𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜..?? 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻

 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜..?? 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 #𝟭

(Amaran : Artikel panjang)

#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham 


Zubaidi Sudin.



1) JIKA dilihat 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗸𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗵𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 dan apa yg dimaklumkan oleh 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗛𝗶𝘀𝗼𝗺𝗺𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗖𝗘𝗢 𝗜𝗹𝗵𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲, bahawa sokongan penjawat awam berubah dari kpd Barisan Nasional ke Perikatan Nasional dan terhenti di situ, ia adalah sesuatu yg PAHIT tapi terpaksa ditelan.


Kata Hisommudin :


"Jadi bagi kelompok penjawat awam ini sebenarnya mereka masih terperangkap ketika pentadbiran di bawah Muhyiddin. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗸𝗮𝗿 (𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻) 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻".


2) Apa yg ditemui Hisammudin ini 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗞𝗨𝗧𝗞𝗔𝗡 bila beliau menjelaskan : "Guru ini dahulunya adalah aset kepada UMNO-BN kerana dulu kebanyakan daripada mereka memang secara terbuka menyokong BN tetapi sekarang ini dah jadi sebaliknya, (mereka dilihat) menyokong Pas atau PN.


"𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗺𝘂 𝗯𝘂𝗮𝗹 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝘂𝗿𝘂-𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵-𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗶 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 (𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺𝗻𝘆𝗮) 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗡".


3) Di mana sistem nilai dalam diri mereka yg diberikan tanggungjawab mendidik anak-anak cucu kita? 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦, 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗧𝗔𝗦𝗜 yg ditunjukkan Menteri Pendidikan dari PH 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗴𝘂𝗿𝘂-𝗴𝘂𝗿𝘂. Mereka lebih cenderung menyokong kelompok yg suka memfitnah, tidak bertamaddun, memaki hamun, biadap, tiada akhlak, mensabotaj ekonomi, mempromosi Politik Kebencian, tidak hormat kepada Institusi Perdana Menteri dan Institusi Raja. Memang Kerajaan Perpaduan MADANI perlu mengambil tanggungjawab bersama atau "𝗖𝗼𝗹𝗹𝗲𝗰𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗥𝗲𝘀𝗽𝗼𝗻𝘀𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆" namun ada 5 watak yg sepatutnya mampu menggalas peranan yg lebih berkesan bagi mengelakkan hal ini dari berlaku dan berterusan. 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗵𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗶 𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗖𝗘𝗪𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗴 "𝗔𝗟𝗟 𝗢𝗨𝗧" 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗛𝗕𝗡 secara Probono dan berusaha sedaya mungkin mempertahankan serta mempromosi Kerajaan Perpaduan MADANI agar diterima Rakyat terbanyak.


4) Segala serangan Fitnah, cercaan dan maki hamun diserap impaknya oleh para 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗥𝗢𝗕𝗢𝗡𝗢 pada waktu Media Kerajaan seolah-olah lumpuh dan sistem penyampaian yg hancur lebur ditambah dgn Media Arus Perdana yg menyebelahi pembangkang yg tidak pernah saya iktiraf kerana hanya menjadi 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 bukan utk semak dan imbang. Ternyata benar mereka PA$ PNyakau 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗮𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴-𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂.


5) 𝗡𝗮𝗺𝘂𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗶 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 𝘂𝘁𝗸 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗕𝗢𝗗𝗢𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Usaha mereka itu diizinkan oleh pihak Kerajaan sendiri. Sebab itu suka atau tidak Kerajaan Perpaduan 𝗠𝗘𝗦𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗞𝗨𝗜 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔 ini adalah salah pihak Kerajaan menyebabkan penjawat awam begitu berani secara terbuka menyokong pembangang. Jangan tidak mengaku. Kerajaan mesti mengaku kita ada masalah ini barulah boleh dicari jalan untuk mengatasinya.


6) PMX kata Kerajaan Perpaduan MADANI terpaksa bertarung dengan 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 buruk. 𝗣𝗠𝗫...𝗣𝗹𝗲𝗮𝘀𝗲 𝘁𝗲𝗹𝗹 𝘂𝘀 𝘄𝗵𝗮𝘁 𝘄𝗲 𝗱𝗼𝗻'𝘁 𝗸𝗻𝗼𝘄...!!! Kami para penyokong sudah lama tahu sangat kita terpaksa hadap Fitnah dan Prasangka tapi persoalannya apa pihak kerajaan buat utk atasi masalah ini? Yillek?? Retorik semata-mata?


7) Pada saya 5 orang yg patut ambil tanggungjawab ini dan berusaha memperbaiki dengan pendekatan yg 𝗗𝗥𝗔𝗦𝗧𝗜𝗞 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦. Jika masih dalam 𝗗𝗲𝗻𝗶𝗮𝗹 𝗦𝘆𝗻𝗱𝗿𝗼𝗺𝗲 kita boleh ucapkan babai kepada Kerajaan Perpaduan MADANI di PRU16. 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵, 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 tapi terimalah hakikat bahawa 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡nya 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 kerana mereka bergantung kpd EMOSI mengalahkan akal yg sihat, dalam membuat keputusan bukan dengan fakta dan angka.


8.) Adalah sesuatu yg menakutkan apabila sistem nilai kita hancur, menunjukkan pembangunan dan modal insan negara ini GAGAL segagal-gagalnya. Kita GAGAL membangunkan Rakyat yg punya nilai asas kpd integriti, menolak rasuah, menolak sikap biadap, 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 dgn maki hamun dan caci cerca. Anda bygkan pemimpin yg memaki hamun, tidak menghormati org lain termasuk Raja pula dihormati dan disanjungi?? Anda boleh lihat beberapa polis, penjawat awam begitu gedik mahu bergambar dgn si NuC yg kerja dia memaki hamun PMX dan pimpinan negara tapi disambut sebagai selebriti. Di masa sistem nilai mereka ini?


9) Kita rasa jijik melihat tingkah laku samseng, maki hamun dan tidak menghormati org lain tapi ada sebahagian dari masyarakat termasuk polis dan penjawat awam menganggap ia "COOL" dan norma songsang yg boleh diterima. Anda bayangkan sistem nilai rakyat negara ini ditahap apa? 


10) Benarlah sabda Rasulullah SAW : "𝗔𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻-𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨𝗔𝗡. 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗔 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗨𝗝𝗨𝗥 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗗𝗜𝗗𝗨𝗦𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡, 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗞𝗛𝗜𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗷𝘂𝘀𝘁𝗿𝘂 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗞𝗛𝗜𝗔𝗡𝗔𝗧. 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝗮𝘁 𝗶𝘁𝘂 𝗥𝗨𝗪𝗔𝗜𝗕𝗜𝗗𝗛𝗔𝗛 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮". Al Ruwaibidhah menurut Rasulullah SAW adalah orang-orang bodoh yg mahu ikut campur dalam urusan masyarakat luas. Walhal golongan itu tidak punya ilmu, kefahaman atau kemahiran tentangnya.


11) Lihat hari ini, ia sedang berlaku. 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻-𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗣𝗠𝗫, 𝗧𝗣𝗠 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶-𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘆𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀 𝗹𝘂𝗺𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗰𝗮𝗰𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗶, 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶, 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴, 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮, 𝗸𝘂𝗻𝘂𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝘂𝗻. NAMUN...bekas pemimpin yg sakau dana Jana Wibawa, anak menyakau minyak masak, menipu, mengurung Rakyat sambil mencuri wang negara, cuai penyebab terbunuh 37,000 orang Rakyat, ramai bunuh diri di era mereka, ramai angkat bendera putih tiada makanan, mengasaskan "Scheme of Things", rasuah bermaharajaGILA, berhutang tapi boros berbelanja meninggalkan hutang terkumpul RM1.5 Trillion, menunggang Agama, makan gaji buta, kabinet yg "bloated" sehingga 70 orang membalun ghanimah / elaun dari wang Rakyat, mereka inilah yg disanjung, disokong dan dipuja puji. Tidak kah anda rasa kini Al Ruwaibidhah bersuara? 


12) Di mana sistem nilai dalam diri kita Rakyat Malaysia? 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗖𝗜 pada Rasuah. Org Melayu rasa OK dengan segala kebobrokan yg berlaku di era PNyakau Nasional asalkan DAP tidak bersama kerajaan. Begitu jumud doktrin rasis dan perkauman sempit yg dipasakkan dalam minda rakyat. Ironinya, pembodohan akal ini disukai ramai.


- Zus Din 

26082023

#SOSMApas 

*𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗔𝗱𝗺𝗶𝗻 : 𝗖𝗹𝗶𝗰𝗸 𝗴𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝘂𝘁𝗸 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗸𝗲 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵.


BERSAMBUNG di 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 #𝟮.... 𝟱 𝗪𝗔𝗧𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕

*************

𝗧𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗱𝗶 𝗲𝗿𝗮 𝗠𝘂𝗵𝘆𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻, 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗡 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗥𝗡 - 𝗜𝗹𝗵𝗮𝗺 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲


SHAH ALAM - Pola pengundian pilihan raya negeri (PRN) enam negeri pada 12 Ogos lalu menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN) berdasarkan kajian yang dilakukan badan penyelidikan Ilham Centre.


Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar berkata, daripada temu bual yang dilakukan didapati penjawat awam sebenarnya masih terperangkap dalam era pentadbiran Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Katanya, disebabkan itu penjawat awam tidak menterjemahkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang mentadbir sekarang.


"Penjawat awam tidak terjemahkan sokongan kepada kerajaan kerana (berlaku episod) perubahan pentadbiran kerajaan. Kalau dilihat (sebelum ini) daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) bertukar kepada PN selepas insiden Langkah Sheraton. Kemudian daripada PN (berubah) kepada Pakatan Harapan (PH) atau Kerajaan Perpaduan.


"Jadi bagi kelompok penjawat awam ini sebenarnya mereka masih terperangkap ketika pentadbiran di bawah Muhyiddin. Mereka terperangkap di situ dan tidak menukar (sokongan) kepada Kerajaan Perpaduan," katanya.


Beliau berkata demikian menerusi sesi soal jawab dalam Wacana Pasca Pilihan Raya Umum Negeri ke-15 bertajuk 'PRN 6 Negeri: Apa Telah Terjadi' yang bersiaran secara langsung dari Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, di sini, pada Jumaat.


Muhamad Hisommudin terdahulu turut membentangkan dapatan kajian berjudul 'Prediksi Akhir PRN, Prestasi PH Unggul, PN Kuasai Jajaran Melayu'.


Wacana itu turut menampilkan empat panel lain iaitu Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim yang membentangkan laporan bertajuk 'Pola Pengundian PRN Membentuk Polarisasi Kaum' dan Felo Penyelidik Ilham Centre, Mujibu Abd Muis (Merawat Melayu: UMNO Perlu Bagaimana).


Pensyarah Kanan APM, Dr Abdul Muqit Muhammad pula memperincikan hasil kajian 'Memahami Pengundi Muda/Pertama Kali' dan Editor Kanan Astro Awani, Nazri Kahar (Media: Politik Prestasi VS Sentimen).


Mengulas lanjut, Muhamad Hisommudin menjelaskan, daripada segmen penjawat awam itu dapat dilihat golongan guru kini beralih arah menyokong Pas atau PN.


"Guru ini dahulunya adalah aset kepada UMNO-BN kerana dulu kebanyakan daripada mereka memang secara terbuka menyokong BN tetapi sekarang ini dah jadi sebaliknya, (mereka dilihat) menyokong Pas atau PN.


"Dalam temu bual saya dengan guru-guru di sekolah-sekolah mereka mengakui Menteri Pendidikan sekarang lebih baik (daripada menteri sebelumnya) tetapi mereka tetap menyokong PN," ujarnya.


Kata Muhamad Hisommudin, situasi berkenaan juga jelas menunjukkan gandingan naratif Melayu dan Islam jika digabungkan ia memberikan kelebihan kepada PN.


"Kalau dulu (identiti) BN hanya Melayu, Pas hanya Islam tetapi sekarang ini (bila naratif Melayu dan Islam) digabungkan, ia memberikan satu gabungan yang luar biasa," jelasnya.



No comments: