Ada ramai sebenarnya akar umbi yang bising DS Anwar tak hapuskan
saki baki kartel dalam Keadilan. Dan aku pula, walaupun bukan ahli, aku sokong
tindakan DS Anwar.
Kalau ketika ini saki baki kartel dikeluarkan, Keadilan akan
jadi lebih huru hara. Ramai akar umbi yang akan bising. Sebab kartel ini
kewujudannya tidak kelihatan dengan mata kasar.
Tak ramai rakyat dan akar umbi parti sendiri yang pasti sama ada
MP mereka kartel atau bukan.
Contoh Xavier ini. Kalaulah disingkirkan lebih awal, kemudian
dia dakwa disingkirkan secara tidak adil, yang akan terkena tohmahan adalah JK
Disiplin parti. Dan tempiasnya akan terkena ke presiden.
Jadi baik dibiarkan sahaja. Tapi perhatikan secara dekat.
Singkirkan mereka ketika penamaan calon dalam PRU15 nanti. Itu lebih mudah dan
lebih licin.
Dan rasanya Azmin sendiri memang berharap mereka ini dipecat.
Kalau aku di kedudukan Azmin, aku akan fikir begitu. Lebih mudah untuk calarkan
reputasi DS Anwar sekiranya mereka dipecat.
Tapi keadaan semasa, di mana pada ketika ini PN sendiri goyah
kerana kekurangan majoriti, dengan UMNO sendiri kerap bermain tarik tali, Azmin
tidak punya banyak pilihan selain menyuruh khadamnya melompat sekarang demi
selamatkan PN.
Xavier ini dan ada beberapa nama lagi telah lama diketahui
sememangnya orang Azmin. Jadi bagi aku ini tidak mengejutkan pun. Dan aku
panjatkan syukur akhirnya ini terjadi.
Apakah Keadilan akan lumpuh?
Mungkin bilangan ahli parlimen Keadilan telah berkurang dengan
signifikan sekarang. Tapi aku yakin Keadilan tetap gagah. Kerana yang hidupkan
Keadilan adalah akar umbi.
Aku yakin mereka yang tinggalkan Keadilan dan PH ini akan dapat
'bayarannya' ketika PRU15 nanti. Para pengundi akan jelaskan 'bayaran
tertunggak' atas kertas undi bila tiba masanya nanti.
Jadi tiada apa nak dirisaukan.
Dan atas sebab itu aku lebih suka PRU berbanding kerajaan SD.
Kerana dengan PRU, PH boleh singkirkan cucu cicit kartel dalam cara yang paling
berkesan tetapi kesan buruk yang minima.
Tapi percayalah, ini bukan yang terakhir. Akan ada lagi kartel
yang bakal melompat. Mereka tahu PRU semakin dekat. Dan mereka juga tahu nama
mereka akan digugurkan dari senarai calon.
Jadi mereka perlu bertindak sekarang dengan keluar parti. Jika
nama mereka gugur dari senarai calon, itu akan lebih merugikan mereka.
Ada beberapa bulan lagi sebelum PRU. Akan ada beberapa lagi
katak akan melompat. Lepas cukup bilangan, dewan akan bersidang sekali atau dua
kali dan baharulah parlimen dibubarkan.
Oh ya... Ada beberapa orang yang salahkan DS Anwar kerana
pengkhianat jadi calon semasa PRU lepas. Tapi jangan lupa ketika itu DS Anwar
berada dalam penjara. Ini semua kerja Azmin.
Sekarang tak perlu banyak bicara. Tunggu lagi 2 atau tiga orang
lompat dan kemudian dewan bersidang. Lepas itu kita berentap di gelanggang PRU.
Rakyat pun dah tak sabar ni sebenarnya.
Raja Gelap