kunyit cuba tanya soalan bukan bidang dia pun- NILAI RINGGIT JATUH ISU SELALU DIPOLITIKKAN PAS JAWAPAN MENT...


Usaha kerajaan melalui Bank Negara (BNM) secara kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dilihat membawa impak positif dan membantu mengukuhkan nilai ringgit, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan. Semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat, beliau berkata langkah koordinasi antara BNM bersama GLC dan GLIC itu dilihat berjaya menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing. Menurutnya, Kementerian Kewangan dan BNM telah mengambil tindakan bersepadu dan terselaras bagi membawa masuk aliran wang ke dalam pasaran pertukaran mata wang asing. Antaranya termasuklah, menggalakkan GLIC dan GLC membawa pulang pendapatan pelaburan asing dan menukar pendapatan tersebut kepada ringgit dengan lebih konsisten “Ketika GLC dan GLIC meraih keuntungan daripada pulangan pelaburannya yang mungkin lebih baik, mereka boleh memulangkan keuntungan pelaburan, kita menggalakkan (untuk mereka) memulangkan. “.. dan kita telah nampak (hasil) usaha bersama BNM, GLC dan GLIC dalam satu setengah minggu ini, ringgit telahpun mengukuh,” katanya. Amir berkata, BNM turut memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport selain terus menggalakkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian eksport supaya kebergantungan terhadap dolar Amerika dapat dikurangkan. Selain itu, bank pusat juga terus memantau pasaran kewangan dan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan. Beliau berkata dasar yang diambil kerajaan dalam menangani nilai ringgit mengambil kira ketidaktentuan cabaran luaran yang menjadi faktor utama dalam pergerakan ringgit. Setakat 8 Mac, nilai ringgit berada pada tahap lebih baik berbanding minggu-minggu sebelumnya iaitu pada RM4.68 ringgit berbanding dolar Amerika. Sementara itu, Amir berkata keyakinan pelabur asing untuk melabur di dalam negara juga dilihat semakin baik sekali gus dapat mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia pada masa depan. “Biarlah kerajaan berusaha dengan cara-cara yang ada ini, kita sambut dengan apa yang telah ada dalam negara sekarang, kita sambut juga keyakinan yang nampak daripada pelabur asing untuk melabur dalam negara dan inilah akan mengukuhkan negara lebih elok pada masa depan,” katanya. Menyentuh mengenai cadangan meningkatkan had statutori hutang, beliau berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan had hutang tersebut memandangkan langkah dan komitmen adalah untuk melaksanakan pembaharuan fiskal mengawal tahap hutang dan defisit. Malah, katanya, kerajaan komited untuk menurunkan paras hutang seperti sasaran di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA) iaitu tidak melebihi 60% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam jangka masa sederhana. Amir berkata jumlah pinjaman baharu tahunan kerajaan mula menunjukkan trend penurunan pasca pandemik ekoran langkah mengurangkan defisit daripada 5.6% pada 2022 kepada 5.0 peratus daripada KDNK pada 2023 dan menyasarkan 4.3% pada 2024. Sumber Video/Berita 1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat... 2. YT Parlimen Malaysia




LEBAI PALATAO





Zuwairi Md Yusof

 PALATAO PN PAS jangan duk buat tak tentu hala di bulan mulia RAMADAN ini.Kesan kamu tebuk atap 33 bulan punca ratusan ribu budak2 gagal menguasai MEMBACA,MENGIRA,MENGEJA.UPSR kamu hapuskan,PMR kamu mansuh,JQAF budak2 kamu markup RM 15 JUTA ke RM 80 JUTA bawah RADZI JIDIN ngok ngek.PASTI milik PAS?

SRITI,SMITI,MAHAD,PONDOK PAS adeke bayar caruman KWSP guru2 anda?GAJI MINIMA pun tak mampu bayar sembang pertikai apa MADANI buat sekarang?


Anda semua jangan layan provokasi,fitnah,adu domba,hasutan PALATAO PAS,BERSATU kerana mereka terbukti sembang kencang mentadir habis tunggang langgang 3 tahun lamanya.



JANGAN JUAL NAMA TAHFIZ


Naimah Muhammad. 


 JANGAN JUAL NAMA TAHFIZ


Ini pesanan terakhir menjelang beberapa minit lagi nak masuk bulan Ramadhan. Ini pesanan saya selaku seorang pengetua sekolah yang terlibat secara tidak langsung dengan institusi tahfiz.


Menjelang bulan Ramadhan yang mulia ini berbondong-bondong manusia mencari tempat untuk untuk membuat amal kebaikan bagi menggapai pahala berlipat kali ganda.


Namun ini saya nak pesan sangat. Jangan sesekali menyalahgunakan nama tahfiz untuk mengambil kesempatan bagi melariskan perniagaan sendiri dan mencari laba dunia untuk diri sendiri.


Saya kongsi beberapa perkara yang saya lalui sendiri.


1. Saya sedang makan di kedai. Ada seorang lelaki datang untuk mengajak saya berinfak

bagi membeli al-Quran dan kitab untuk diwakafkan ke sekolah tahfiz. 


Sekolah tahfiz TIDAK MEMERLUKAN sumbangan al-Quran. Sekolah saya ada beratus-ratus quran yang orang wakafkan. Kalau dimaklumkan awal, saya akan tolak. Ada yang hantar tanpa maklum.Kami dah cukup ada banyak. Logiknya pelajar tahfiz ada al-Quran masing-masing. Cukup dah satu Quran. Kalau tambahan Quran tafsir, pun pelajar dah ada sendiri.


2. Ada orang hantar beratus-ratus bekas Choco Albab kat sekolah beberapa bulan lepas. Katanya ada orang infaq. Dua tiga hari ni baru saya terbaca pasal cerita coklat infaq ni. 

Sejak bila pula benda ni kena jadi infaq untuk pelajar. Infaq ni benda yang memberi manfaat. Apa manfaat makanan yang takde khasiat macam ini. 


3. Ada orang telefon secara random. Buat suara sedih minta sumbangan sebab anak murid tahfiz   sedang puasa sunat, tak ada makanan nak berbuka. Kebetulan masa dia call tu saya tengah sibuk macam-macam hal. Jadi memang setepek kena ceramah dengan saya. 


Ada lagi macam-macam orang yang datang nak bisnes tapi nak guna pelajar tahfiz ni.


Ya Allah tolonglah jangan buat pelajar tahfiz ini sebagai alasan nak cari derma, padahal sendiri nak berniaga. 


Kalau betul nak bantu, tajalah yuran pengajian pelajar yang kurang mampu. Dapatkan rekod pelajar daripada pihak sekolah dan bayar terus kepada sekolah untuk meringankan beban pihak sekolah  menanggung tunggakan yuran dan kos operasi. Lagipun bayaran yuran akan menjadi revenue kepada sekolah. Nanti pandai-pandailah pihak sekolah nak susun perbelanjaan sekolah.


Niat nak menyumbang tu sangat bagus. Tetapi lebih baik berhubung dengan pihak tahfiz untuk tanya apa keperluan yang sewajarnya. Setiap tahfiz berbeza keperluan. 


Saya kira2 kos infaq coklat tu hampir RM2K.

Lebih baik beli alat bantu pembelajaran macam projector atau laptop untuk kegunaan PdP. 


Gitulah tazkirah pedas menjelang Ramadhan. Semoga menjadi pengajaran untuk semua.


Selamat berpuasa semua. Semoga ibadah kita semua diterima ALLAH.



FAKTA DALAM KARTUN


            
             Zunar Cartoonist Fan Club




US$120 JUTA DUIT PINJAMAN KWAP KEPADA SRC INTERNATIONAL MASUK KE AKAUN PERIBADI NAJIB – SAKSI

 

Najib Razak menerima USD120 juta daripada hasil pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu.

Pengarah Urusan Quantuma International Angela Barkhouse yang juga pakar pemulihan aset luar pesisir memberi keterangan, bahawa wang itu masuk ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri di Ambank menerusi tiga transaksi dari sebuah syarikat dikenali sebagai Blackstone Asia Real Estate Partners, dengan jumlah pertama USD70 juta pada 29 Dis 2011.

Barkhouse yang memberi keterangan sebagai saksi kedua dalam perbicaraan saman sivil SRC International, berkata USD50 juta lagi diterima menerusi dua transaksi, masing-masing pada 12 Mac 2012 dan 22 Mei 2012.

“Transaksi ini ditanda dengan rujukan ‘AMPrivate Banking’ dalam penyata bank Blackstone dan saya dapat mengaitkan jumlah yang diterima dalam ringgit (RM) dengan transaksi dari akaun Blackstone dalam dolar AS (USD) dengan menggunakan pertukaran mata wang.

“Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai eksekutif SRC International) juga menerima USD82,000 daripada Blackstone Asia antara 27 Jan 2012 dan 8 Feb 2012,” katanya semasa memberi keterangan secara dalam talian dari British Virgin Island dalam prosiding saman sivil USD1.18 bilion SRC International terhadap Najib di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

Dalam perbicaraan yang melibatkan Najib sebelum ini, telah dibuktikan di mahkamah bahawa Blackstone Asia Real Estate Partners adalah sebuah syarikat ditubuhkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang mempunyai nama serupa dengan firma ekuiti hartanah sebenar Blackstone Real Estate.

Barkhouse berkata, terdapat pergerakan keluar dana dari Blackstone ke pelbagai perantara termasuk syarikat produksi filem anak tiri Najib, Red Granite Capital Ltd (USD17.5 juta), USD24.8 juta kepada Brightstone Jewellery Limited serta Alsen Chance Holdings Limited (USD168.5 juta), kedua-duanya dilaporkan dimiliki rakan sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.

“Saya percaya bahawa berdasarkan bukti yang tersedia kepada saya terutamanya pemeriksaan terhadap maklumat perbankan yang berkaitan dengan Alsen Chance dan Brightstone, mereka adalah shell companies yang tidak menjalankan perniagaan sah, selain dari mengaut dana yang disalah guna dari 1MDB dan SRC International,” katanya.

SRC di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa, dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.

Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos, dan relief lain yang difikirkan sesuai mahkamah.

SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.

Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.

Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/11/usd120-juta-pinjaman-kwap-kepada-src-masuk-akaun-peribadi-najib-kata-saksi/

 


Kerajaan negeri seharusnya tidak dibenarkan untuk melemahkan perlindungan alam sekitar




Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan kenyataan Premier Sarawak Abang Johari Openg bahawa Sarawak akan mempunyai kawalan mutlak dalam menguruskan alam sekitarnya sendiri.

‘Alam sekitar’ tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara bagi sama ada bidang kuasa kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Ketiadaan peruntukan yang jelas ini telah menimbulkan masalah berhubung isu tadbir urus alam sekeliling antara kerajaan persekutuan dan negeri badan perundangan.

Walaubagaimanapun, berhubung dengan hak alam sekitar warganegara, mahkamah kita melalui kes-kes mahkamah, telah mengiktirafkan bahawa setiap warganegara mempunyai hak kepada alam sekitar yang bersih dan sihat sebagai hak asasi, di dalam Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan, yang berhubung dengan hak kepada kebebasan hidup.

Oleh itu, dalam hal ini, kedua-dua badan perundangan dan kerajaan persekutuan dan negeri mempunyai kewajipan untuk memastikan perlindungan hak setiap rakyat terhadap alam sekitar yang bersih dan sihat, tanpa diskriminasi.

Istilah alam sekitar adalah pelbagai disiplin, dan ia melangkaui sempadan sesebuah negeri atau negara. Contohnya, pencemaran dan kemerosotan udara, air, biodiversiti dan ekosistem mempunyai kesan melangkaui sempadan negeri, walaupun tanah dan hutan adalah perkara dalam bidang kuasa sesebuah negeri.

Bagi tujuan memastikan keseragaman antara negeri, Parlimen telah menggubal undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang akan diguna pakai di semua negeri.

Oleh itu, Sarawak, dalam usaha untuk menguruskan alam sekitarnya sendiri nampaknya menafikan kebolehgunaan akta ini di negeri tersebut.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Menjelang Ogos 2024, Jabatan Alam Sekitar negeri akan diserap ke dalam Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar yang ditubuhkan di bawah Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak 1993.

Mengambil alih kawalan alam sekitar ini daripada kerajaan persekutuan oleh kerajaan Sarawak ini amat membingungkan (disconcerting), terutamanya apabila undang-undang Sarawak mengenai penilaian kesan alam sekitar, misalnya, adalah lebih lemah daripada di semenanjung.

Tidak seperti rakan persekutuannya di mana undang-undang Sarawak mengenai penilaian kesan, mengecualikan keperluan mandatori untuk penyertaan awam dan perundingan ke atas projek yang mempunyai kesan kepada alam sekitar yang ketara.

Ia menyerahkan isu perundingan mengenai penilaian kesan kepada budi bicara setiap proponen projek yang mempunyai kepentingan diri sendiri dan bertentangan dengan kepentingan awam.

READ MORE:  Implications of demand for increase in Sarawak parliamentary seats

 

Kami menganggap penyertaan awam, perundingan dan penglibatan sebagai komponen asas dalam mana-mana proses penilaian kesan alam sekitar, kerana ia memastikan prinsip ketelusan dan akauntabiliti ditegakkan untuk memastikan tadbir urus yang baik.

Oleh itu, tanpa komponen utama penglibatan awam dalam membuat keputusan ini dimasukkan ke dalam proses perundangan Sarawak berkaitan penilian kesan, hak kepada alam sekitar yang bersih dan sihat tidak boleh dilindungi.

Malah, ini sama dengan mempunyai peraturan yang lebih lemah untuk Sarawak, dan ini tidak adil kepada penduduk negeri tersebut, termasuk mereka yang sangat terdedah, seperti Orang Asal, yang secara berterusan telah membangkitkan isu kemerosotan alam sekitar, pencemaran dan banjir.

Selanjutnya, berhubung dengan perubahan iklim, Sarawak telah memajukan undang-undang berkaitan iklimnya sendiri yang berkaitan dengan perdagangan karbon, apabila langkah itu mempersoalkan kesahihan usaha tersebut, terutamanya berkaitan peraturan di bawah Artikel 6 Perjanjian Paris, di mana ini adalah suatu tanggungjawab kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Malaysia telah meratifikasi perjanjian antarabangsa berkaitan alam sekeliling termasuk Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim, Perjanjian Paris dan Konvensyen PBB mengenai Kepelbagaian Biologi.

Kerajaan-kerajaan negeri mesti melaksanakan komitmen antarabangsa yang dibuat oleh kerajaan persekutuan dan tidak melemahkannya.

Memandangkan perkara di atas, kami menggesa kerajaan negeri Sarawak untuk tidak memajukan undang-undang yang lebih lemah dan tidak selaras dengan undang-undang persekutuan dan apa-apa keperluan di bawahnya, seperti yang dilihat dalam isu proses penilaian kesan alam sekitar.

Kami bimbang negeri lain juga akan mengikuti contoh Sarawak. Dalam hal ini, kerajaan persekutuan, dalam mengimbangi hubungan persekutuan-negeri, tidak boleh membenarkan kerajaan negeri menerima pakai undang-undang dan peraturan yang lebih lemah.

Oleh itu, kami menggesa agar kerajaan persekutuan menjelaskan langkah-langkah yang sedang diambil untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri- seperti Sarawak tidak terlepas daripada tanggungjawab mereka untuk memastikan semua rakyat Malaysia dilindungi secara sama rata dari segi perlindungan alam sekeliling dan perubahan iklim.

Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia

 

DULU DIA CAKAP KELUARKAN KWSP TIDAK BERMORAL.


Nazri Ahmad


Dengan tiba-tiba ramai mengangkat artikel A. Kadir Jasin mengenai “bahaya guna KWSP sokong Ringgit”. Maka ramai ambil peluang tunjukkan kemarahan mereka terhadap tindakan kerajaan ini.


Tiba-tiba Kadir Jasin diangkat sebagai wira dunia.





Kalau kritik kerajaan pun, apa salahnya ye tak? Ok je takde masalah pun.


Tapi orang yang sama bersungguh-sungguh minta pengeluaran KWSP dulu dan pada harini keterlaluan angkat Kadir Jasin sampai nak pecah bumbung juga jangan lupa A. Kadir Jasin juga pernah cakap “benarkan pengeluaran KWSP tindakan tak bermoral”.


KAH KAH KAH KAH KAH KAH


Nak tanya, yang minta pengeluaran KWSP dan julang Kadir Jasin ni korang tak marah ke bila dia cakap keluarkan KWSP tindakan tak bermoral?


Pasal guna KWSP untuk sokong Ringgit tu kalau ramai yang mintak saya akan bagi ulasan saya.



PENGHAYATAN AGAMA LEBIH TELUS DI NEGARA UMAT ISLAMNYA MINORITI

 

Jamzuri Ardani


Di negara barat atau di negara-negara yang umat Islamnya adalah minoriti, ramai umat Islam yang penghayatan agama mereka lebih tulus berbanding mereka yang tinggal di kalangan masyarakat muslim yang dominan. 


Mereka mampu berpuasa dengan sempurna di kalangan rakan-rakan non-muslim yang tidak berpuasa. Mereka memelihara aurat di kalangan masyarakat yang tidak memahami soal aurat. Mereka tetap memelihara identiti muslim mereka tanpa merasa terancam dengan suasana persekitaran mereka. Mereka beragama tulus untuk Tuhan, bukan kerana manusia. 


Ini amat berbeza dengan penghayatan muslim yang tinggal dalam masyarakat yang dominan dengan orang Islam.  Mereka sentiasa merasa identiti mereka terancam. 


Jika ada orang tak puasa, mereka merasa terancam. Jika ada orang tak tutup aurat, mereka merasa terhina. Jika ada konsert, mereka merasa iman mereka tidak selamat. Mereka seolah-olah beragama hanya untuk memuaskan 'pride' dan identiti kelompok, bukan sepenuhnya tulus untuk agama. 


Wallahu a'lam.




MELAWAT SIEMENS ENERGY












 Memulakan lawatan di Jerman dengan mengunjungi Siemens Energy yang merupakan salah satu syarikat teknologi tenaga utama dunia.


Turut bersama adalah Menteri Luar, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Duta Malaysia ke Jerman.


Saya dan delegasi Malaysia berpeluang melihat dengan lebih dekat operasi kilang ini sebelum sesi perbincangan lanjut bersama pengurusan tertinggi diadakan.


Sebagai rekod, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy memeterai memorandum persefahaman untuk memulakan pembangunan hidrogen hijau pada tahun lalu.


Ia bertujuan untuk mempercepatkan penyahkarbonan jana kuasa termal TNB, menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu.


#MalaysiaMADANI