KRONOLOGI TIMAH :
KRONOLOGI TIMAH
Ogos 2019 - Apply
Feb 2020 - Kerajaan PH ditumbangkan, lebai terus membisu, walaun jak yang lebih2 tuduh sana sini,tahu tapi buat2 tak tahu kan sebab malu dengan kata2 sendiri, kerajaan islyyy takda fungsi.kerajaan islyyy jadi kuli MCA dua kerusi.
Mac 2020 - Parti ana jadi kerajaan
Jun 2020 - Permohonan diluluskan
Oktober 2020 - Dianugerah sijil kelulusan
Oktober 2021 - Majlis Pelancaran
Dari lulus sampai majlis pelancaran parti ana duk buat natang apa tak boleh halang?
Dah lancar awal kat Taiwan pada April 2021, ada wakil Kementerian Luar Malaysia.
Ingat lobai nak tutup kilang Carsberg etc kat Msia ne..rupenya bagi bukak satu lagi kilang arak..
PKR CADANG TAMBAH 4 KERUSI TANDING PRN MELAKA
PKR cadang tambah 4 kerusi tanding PRN Melaka
KEADILAN mensasarkan tambahan 4 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka, Halim Bachik, parti itu berhasrat bertanding 12 kerusi kali ini berbanding 8 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.
“KEADILAN akan kekal bertanding di 8 DUN yang ditandingi pada PRU 14 dan akan menambah 4 lagi kawasan daripada enam DUN yang ditandingi oleh Bersatu pada PRU lalu.
“KEADILAN mensasarkan 8 kawasan DUN untuk meraih kemenangan pada PRN ini,” katanya.
Enam kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU ke lalu adalah Ayer Limau, Lendu, Asahan, Paya Rumput, Telok Mas dan Sungai Rambai.
KEADILAN berharap akan bertanding sebahagian daripadanya dan beroleh kemenangan berdasarkan mood semasa rakyat Melaka.
JANGAN PANGGIL ANWAR SAJA, SIASAT DULU PEMILIK AKAUN LUAR PESISIR
Jangan panggil Anwar saja, siasat dulu pemilik akaun luar pesisir
Oleh: Redzuan RF8 Media
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar memanggil segera untuk siasatan para pemilik akaun luar pesisir berikutan pendedahan Pandora Papers baru-baru ini.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir berkata, pihaknya menyambut baik tindakan SPRM memanggil Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dirakan keterangan berkaitan maklumat Pandora berkenaan
Namun katanya, penama-penama akaun yang dibariskan di dalam pendedahan tersebut lebih wajar disiasat terlebih dahulu.
“AMK mengambil maklum SPRM akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar untuk dirakam keterangan mengenai Kertas Pandora.
“Datuk Seri Anwar sebelum ini menggesa Parlimen untuk membahaskan Kertas Pandora tetapi tidak dibenarkan oleh speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.
“SPRM melalui Ketua Pesuruhjaya, Azam Baki berkata pihaknya akan berbincang dengan Bank Negara Malaysia dan agensi-agensi berkaitan.
“Namun selain Datuk Seri Anwar, SPRM sepatutnya bersedia mengambil keterangan individu yang dinyatakan memiliki akaun luar persisir antaranya Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa individu lagi,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Johor Bahru itu, kesungguhan dan tekad SPRM akan lebih terserlah sekiranya tokoh-tokoh politik dan perniagaan terkenal yang tersenarai disiasat segera.
“AMK menggesa siasatan telus pada kadar segera oleh SPRM berkaitan Kertas Pandora serta memanggil individu terbabit seperti yang disebut dalam dokumen berkenaan.
“AMK juga berharap SPRM tidak menggunakan kuasanya untuk melakukan intimidasi terhadap pemberi maklumat sebaliknya fokus kepada isu yang dibawa,” katanya lagi.
Kertas Pandora merujuk kepada pembocoran dokumen milik firma perkhidmatan kewangan yang memudahkan orang kaya menubuhkan dan menguruskan entiti luar pesisir. Dokumen tersebut didedahkan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).
PRN WAKTU COVID, TAK PEDULI KESIHATAN RAKYAT
PRN waktu Covid, tak peduli kesihatan rakyat
Oleh: Redzuan RF8 Media
Pilihan Raya Negeri (PRN) melaka tidak seharusnya dilaksanakan secara terburu-buru tanpa memikirkan risiko jangkitan Covid 19 yang akan ditanggung oleh rakyat.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelbagai faktor sepatutnya diambil kira seperti penggunaan sekolah untuk mengundi dan terdedahnya perabot-perabot di sana kepada virus Covid 19 yang boleh mengjangkiti para pelajar, sebelum mengumumkan PRN.
Begitu juga Prosedur Operasi Piawai (SOP) pengundian yang sewajarnya diperketatkan.
“(SOP) harus ada, tetapi maknanya TYT dan Kerajaan Negeri (Melaka) tak fikir implikasinya. Kita bimbang anak sekolah ada yang divaksin ada yang belum vaksin, itu risiko (jangkitan) ada.
“Ini bukan soal politik. Kita bila ada PRN, kita kena berhempas pulas tetapi risiko bagi rakyat bagaimana? Risiko kepada sekolah, anak-anak, ibu bapa bagaimana? Ini tidak difikirkan.
“Sebab itu saya lahirkan rasa dukacita kerana pemimpin tak peka. Cakap soal lain tetapi bila hal macam ini nak rebut apa? Ada masa lagi.
“Biar clear dulu betul-betul masalah Covid ini dan risiko kepada anak-anak sekolah kerana sekolah baru dibuka,” katanya selepas memberi ceramah Maulidur Rasul di Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, pagi tadi.
Ditanya mengenai mungkinkah PH menerima 4 ADUN Melaka yang menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini, Anwar menjelaskan akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat PH petang ini.
Katanya, tidak bermakna keempat mereka diundang malam Isnin lalu maka mereka telah diterima bersama PH.
“Kita bincang petang ini. Yang dibangkit oleh DAP itu seorang (Datuk Norhizam Hassan Baktee) tetapi kita akan bincang.
“Kita punya pandangan, mengapa kita jemput mereka malam itu dalam majlis, kerana dia yang mengambil langkah untuk membawa perubahan di Melaka dan masa itu PH Melaka menyokong.
“Kita sekadar ucap terima kasih kepada mereka, wajarlah. Tetapi soal pilihan raya, soal lain pula,” katanya lagi.
Anwar Ibrahim: Isu Mengenai 4 ADUN Melaka Bertanding Bawah PH, Risiko PR...
KITA AKAN BINCANG ..RISIKO MENGENAI WABAK DAN RISIKO PADA RAKYAT DAN PADA IBUBAPA DAN ANAK ANAK TIDAK PEKA SOAL WABAK YANG SEDANG ..DAN RISIKO PADA ANAK ANAK SEKOLAH INI AMAT MEMBIMBANGKAN.
YANG DIBANGKITKAN OLEH DAP NI ADALAH SEORANG, SEBAB KENAPA KITA JEMPUT DIA..KITA JEMPUT DIA IALAH KERANA DIA YANG MEMBAWA ISU INI DI MELAKA.
KITA JEMPUT YANG ITU SAHAJA.
KALAU SPRM PANGGIL APAKAH DENGAN MEMBERIKAN KERJASAMA DAN KEMUDIANNYA KALAU MENGHALANG SAYA UNTUK BERCAKAP LAGI DI PARLIMEN SAYA PERLU LIHAT SEMULA. TAPI SAYA AKAN TETAP BERI KERJASAMA.
Anwar Ibrahim: Bagaimana Tokoh Politik Simpan Ratusan Juta, Pemerintah &...
NI..ANWAR TERANGKAN SOAL AKHAK TIDAK BOLEH DIIZINKAN SAMA SEKALI.
TAHUN 2012 ADA LAPORAN WORLD INTEGRITI..WANG YANG MASUK SECARA HARAM
INI WANG YANG DIDAPATI DARI SECARA HARAM DAN TANPA DIKETAHUI OLEH PIHAK BERKUASA..TETAPI LEBIH DIANGGAR 900 BILLION 2012.
TETAPI AKHIRNYA BANK NEGARA JAWAB KURANG DARI APA YANG ANWAR CAKAP 100 BILLION KELUAR DUIT CARA HARAM...ADAKAH DISOAL.
2015..KELUAR PANAMA PAPER DAN TIADA SIASATAN- 2021 BANGKIT LAGI PANDORA PAPERS DAN KELUARKAN ACC BERAPA SAHAM.. SYARIKAT BALAK DI SARAWAK.
MISALNYA DAPAT WANG 50 JUTA , WANG DARI MANA DAPAT WANG 50 JUTA.
MINGGU DEPAN SAYA AKAN BANGKITKAN LAGI DAN SPRM PANGGIL SAYA UNTUK SISASATAN DAN SAYA AKAN BAGI KERJASAMA. TETAPI JIKA SAYA DI PANGGIL DAN MELARANG SAYA BERCAKAP, SAYA NAK TANYA SPRM.
SIMPAN DI BANK INI BERTUJUAN SUPAYA TAK DIKENAKAN CUKAI. ADA NAMA KENA SIASAT. INI SIASAT PUN BELUM BERLAKU.KENA INGAT..NEGARA KITA NI BUKAN NEGARA MISKIN.
HARAKAH FITNAH - MINTA MAAF - SAMBUNG FITNAH- FITNAH MAT SABU DIDENGAR ESOK
Harakah dan Harakahdaily telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf itu baru-baru ini.
Aziz Muda menulis mengenai usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, yang didakwa memakai telekung dan berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah tahun lalu dengan tajuk “Sajat: Mujahid dan K’jaan PH patut dipersalahkan” dan “Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH”.
SUMBANGAN BAKUL MAKANAN
19 Oktober 2021
Sumbangan bakul makanan kepada masyarakat orang asli di Kg Orang Asli Machap Jaya.
Semalam Ketua Cabang Alor Gajah Ginie Lim bersama sama AJK Cabang turun ke Kg Orang Asli Bukit Besar dan Kg Orang Asli Machap Umboo bagi memberi sumbangan bakul sumbangan kepada masyarakat orang asli di dalam Dun Machap Jaya.
Sumbangan bakul makanan ini telah disumbangkan oleh penyumbang untuk diedarkan kepada masyarakat orang asli didalam Dun Machap Jaya.
Ribuan terima kasih kepada penyumbang kerana telah menyumbang bakul makanan ini kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Machap Jaya.
Semoga dengan adanya bakul makanan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh ketua keluarga ini.
RAFIZI SARAN JANGAN AMBIL SI KATAK AGAR TIDAK MNGHAKIS KEYAKINAN RAKYAT
We don't want to win the battle but lose the war. PRN Melaka adalah pertarungan kecil untuk PRU15, jangan kerana hendak untung secupak, kita akan rugi segantang. Yang akan mengundi nanti bukan hanya ahli parti tapi majoritinya golongan atas pagar. Biar kalah janji berprinsip, kalau tidak jadilah kita macam parti lebai, siapa bayar lebih depa tadah saja.
KAH...KAH....
MOHD MUKHLIS
Timah = ✘
Semah =
Ini penyelesaian kaedah Melayu Isley.
Pastoking TakeBeer!
Demikianlah Bobobobobo...
Program sumbangan kpd 37 nelayan Tg Dahan,Kuala Linggi di adakan di persisiran pantai tg dahan ptg semalam...
Bismillahhirrahmannirrahhim..
19 Oct 2021 ( 3ptg - 5 ptg)
Alhamdulillah..
Program sumbangan kpd 37 nelayan Tg Dahan,Kuala Linggi di adakan di persisiran pantai tg dahan ptg semalam...
Saya telah mendapat aduan dari penduduk Kuala Linggi berkenaan sepanjang persisiran pantai Tg Dahan mengalami hakisan runtuhan yg perlu dibaiki dengan segera oleh pihak Daerah Alor Gajah,Jabatan Perikanan Melaka.
Keadaan nelayan yg ada diantaranya dah sebulan tak ke laut akibat hakisan yg teruk, bot mereka amat sukar utk diturunkan ke pantai (bot di dikat diatas darat) kerana berlakunya hakisan dan menjadi tebing tinggi..yg lagi menyukarkan bot2 yg besar di turunkan dgn kudrat nelayan2 yg telah berusia dan memerlukan bantuan beberapa orng utk diturunkan ke pantai..
Terdapat juga enjin bot rosak,jaring rosak,tempat membuat jaring dan sebagainya..
Telah saya laporkan dgn segera kpd Tuan DO Alor Gajah dan pihak yg berkenaan dan berharap
dengan segera pihak berkenaan menyelesaikan masalah ini,kerana nelayan ini..sumber pendapatannya adalah menangkap ikan dan tiada pendapatan lain dengan keadaan Covid19 dan sebagainya..
Semoga Allah berikan ketabahan pada mereka semua,dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki buat mereka..amin amin
Cc
Hasmorni Bte Tamby
Exco Wanita Keadilan Pusat
Mantan Penyelaras Dun Kuala Linggi
TERKINI- MAJLIS PRESIDEN PH DAPAT MEMO BANTAHAN DARI AHLI CLUB HOUSE UNT...
Ahli gabungan Club House "Kerajaan Gagal Kembali" melalui wakilnya Sdr Panji telah menyerahkan memorandum kepada Majlis Presiden PH petang ini sebelum PH bermesyuarat bagi menentukan nasib 4 Adun katak Melaka.
Ambil tindakan terhadap Shahidan, gesa Pemuda Umno Arau
PETALING JAYA: Pemuda Umno Arau meminta parti mengambil tindakan ke atas Ketua Umno Bahagian itu, Shahidan Kassim susulan penularan surat aduan pelanggaran disiplin parti ketika majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan-cawangan di negeri itu, baru-baru ini.
Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, Shahidan sewajarnya dikenakan tindakan disiplin kerana mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua cawangan dan ketua sayap cawangan.
“Beliau telah membuat ucapan yang jelas bertentangan dengan keputusan parti semasa majlis itu. Selain itu, beliau juga mengibarkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama bendera Umno sebagai hiasan di ruang majlis perasmian,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Pada masa sama, surat itu turut ditujukan kepada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan bertarikh 18 Oktober 2021.
Syed Atif berkata, aduan secara asasnya dibuat bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan ahli dan pimpinan pelbagai peringkat khususnya di bahagian Arau dan negeri Perlis.
“Demi menjaga nama baik dan maruah parti serta mengelakkan masalah perpecahan yang serius pada masa hadapan, diharapkan aduan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar tindakan dan pengajaran yang tegas tanpa memilih bulu dapat diambil,” tegasnya.
Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan Shahidan meminta semua pihak tidak mempolitikkan isu penularan gambar memaparkan bendera Bersatu yang tergantung di sebuah dewan yang menjadi lokasi mesyuarat Cawangan Umno dirasmikannya.
Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa bendera berkenaan sudah lama dipasang di dewan berkenaan sempena lawatan kerja sehari Muhyiddin Yassin semasa menjadi Perdana Menteri, pada 5 Mac lalu.
Bagaimanapun, Shahidan menjelaskan pihak pengurusan dewan berkenaan tidak sempat menanggalkannya kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan notis singkat diterima untuk mengadakan mesyuarat Umno cawangan baru-baru.
SEMUA INI POYO
BIDADARI ALKADRI
Gajah Sama gajah berjuang
Pelanduk mati di tengah-tengah (peribahasa)
Sekarang patut tukau bukan berjuang tapi????________
Sume ni kepala bana!!!
SEDAP SEDAP KORANG MAKI YB BABI, KEMUDIAN PUNCA JATUHKAN PH DI MELAKA...TIBA TIBA NAK TERIMA BALIK?...DAP PUN TOLAK DIA...WOIIII...BUTA KA APA...
aswah aswah
Dia ni dah keluar dari pakatan harapan dan kianat pada party lepas tu nk tanding tiket PH ...mana boleh ko le punca kianat sebab tu DAP dah bagi tau ko le punca nya.
PH risiko rosakkan imej jika calon 4 bekas ADUN dalam PRN
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) diingatkan untuk tidak menerima empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dan meletakkan mereka sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Penganalisis politik Azmi Hassan berkata, prinsip PH akan dipersoalkan dan ia mengundang risiko “hukuman” daripada pengundi.
“Dengan menerima mereka, saya percaya PH akan memberi gambaran bahawa mereka boleh mengetepikan prinsip dengan mudah selagi dapat mencapai matlamat politik,” kata Azmi kepada FMT.
“Ia tidak memberi sebarang manfaat kepada PH sebaliknya hanya memakan diri selepas ini.”
Seorang lagi penganalisis, Wong Chin Huat berkata, pendirian PH mengenai tindakan lompat parti akan dipersoalkan sekiranya mereka menerima empat ADUN berkenaan yang menarik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali hingga menyebabkan kerajaan negeri tumbang.
Beliau berkata, PH begitu keras mengkritik mereka yang berpaling tadah daripada gabungan menerusi Langkah Sheraton sebelum ini.
“PH tidak boleh melihat tindakan lompat parti ini sebagai sesuatu yang baik apabila ‘katak’ ini datang kepada mereka, tetapi menyatakannya salah apabila ‘katak’ ini menyertai Barisan Nasional (BN) atau Bersatu,” katanya.
“Pengundi tidak buta.”
Dalam laporan baru-baru ini, Idris Haron, iaitu bekas ADUN Sungai Udang, Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) memberi bayangan untuk bertanding atas tiket PH dalam PRN.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu akan membantah jika bekas ahlinya, Norhizam bertanding di bawah tiket PH tetapi enggan mengulas mengenai Idris, Nor Azman dan Effandi.
JIKA PH MENERIMA KATAK YANG LOMPAT, MENJADI ISU PULA UNTUK DITERANGKAN KEPADA PENYOKONG YANG TIDAK MAHU PH MENERIMA KATAK KATAK INI
Idris hadir majlis PKR hanya untuk ucap terima kasih, kata Anwar
PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan kehadiran bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron dalam majlis perjumpaan ahli PKR negeri itu Isnin lalu hanya untuk mengucapkan terima kasih.
Beliau berkata, PKR Melaka menjemput Idris kerana langkah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu yang sebelum ini menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka disokong oleh Pakatan Harapan (PH) negeri.
“Kita punya pandangan kenapa kita jemput dia dalam majlis pada malam itu kerana dia ambil langkah untuk membawa perubahan di Melaka dan masa itu PH Melaka sokong.
“Jadi bagi kita sekadar ucap terima kasih wajar. Tetapi soal pilihan raya negeri (PRN) soal lain, soal (PRN) akan bincang petang ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Port Dickson.
Idris yang juga bekas ADUN Sungai Udang dan tiga ADUN lain diundang ke majlis itu.
Dalam majlis itu, Idris menunjukkan minat untuk bertanding bawah tiket PH pada PRN Melaka 20 Nov ini.
Tiga ADUN lain ialah bekas wakil rakyat Bebas, Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu); ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad (Bersatu) dan ADUN Pantai Kundor, Azman Hassan (Umno). Semua mereka dipecat daripada parti masing-masing.
Norhizam dan Noor Effandi juga memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan Melaka pimpinan PH sebelum ini.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP tidak bersetuju Norhizam dinamakan sebagai calon PH pada PRN.
Sementara itu, Anwar berkata, soal DAP tidak menerima Norhizam akan dibincangkan petang ini dalam mesyuarat biasa PH.
“Yang dia sebut tak boleh terima seorang nama. Tak apa kita akan bincang petang ini dalam mesyuarat biasa PRN Melaka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Anwar mengesahkan beliau akan diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai Kertas Pandora.
Beliau berkata, tiada masalah untuk bekerjasama dengan SPRM tetapi beliau berharap siasatan pihak berkuasa itu tidak menyekatnya bersuara dalam isu berkenaan.
BERGAMBAR : TIADA GUNA LAGI UMNO MELAYAN AJAKAN KERJASAMA PAS…
Di sebalik Pas masih berharap dapat bekerjasama dengan UMNO dalam menghadapi PRN Melaka dan membawa sekali Bersatu dalam kerjasama tersebut, mereka sebaliknya sudah pun sepakat berpadu tenaga dengan Bersatu melancarkan jentera pilihanraya PN.
Dengan Pas bersama Bersatu melancarkan jentera, adalah jelas gabungan kedua-dua parti itu bersungguh-sungguh bukan saja untuk mengalahkan PH, bahkan juga menumbangkan UMNO dan BN.
Majlis pelancaran turut dihadiri pemimpin utama kedua-dua parti, antaranya Hamzah Zainuddin, Ronald Kiandee, Takiyuddin Hassan, Shamsuri Mokhtar dan lain-lain lagi.
Jika benar ingin bekerjasama, untuk apa dilancarkan jentera pilihanraya yang berasingan dengan UMNO dan BN?
Bukankah lebih wajar ditunggu ada kata putus berkenaan kerjasama tersebut terlebih dahulu sebelum pelancaran jentera pilihanraya dilakukan?
Di bawah ini adalah antara gambar-gambar di majlis pelancaran itu.
Dengan demikian, untuk apa lagi UMNO mahu melayan atau menoleh kepada Pas? – ShahbudinHusin 20/10/2021.