SULTAN SELANGOR MERASMIKAN MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM.

 















Menjunjung kasih atas kesudian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor hari ini.


Mesyuarat MKI jelas menzahirkan keprihatinan DYMM Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. 


Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-Raja. 


Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.


Sekalung penghargaan juga kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir dan turut serta mesyuarat ini. 


Kerajaan Perpaduan terus siapsiaga menambahbaik hal ehwal Islam di Malaysia  agar inklusif , bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam malah rahmat kebaikan Islam dirasai oleh masyarakat bukan Islam.


#MalaysiaMADANI



No comments: