LEBAI KELARAH KATA SOLAT SEMINGGU SEKALI SAJA...SOLAT WAKTU TAK BUAT..TANGGAPAN CELAKA..

 


Image may contain: one or more people and people sitting


GIN MARVEL


Tak buleh berjemaah di masjid. Lokasi dalam gambar yg viral ini di katakan berada di Batu Pahat.

Dalam sisi yg lain, minggu lepaih ada yg menghantar mesej inbox katanya had maksimum 45 orang ja solat Jumaat, angka 46-50 yg terlebih dalam masjid di saman sedangkan masjid itu besar & buleh lagi masuk dalam 120 orang lagi. Hat makluman yg di hantar oleh orang ramai yg membaca karya di sini sengaja GM tidak mahu naikkan ke media sosial kerana perlukan lebih pembuktian.

Bila kita tulis hal sebegini, seperkara yg kami benci puak lebai kelarah ni kata... hat bising ni bukan solat pun. Lebih teruk di katakan seminggu sekali ja Jumaat di masjid, hari solat fardhu biasa tidak ada di masjid.

Inilah masalahnya bangsa lebai kelarah ni, depa dok pukul rata habih semua org tak solat tiba2 bising solat Jumaat. Pung pang...pung pang, dah malu depa boh nama DAP.

#ajergampang punya perangai sebegini.

Rakyat Malaysia ini ramai yg bekerja sendirian dan punyai majikan. Seawalnya laungan azan memanggil solat, mereka yg bekerja berhampiran masjid & surau pasti akan keluar dalam 10-15 minit pi solat berjemaah. Kami pun begitu juga, di mana kami berada dan sampainya azan berkeumandang... masjid & surau berdekatan itulah yg kami pergi. Situasi yg sama juga bila di hari Jumaat.

Kami sendiri kerap di lapangan, sehari berada di antara 2-3 buah negeri. Zuhur di Selangor, Asar di KL, Maghrib di rnr, Isyak di N9. Maka tidak kiralah rupa surau atau masjid yg serba daif sekali pun kami tetap berkunjung.

Ya benar covid itu adalah wabak yg perlu di ambilkira serius, tapi usahlah pula terlebih2 menyaman orang yg solat lebih kuota. Kadangkala naik rimas dgn datang masjid utk Jumaat ada kupon. Tak ada kupon kalau solat juga, di saman sedangkan masjid itu berkeluasan sederhana besar dan buleh lagi melakukan penjarakan sosial. Bagaimana pula posmen, grab & budak panda yg mana dia pergi...itulah masjid yg di tuju. Perlu saman mereka?

Risau takut melampau-lampau. Bukan tidak ada sanitizer & mask pun. Orang ke masjid surau di saman, yg hat beli nombor ekor magnum & toto setiap hari beratur depan kedai tak pula di saman. Kita tulis pasai solat Jumaat kena saman, lebai kelarah bergegas memaki kata rakyat luar sana hanya bising Jumaat ja manakala solat fardu berjemaah tidak pula ramai demi melindungi ketidakbijakan dan kebobrokan pemerintahan tebuk atap.

Rakyat pening pentadbiran kerajaan tebuk atap sebegini.

Yang berkarya:

Gino Marvela aka Gin Marvel.