MANA SUARA PAS?

 

MANA SUARA PAS? 

 

Kenyataan Media

15/4/2021

 

Hari Raya Puasa juga selalu di sebut sebagai Hari Raya Aidilfitri yang bermaksud kembali kepada fitrah, atau pun kembali sebagai manusia yang baik selepas berpuasa satu bulan, bukan setakat menahan lapar dan dahaga akan tetapi mentarbiyah diri untuk mengelakkan perlakuan mungkar. 

 

Untuk GDBET333 mengeluarkan iklan seperti diatas mengajak umat Islam berjudi untuk mencari dana balik kampung serta beraya  sungguh menyinggung sensitiviti umat Islam di bulan  Ramadhan yang mulia ini.

 

Saya menggesa pihak  SKMM mengambil tindakan yang tegas keatas pengeluaran lagu ini oleh gdbet333 yang jelas melanggar Akta SKMM. 

 

Gdbet333 mempromosikan syarikatnya sebagai satu syarikat online casino dan telah mempengaruhi umat Islam menggunakan media sosial untuk berjudi selepas berpuasa di bulan Ramadhan semata2 untuk berhari raya. Ini amat2 bercanggah dengan kefahaman beraya yang bermaksud kembali kepada fitrah dan bersih dari dosa kerana di bulan Ramadhan juga masa untuk memperoleh maghfirah atau keampunan dari Allah. Iklan gdet333 ini boleh juga di kira sebagai menghasut umat Islam terutama anak muda untuk melakukan dosa

 

Saya juga menggesa menteri-menteri PAS didalam kabinet dan juga Menteri2 beragama Islam untuk prihatin  tentang hal ini dan mengambil tindakan yang tegas supaya amalan yang bertentangan dengan agama Islam ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan dikalangan  masyarakat orang Islam. 

 

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Ketua Wanita KEADILAN 

Pengerusi KEADILAN Pahang