KEGAGALAN DI PENTAS ANTARABANGSA OLEH KERAJAAN YANG TIDAK BERFUNGSI.

 



KEGAGALAN DI PENTAS ANTARABANGSA OLEH KERAJAAN YANG TIDAK BERFUNGSI.

27 Februari 2022

1. Imej Malaysia terus merudum di arena pentas antarabangsa hari demi hari sejak terbentuknya kerajaan yang tidak dipilih melalui mandat pilihanraya.

2. Di mulai dengan pelantikan Duta Khas Timur Tengah yang tidak pun melawat sebahagian besar negara Timur Tengah, dasar luar negara Malaysia terus kabur tanpa satu dasar yang jelas termasuk dalam krisis kemanusiaan yang tragis di Yaman kerana terlalu sangat ingin menjaga hubungan dengan Arab Saudi dan sekutunya Amerika Syarikat yang berlaku kejam menyerang Yaman yang kerdil yang di landa kebuluran.

3. Ketandusan kepimpinan berkualiti makin terbukti di arena antarabangsa apabila Malaysia enggan mengutuk keras serangan Rusia keatas Ukraine tampa menyebut pun "serangan telah berlaku", tidak seperti negara jiran Indonesia yang tegas dalam kutukan keatas Rusia.

4. Kelemahan Perdana Menteri dan Menteri Luar amat menyerlah dalam isu berpotensi mencetus perang besar di Eropah dan pentas dunia.

5. Kelemahan kepimpinan tergambar melalui sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan ahli kedutaan Malaysia di Kiev, Ukraine.

6. Sementara kedutaan Amerika dan Britain telah mula mengeluarkan pegawai mereka dari Ukrain sejak 14 Februari lalu, Malaysia memandang remeh dan menolak laporan perisik - inteligence, negara barat sebagai tidak boleh di percayai.

7. Begitu tidak bertanggungjawab kerajaan memperjudikan nyawa pegawai rakyat Malaysia.

8. Apabila Rusia telah mula menyerang Ukraine, diberitakan Setiausaha pertama kedutaan Malaysia, Fadhilah Daud telah bertindak sendiri membawa kakitangan kedutaan Malaysia menuju ke sempadan dalam konvoi beberapa kereta.

9. Itulah gambaran tidak prihatin dan kelam kabutnya "perancangan" kerajaan Malaysia dalam usaha saat terakhir untuk mengeluarkan kakitangan kedutaan Malaysia walaupun kedutaan negara lain telah bertindak keluar dua minggu terdahulu.

10. Inilah sikap tidak prihatin dan tidak bertangung jawab kerajaan Malaysia di mana Perdana Menteri, Ismail Sabri, tidak berani menyebut nama negara Rusia atau mengecam serangan ke atas Ukrain pada kenyataan 26 Februari sementara kakitangan kedutaan Malaysia di Ukrain terpaksa mencari jalan keluar cara sendiri melalui jalan setelah Ukrain mulai di serang kerana Kerajaan Malaysia meremehkan amaran awal antarabangsa.

11. Perdana Menteri perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa nyawa kakitangan kedutaan Malaysia dipertaruhkan sehingga mereka terpaksa bertarung nyawa sementara kedutaan lain sudah dua minggu sebelum serangan dikeluarkan dari Ukrain.

12. Kenyataan Menteri Luar, Saifuddin Abdullah bahawa "....Embassy staff have been evacuated....." adalah tidak tepat kerana mereka dilaporkan "mencari jalan keluar sendiri" di saat terakhir dan bukan melalui perancangan kerajaan Malaysia.

13. Tidakkah cukup pengalaman hitam pahit penembakan jatuh penerbangan pesawat MAS di Ukrain pengajaran yang cukup betapa ganasnya rantau tersebut sejak begitu lama?

14. Rakyat menunggu penjelasan kenapa begitu murah nilai nyawa rakyat kedutaan Malaysia, atau adakah kerajaan tertidur keletihan mengurus pilihanraya demi pilihanraya negeri di mana nyawa rakyat sekali lagi di risikokan demi nafsu politik diri?

15. Dengan angka hampir 30,000 jangkitan harian Covid kini, nyawa rakyat masih hendak di perjudikan demi nafsu pemerintah yang tetap mengadakan pilihan raya negeri Johor walaupun kerajaan masih berdiri tanpa gangguan.

16.Adakah kita mempunyai kerajaan yang rasional dan bertanggungjawab?

17.Malahan ada rakyat yang bertanya, adakah wujud pun sebuah kerajaan yang berfungsi di Putrajaya hari ini?

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional