“Semua orang tahu beliau adalah ahli dan pendokong sebuah parti politik. Bapa beliau adalah Pengarah Pilihanraya salah satu dewan parti tersebut. Keluarga beliau di Terengganu pun terkenal sebagai keluarga pimpinan PAS meskipun ada sebilangan ahli keluarga mempunyai pendirian politik agak berbeza.
“Bantuan yang dihulurkan oleh PM tidak akan mengubah pendirian politik yang telah disemai sejak kecil dan bukan pun bertujuan agar seseorang mengubah pendirian politik.”