BEBERAPA PEMBAHRUAN DALAM BELANJAWAN




ANDRIAN LIM CEE ANN

Melalui #Belanjawan2023, #PMX ternyata sdg menstruktur semula & membersihkan institusi-institusi yang sblm ini menjadi penyebab & kesinambungan kpd ketirisan & kerosakan dlm negara.

Walaupun penting juga, tetapi saya kurang minat dengan bab bekas Menteri mana terpalit apa.

Saya lebih minta dan tertarik dengan idea-idea baharu seperti:

-penggabungan agensi-agensi kerajaan yang bertindih

-peningkatan kadar cukai pendapatan terhadap golongan T20

-pengenalan cukai terhadap barangan mewah

-peningkatan pendapatan boleh guna (melalui pengurangan kadar cukai pendapatan) terhadap golongan M40

-pengagihan sebahagian keuntungan syarikat-syarikat besar kepada golongan marhaen

-dan sebagainya

Langkah-langkah inovatif tersebut memerlukan “political will” kerana golongan mahakaya dan tauke-tauke besar akan paling terkesan.

Tetapi PM mempunyai keberanian dan ketegasan.

Jujur kata. Berjuang bersama pembangkang selama ini, tak pernah pun terbayang suatu hari nanti Kerajaan akan berani membentang belanjawan Reformasi yang mungkin “mengguris hati” golongan yang berpengaruh.

But it is happening now.

Ye. Saya kagum dan impressed.

#MalaysiaMADANI