AWAT HANG TAK PI TOLONG. SEMBANG JA LAM FB





 Macamana seorang menteri besar boleh sokong perbuatan melanggar peraturan?


Nak simpati boleh. Ramai yang simpati. Tapi kalau nak salahkan pihak berkuasa yang jalankan tugas demi keselamatan awam, itu tak betul.


Kalau simpati, sepatutnya dia sepantas kilat pergi bantu lelaki tu. Bayar saman dan hidupkan insurans dan cukai jalan motornya. Baru betul.


Macam Nurul Izzah bantu penduduk Permatang Pauh yang motor mereka hangus terbakar. Beliau bantu belikan motor baru, bukan setakat update di social media atau tolong doa je.


Kalau yang tulis begini mat rempit, orang tak kisah sangat pun. Ini MB tau. Kalau MB pun tak pandai hormati peraturan, macamana dia tadbir negeri?


Last sekali dia kata kalau nak saman, carilah mat rempit. Hari tu berderet mat rempit yang ikut event RXZ Members 5.0 kena saman, walaun marah juga.


Yang kena saman tu bukan riders biasa. Mat rempit tu sebab motor masing-masing dah modified. Yang standard, JPJ janji takkan kacau pun.


Susah bila ada pemimpin yang tak boleh nak fikir kesan dari kata-kata dia. Sanusi kena ambil kursus kepimpinan ni. Teruk sangat leadership quality dia. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



1 comment:

Anonymous said...

Ini dah tahap lemau dan tolol pasal hendakkan sangat popular