BOB KELANANG
Kejayaan pendakwah Ustaz Ebit Lew semalam mengIslamkan seramai
157 orang Bajau Laut di Pulau Tatagan, Semporna bukti tanpa Pas pun usaha
dakwah tetap berjalan.
Itu antara reaksi rata-rata warganet apabila Facebook Dewan
Pemuda Pas Malaysia hari ini berkongsikan kejayaan dakwah Ustaz Ebitt.
“Ebit Lew masuk baru berapa hari Sabah tapi dah dapat Islamkan
satu kampung orang di sana.
“Pas perlu belajar dengan Ebit Lew cara dakwah yang betul. Pas
wujud dari tahun 1951 lagi”, tulis Zulfadly Ruslan di ruangan komentar Facebook
sayap anak muda parti sinonim warna hijau itu.
Tanpa menyebut secara langsung nama Pas, ada yang secara sinis
menyifatkan pihak yang asyik ‘meratib’ Islam pun tidak mampu berbuat begitu
terbaik
seperti Ustaz Ebit.
Tindakan FB Pemuda Pas berkongsikan kejayaan Ustaz Ebit itu
terus menerima kecaman.
“Tak perlukan Pas pun kan? Berduyun-duyun orang masuk Islam.
Alhamdulillah”, tempelak
Semalam, Ustaz Ebit memberitahu komuniti yang juga dikenali
Gipsi Laut itu tampil sukarela mengucap syahadah.
Pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart itu berkata, ramai
daripada mereka terbabit tiba-tiba bertanyakan tentang Tuhan membuatkan beliau
berasa sebak - Fazli Radzi