Aikkk..?? Sekalang, PAS dah sokong Aslaf desak I Citra RM10k

Santai Petang Belia Malaysia bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim




Tarikh : Sabtu, 26 Februari 2022
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson

Dijemput semua belia dan anak muda sama-sama hadir bagi menjayakan sesi santai petang yang akan dihadiri YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Port Dickson yang juga mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Saudara Jufitri Joha, Presiden MBM.

Daftar kehadiran di http://bit.ly/santaibelia 

 

ADAKAH RAMASAMY LIABILITI KEPADA DAP


Sebelum ni pun aku dah pernah tulis. Ramasamy merupakan liabiliti terhadap DAP dan juga PH. Aku selalu berharap pimpinan utama DAP berani mengingatkan Ramasamy supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Tapi tidak.

Sebab itu aku semakin lama semakin menyokong seruan agar Keadilan bergerak solo. Kerana DAP akan jadi batu penghalang untuk Keadilan dapatkan sokongan orang Melayu. Lagi dengan keceluparan mulut pemimpin DAP seperti Ramasamy ini.

Politik adalah dinamik. Jika dulu DAP rakan yang setia, kini DAP api dalam sekam. Ditambah lagi kesetiaan Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP yang lain terhadap Mahathir, maka jika Keadilan berterus menjunjung PH, Keadilan akan terus gagal.

Ada yang bersuara, kalau bertanding solo, Keadilan tak boleh menang. Jadi? Apa bezanya jika terus bersama PH? Keadilan akan lebih gagal jika terus bersama DAP.

Harus diingat, Keadilan akan bertanding di kerusi yang majoriti Melayu. Dengan reputasi DAP, amat sedikit pengundi yang akan terima Keadilan dan tak mustahil Keadilan boleh tewas semua kerusi yang ditandingi. Semuanya disebabkan DAP.

Dulu aku benci orang yang suruh Keadilan jalan solo. Hari ini aku sendiri yang harap itu terjadi. Sudahlah sudah. DAP bukan sahaja terlihat sebagai musuh reformasi kerana setia kepada Mahathir. Bahkan terlihat sebagai musuh Melayu dan Islam kerana manusia seperti Ramasamy ini.

Masa depan Keadilan bukan lagi bersama PH. Jika Keadilan tinggalkan DAP waktu ini, aku percaya ramai pengundi akan buka mata dan pandang tinggi Keadilan. Guane boh?

Raja Gelap

 

MAHKAMAH SIVIL

 


Pemerkasaan Mahkamah Syariah. Satu inisiatif yang pernah diusahakan oleh Dr. Mujahid ketika PH memerintah.

Tapi waktu itu orang agama pun memandang sepi usaha ini. Usaha murni Dr. Mujahid dilitupi oleh fitnah tentang TH.

Usaha memperkasakan mahkamah syariah bukan usaha one off. Kena berterusan. Tapi entah kenapa sekarang senyap.

Guane boh?

Raja Gelap




Gaji minima perlu naik RM1,500, pendapatan garis kemiskinan RM2,208


 

Kerajaan BN perlu menaikkan gaji minima daripada RM1,200 kepada RM1,500 dalam kadar segera memandangkan kos kehidupan yang melambung tinggi ketika ini.

Menurut Ketua Penerangan AMK Malaysia, Aizuddin Ariffin, proses melaksanakan semakan gaji minimum yang selaras dengan Akta Perundingan Gaji 2011 itu tidak seharusnya dilajutkan terlalu lama.

"Proses semakan tidak wajar mengambil masa begitu lama untuk dimuktamadkan disebabkan rakyat terus dihimpit dan dibelenggu kenaikan harga barang.

"Tambahan pula, kajian perintah gaji minima ini sepatutnya telah disiapkan pada suku keempat 2021. Sehingga sekarang proses tersebut masih di peringkat kajian, seolah olah kerajaan berdolak dalih dalam pelaksanaan perintah gaji minima," katanya.

Tambah beliau, sekiranya Kementerian Sumber Manusia memerlukan tempoh waktu yang lebih lama, disarankan agar peranan Majlis Perundingan Gaji Negara ( MPGN ) digiatkan bagi mencari mekanisme terbaik demi melaksana dan menaikkan kadar gaji minima tersebut.

"Saya berpendapat, sudah tiba waktu kadar gaji minima dinaikkan jika melihat kepada pendapatan garis kemiskinan tebaru PGK 2019, iaitu RM2,208 bagi pendapatan keluarga," katanya.

Aizuddin turut mencadangkan agar Malaysia menggunakan pengukur baharu kepada pendapatan rakyat dan tidak lagi terikat dengan indikator gaji minima.

"Suka saya mencadangkan agar negara beralih kepada indikator 'Optimal Minimum Wage' menggantikan kaedah yang sedia ada iaitu 'Minimum Wage'. Kaedah ini mengambil kira hak, kebajikan, kebahagiaan dan keselesaan pekerja," katanya lagi.

Selain itu, Aizuddin juga menekankan kerajaan tidak seharusnya mewujudkan senario dwi standard di bandar dan luar bandar dalam perintah gaji minimum. Sebagai contoh, katanya, jika di bandar gaji minimanya RM1500, maka di kampung juga jumlah yang sama perlu dibayar majikan.

 

HADI BERANI KAH JADI SAKSI DENGAN SUMPAH LAKNAT

 

TuanKayu ni hangpa suruh buat apa saja pun dia sanggup. Janji kekal jawatan.

KeHKeHKeHKeH

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dicabar untuk melakukan sumpah laknat bahawa dirinya menjadi saksi kejadian pertemuan ‘fail bertimbun’ antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Crdits#Pakyobkayuh

 









RAKYAT MALAYSIA MALAS MEMBACA

 

HAMDAN TAHA


Perbicaraan Najib dalam dan luar negara

Terdedah dengan macam macam kisah tapi rakyat malaysia ni jenis tak suka membaca dan hanya ambil tahu peringkat awal jer lepas tu tak ambil kisah dari segi kes dan fakta maka lahir lah penyokong membabi buta

Baik terhadap najib atau dr m atau Anwar atau Muhidden,cuma Anwar dia telah melalui hukuman di penjara dan di dapati bersalah,dr m sebab tak pernah di bawa ke mahkamah maka sukar untuk ramai orang buat serangan,begitu juga Muhidden tidak pernah di bawa ke mahkamah maka dia boleh tunjuk dia hero

Zahid,LGE dan mana mana pemimpin yang sedang di dakwa pun masih lagi boleh jadi hero,Anwar Ibrahim telah membuktikan bahawa Mahkamah boleh perjarakan beliau tetapi penyokong kepadanya masih tetap ada dan setiap kali bertanding dalam pilihanraya dia menang

Jadi rakyat malaysia ni memang tak ada kisah bab jenayah,rompakan atau pun apa juga tuduhan terhadap pemimpin mereka,bila mereka bertanding menang

Najib dan zahid jika lah ada pru dan mereka kekal boleh bertanding saya yakin dan percaya mereka tetap menang di Pekan dan Bqgan Datok tapi tak pasti di tempat lain tempat mereka sekarang tetap menang

Jika Najib masuk penjara Pekan tetap menang juga calun yang najib pilih contonya anak beliau bertanding tidak mungkin parti Pejuang boleh menang di Pekan

Jadi sebenarnya rakyat dah kebal kan mereka dalam politik

Tapi saya tak dapat bayangkan Najib dan Zahid dan Rosmah di penjara ketika umur 70 tahun

Dato Zahid baru kena tahan ISA tahun 98 baru masuk hari ke dua jer dia dah tak tahan dan letak jawatan ketua pemuda umno malaysia dan isteri juga keluarganya juga tak tahan

 

 

KENYATAAN MEDIA :KERAJAAN PERLU SITA RUMAH USD10 JUTA-




KENYATAAN MEDIA

23 Februari 2022

KERAJAAN PERLU SITA RUMAH USD10 JUTA BEKAS KEKASIH LEISSNER 1MDB

Hari ini kita dikejutkan berita kenyataan yang dibuat bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner bahawa beliau telah menggunakan USD10 juta (RM41.8 juta) wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk membeli sebuah rumah di London untuk kekasihnya pada 2013, Rohana Rozhan.

Hal ini telah disebut dalam keterangan yang Leissner berikan di mahkamah New York semalam.

Pengakuan Leissner ini perlu disiasat segera oleh Polis Diraja Malaysia, dan Peguam Negara serta Kerajaan Malaysia, perlu mengambil tindakan undang-undang termasuk dengan menyita rumah tersebut atau menyaman pemilik rumah tersebut. Jika benar dana 1MDB telah disalahguna untuk membeli rumah buat Rohana, maka rumah atau wang tersebut wajib dikembalikan kepada rakyat.

Setakat pertengahan 2021, 1MDB telah “menghadiahkan” rakyat Malaysia dengan hutang berjumlah RM32 bilion. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa 1MDB adalah antara hasil terbesar “kestabilan” lebih enam dekad pemerintahan yang hanya “memakmurkan” kelompok, kroni, dan kekasih tertentu, dan bukannya rakyat secara keseluruhannya.

Fahmi Fadzil

Ahli Parlimen Lembah Pantai

Pengarah Komunikasi KEADILAN

 

ORANG LAMA DAH TAK PERCAYA APA SI ATOK NI CAKAP....10 NAK PERCAYA 1 PUN PAYAH

 




HAMDAN TAHA


Yang ini nampak sangat menipu kerana dalam kenyataan penipu ni zahid datang sebelum dia jadi PM kali ke dua untuk berbaik baik dan selesaikan kes mahkamah beliau...

Di mana penipuan dia ni ialah sebelum dia jadi PM kali ke dua Zahid Hamidi masih TPM....dan jika awal dia jadi PM pun zahid pi jumpa dan minta tolong kes mahkamah juga tak betui kerana zahid belum lagi di dakwa...

Saya bukan pertahan zahid hamidi ni biar lah dia dengan kesnya di makamah tapi penipuan orang tua ni saya tak faham...

Baca kenyataan beliau hari penuh teliti...

Bab kenyataan beliau tentang najib saya bersetuju dengan beliau...

Yang ini nampak sangat menipu kerana dalam kenyataan penipu ni zahid datang sebelum dia jadi PM kali ke dua untuk berbaik baik dan selesaikan kes mahkamah beliau...

Di mana penipuan dia ni ialah sebelum dia jadi PM kali ke dua Zahid Hamidi masih TPM....dan jika awal dia jadi PM pun zahid pi jumpa dan minta tolong kes mahkamah juga tak betui kerana zahid belum lagi di dakwa...

Saya bukan pertahan zahid hamidi ni biar lah dia dengan kesnya di makamah tapi penipuan orang tua ni saya tak faham...

Baca kenyataan beliau hari penuh teliti...

Bab kenyataan beliau tentang najib saya bersetuju dengan beliau...

 

MALU APA BOSSKUR...HAH..MAKCIK PEKAN SIAP LAHBACA KISAH NI PENDEK JA UNTUK MUDAH FAHAM....GADAI LA APA YANG PATUT

 

FAHMI FADZIL




BEKAS pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner ketika memberi keterangan di mahkamah di New York semalam mengakui menggunakan wang diterima daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk membeli sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta (RM41.8 juta) untuk kekasihnya pada masa itu, Rohana Rozhan, lapor Bloomberg.

Rohana pada masa itu ialah ketua pegawai eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd.

“Jika saya tidak belikan dia rumah, [Rohana] akan memberitahu pihak berkuasa tentang pembabitan saya dalam skandal 1MDB. Dia ugut saya. Pada masa itu, 2013 saya sangat takut,” kata Leissner.

Berita penuh: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/3682

 

SATU LAGI CERITA MENARIK TENTANG SKANDAL 1MDB

 Bekas rakan kongsi Goldman Sachs Tim Leissner memberitahu mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam bahawa dia membeli rumah berharga AS$10 juta di London untuk bekas CEO Astro Rohana Rozhan yang mempunyai hubungan sulit dengannya selepas diugut akan didedahkan penglibatannya dalam skandal 1MDB.

Leissner, yang mengaku bersalah pada 2018 kerana bersubahat dalam pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang anti-rasuah AS berkata dia membelikan sebuah rumah kepada Rohana di London pada 2013 kerana wanita itu “sangat kecewa” selepas hubungan 10 tahun mereka diputuskan untuk dia mengahwini Kimora Lee Simmons.

“Jika saya tidak membelikannya rumah itu, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB.

“Dia mengugut untuk dedahkan penglibatan saya. Pada masa itu, pada 2013, saya sangat takut ia berlaku,” katanya seperti dilaporkan Bloomberg.

Leissner merupakan bekas ketua operasi Goldman di Asia Tenggara dan kini merupakan salah seorang saksi bagi perbicaraan Roger Ng, bekas ketua bank pelaburan itu di Malaysia. 

Sebelum ini, beliau berkata Ng adalah pegawai utama Goldman dalam urusan melibatkan 1MDB dan mempunyai hubungan dengan ahli perniagaan dari Pulau Pinang Low Taek Jho sejak 2008, di mana dia menjadi orang tengah antara bank itu dan 1MDB.

Pendakwa raya menuduh Ng menerima rasuah dalam bentuk jutaan dolar bagi membantu penyelewengan dana dari 1MDB.

Bagaimanapun, Ng mengaku tidak bersalah bersubahat dalam pengubahan wang haram dan undang-undang anti-rasuah membabitkan dana 1MDB.

Ketika memberi keterangan di mahkamah semalam, Leissner berkata hubungan sulitnya dengan Rohana adalah “isu sensitif” kerana bank itu juga menjalankan perniagaan bersama Astro. 

Dia berkata bosnya ketika itu, bekas ketua Goldman Asia Richard Gnodde mengingatkannya supaya “berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan klien”.

Walaupun begitu, beliau berkata hubungan sulit antara mereka hanya berlangsung dari 2003 hingga 2013.

Sebelum ini, peguam yang mewakili Ng dilihat cenderung menggambarkan watak Leissner sebagai seorang sosialit yang menyelewengkan duit untuk menampung gaya hidup mewahnya.

Namun, pendakwa raya berkata keterangan Leissner disokong oleh bukti lain.

“Dia akan memberikan gambaran dalaman berhubung rasuah dan pengubahan wang haram yang berlaku,” kata pendakwa raya Brent Wible.

Sumber – https://www.malaysianow.com/berita/2022/02/23/leissner-dakwa-beli-rumah-as10-juta-untuk-bekas-bos-astro-selepas-diugut-berhubung-1mdb/

Bagi gaji minimum RM1,500 pun susah, rakyat perlu ubah kerajaan - Anwar



Pengundi Johor perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini memandangkan kerajaan BN tidak peduli dengan kesusahan rakyat bawahan.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan BN sangat sukar untuk menaikkan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 sedangkan syarikat syarikat besar di negara ini untung berbilion ringgit.

"Gaji minimum RM1,500 pun susah. Apa jawab PM, gaji minima saya dah tanya ketua ketua syarikat dan mereka tidak setuju. Syarikat untung berbilion. Tapi nak bagi gaji minimum wang tak ada?

"Pemimpin cakap bagi pihak siapa? Tauke atau rakyat? Balak setahun RM8 bilion apa yang rakyat dapat?

"Ini yang kita marah. Sebab apa nak sokong Haniff Hosman (calon DUN Benut) kerana dia wakili pandangan ini. Membela nasib rakyat bukan minta projek, tanah," katanya dalam majlis santai bersama rakyat di DUN Benut, malam tadi.


Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menggesa agar rakyat Johor memikirkan kehidupan mereka di dalam negeri yang antara termaju di Malaysia namun kehidupan rakyatnya tidak semaju mana.


"PRN ini untuk kita putuskan masa depan negeri. Negeri ini kaya tetapi kalau dilihat kedudukan rakyat tak banyak berubah. Yang berubah itu pimpinan, kekayaan mereka. Ada jurang luas antara kaya dan miskin. Bila merdeka sepatutnya jurang itu dikurangkan




"Tetapi jurang itu lebih melebar. Di Parlimen saya bangkit Pandora Papers. Apa dia? Pemimpin negara ini simpan wang ratusan juta di luar. Saya kata siasatlah, sampai sekarang tak siasat kerana tak berani. Oleh itu rakyat yang harus bangkit dan tentukan. Bukan harap pemimpin," katanya.


Anwar turut menolak pendapat popular mengatakan Benut kubu kebal Umno dan tiada apa yang boleh diusahakan untuk mengubah fikiran pengundi. Katanya, generasi muda perlu berubah fikiran.


"Ada kata tak boleh (berubah) kubu Umno tetapi Permatang Pauh dulu pun kubu Umno. Bukan baru dari 1999 sampai sekarang (milik KEADILAN). Sebab apa kubu Umno, saya ketua Umno di situ. Tetapi rakyat boleh fikir.


"Datuk Onn dulu pun keluar Umno, Melayu tak hilang. Kita harap ada perubahan terutama golongan muda. Tolong terang kepada rakyat bahawa rakyat perlu bangkit," katanya lagi.

KERAJAAN PERLU BAWA PELABUR MASUK - Anwar

 


Kerajaan Negeri yang mentadbir Johor perlu diubah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac nanti.

Hal itu, menurut Presiden KEADILAN kerana kerajaan sedia ada tidak mampu menarik pelaburan masuk dan ekonomi negeri tidak beerkembang.

"Saya tanya di Kukup, Pekan Nanas, Johor Bahru, nombor satu isu ekonomi. Menteri mesti tau jaga negeri, bawa pelaburan masuk.

"Kita mahu anak anak tak perlu pergi Norway cari kerja. Tadi ada seorang anaknya ke Norway. Kalau negeri ini baik dia tak perlu ke sana. Tetapi dia tak ada pilihan kerana pemimpin mahu jaga diri saja, bukan jaga negeri.

"Kalau kita tak mau politik, semua orang politik sama. Orang Cina tak mahu, Melayu kata biarlah... Umno yang menang. Kalau Umno boleh buat kerja ok lah. Tetapi sudah 60 tahun jaga negeri, curi sana curi sini. Sebab itu kita kena tentukan.

"Terutama yang muda muda, kamu tentukan negeri ini siapa perintah. Kalau ambil mudah, Umno perintah. Saya sejak 1998 lawan habis habisan Umno sebab kita mahu selamatkan negeri," katanya dalam majlis santai di sebuah restoran Cina di DUN Kukup, petang semalam.

Tambah Anwar, kerajaan Johor sepatutnya telah lama berunding dengan Putrajaya dan kerajaan Singapura untuk membuka laluan di kedua belah negara bagi memudahkan rakyat mencari pekerjaan atau berurus niaga.

"Kita sudah lama tunggu, ekonomi tak jalan. Orang politik atas gaduh, lawan semua, dia senang cari makan. Rakyat cari makan susah. Menteri cari makan projek dapat, tetapi kita kerja susah.

"Kita kalau nak jaga Johor, laluan Singapura kena buka. Orang mau cari makan. Mahu buat SOP, test ok, pakai pelitup muka 24 jam ok. Kalau boleh kerja ekonomi naik balik," katanya lagi.

Dalam majlis itu calon KEADILAN DUN Kukup, Mohd Zaiful Bakri diperkenalkan kepada pengundi dan beliau memberikan sedikit ucapan.

 

 

KISAH 3 BERANAK YANG DIPOLITIKKAN

 

Kisah 3 anak yang dituntut hak penjagaan oleh ibunya tu, janganlah dijadikan polemik. Apatah lagi isu politik.

Soalnya tempat anak di sisi ibunya. Memisahkan ibu dari anak-anaknya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Soal akidah anak itu, soalan pertama yang perlu ditanya, adakah pengislaman anak-anak itu sah dari sisi perlembagaan?
Ini isu perlembagaan. Bukan isu perkauman atau agama. Undang-undang ini ditulis sewaktu kita mendapat kemerdekaan dahulu.
Siapa pemerintah waktu itu? Yang yang rangka? Siapa yang setuju? Siapa beri restu? Semuanya orang kita.
Aku faham ramai yang risau kanak-kanak itu akan murtad. Aku punya kerisauan yang sama. Tapi soalan berikutnya, adakah kanak-kanak itu masuk Islam sukarela atau kerana paksaan ayahnya?
Kalaulah kerana paksaan, maka tiada apa yang nak dipertahankan. Kerana keinginan menganut Islam wajib lahir dari hati.
Tapi jika secara sukarela, maka bersangka baiklah dan berdoalah agak anak-anak itu dilindungi iman mereka.
Dalam masa yang sama, Jabatan Agama boleh minta keizinan untuk melawat mereka. Juga boleh tawarkan bantuan.
Perlu diingat ada beberapa kes bayi muslim yang diangkat oleh penjaga bukan muslim, yang kekal membesar sebagai muslim. Ianya pernah berlaku beberapa kali.
Jangan jadikan ini isu politik. Ini isu perlembagaan. Kalau nak jadikan isu politik, maka UMNO lah yang wajib dipersalahkan.
Kerana undang-undang ini dirangka oleh pegawai British bersama UMNO dan dipersetujui oleh UMNO yang mengepalai kerajaan waktu itu. Maka salah UMNO atas kekeliruan yang melanda ini.
Dan jabatan agama pun janganlah jadikan isu ini untuk buat nama. Disebabkan perhatian nasional, maka bersungguh benar mereka cuba bela.
Sedangkan banyak saja kisah mualaf yang terbiar selepas memeluk Islam. Mereka terkapai-kapai mencari bantuan tapi... Entahlah.
Kalau betul risaukan aqidah saudara baru, maka harusnya adil. Bukan hanya pada kes yang jadi viral sahaja.
Sebagai muslim, aku berdoa semoga iman dan aqidah anak-anak ini terpelihara. Semoga mereka jadi sebab iman kepada ibu mereka.

Aplikasi pengundian pemilihan parti sedang dibangunkan - Dr Zaliha





Aplikasi ADIL yang bakal digunakan dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2022 dalam peringkat akhir pembangunannya dan bakal diluncurkan dalam masa yang terdekat.

Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa. Katanya, aplikasi tersebut akan memudahkan proses pembuangan undi secara atas talian yang memungkinkan lebih ramai anggota parti mengundi.

"Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah menerima pelbagai pertanyaan terhadap aplikasi ini, yang kini boleh dimuat turun dalam Google Play Store dari telefon operasi Android dan sedang menanti kelulusan dari Apple App Store untuk telefon yang menggunakan operasi iOS.

"Aplikasi ini masih dalam tempoh percubaan dan JPP akan mengumumkan secara rasmi bilakah ia benar-benar dapat digunakan sepenuhnya atas dual fungsi terawalnya, iaitu kemaskini data keanggotaan yang sekali gus akan menjadi daftar pemilih, dan bagi anggota menyatakan persetujuan untuk mendaftar sebagai pengundi atas talian.

"Jika tidak anggota secara automatik akan merupakan anggota yang boleh hadir secara fizikal di lokasi-lokasi pengundian yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kelak," katanya.

Oleh itu, kata Dr Zaliha, JPP benar-benar menggalakkan dan menyeru seramai mungkin anggota-anggota parti mendaftarkan diri sebagai Pemilih Atas Talian (PAT) kerana ini akan lebih memudahkan urusan pemilihan khususnya di musim jangkitan pandemik Covid 19

"Namun kemaskini yang dibenarkan dari aplikasi ini adalah terhad hanya kepada beberapa maklumat asas iaitu nombor telefon, alamat email dan juga alamat tempat tinggal.

"Justeru pemilih harus benar-benar pasti untuk meletakkan satu sahaja nombor telefon yang bakal digunakan kelak dalam proses pemilihan atas talian, yang dijangkakan akan dilaksanakan pada pertengahan Mei 2022," katanya lagi.

 

 

Balas dengan melampau, dua kali lima saja, apa beza kita dengan mereka?

 


Ada yang tulis katanya sehari dua ini merupakan hari-hari yang suram buat Islam.

Tulisan mereka dinatijahkan atas isu keputusan mahkamah dalam kes penjagaan anak-anak Puan Loh dan juga terbaru semalam keputusan membatalkan larangan sebuah buku berkaitan gaya hidup “gay”.

Saya sejak lama dulu tidak pernah merasa suram buat Islam. Islam tidak pernah suram dalam apa jua keadaan sekali pun. Islam tetap akan di atas, mulia dan tertinggi sesuai dengan status Islam sebagai agama Allah pencipta seluruh alam ini.

Yang menjadi suram dan merasa suram bukan kerana Islam itu suram tetapi kerana pembawa Islam di muka bumi kita sekarang. Mereka membawa Islam dengan cara dan hala tuju mereka sehingga orang melihat Islam yang berbagai sedangkan Islam hanya satu.

Dalam kes anak-anak Puan Loh, jika pembawa Islam tidak sentap, tidak beremosi, tidak melampau, orang luar Islam akan melihat betapa indahnya dan adilnya serta tenangnya Islam.

Ya. Ada beberapa fakta dan tuduhan yang tidak tepat di pihak sebelah sana tetapi mereka itu bukan Islam.

Jika kita yang membawa Islam menentang mereka juga dengan cara mereka, bila Islam akan dilihat dengan nilai yang berbeza. Mereka tuduh kita begitu, kita pula tuduh mereka begini. Akhirnya sama, dua kali lima. Apa bezanya?

Kita yakin Islam akan dibantu Allah dengan usaha kita. Kita berusaha lalu bertawakkal.

Kita kata mereka pelampau kemudian kita juga membalas mereka dengan melampau. Apa beza kita dengan mereka?

Kita sendiri yang suramkan keadaan.


KUNO BETUL HADI :



 


Balik-balik DAP juga yang salah

Pada 4 Mei 2014, Pemuda MCA bersama sekumpulan mewakili NGO dengan diketuai oleh Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan ketika itu Tan Kok Eng telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan ibu pejabat Pas membantah
rancangan parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud.

Penulis tidak pasti adakah pada masa itu Presiden Pas menyalahkan DAP atau tidak kerana MCA membantah pembentangan RUU persendirian hudud itu.

Berikutan dengan itu juga, Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh mendakwa undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas adalah undang-undang kuno yang cadangannya perlu ditentang oleh semua Ahli Parlimen. Adakah pada masa itu DAP juga dipersalahkan?

Inilah keajaiban yang berlaku dalam Pas, apabila tidak dapat menghujah dengan rasional dan berfakta akan sesuatu perkara, yang menjadi mangsa tudingan mereka adala ‘ratib salah DAP’ 33x, ‘ratib sebab DAP’ 33x dan ‘ratib ciptaan DAP’ 33x.

Kini mereka bersama kerajaan yang turut disertai oleh MCA dan MIC, maka mungkin mereka sama-sama meratib dalam satu majlis meratib yang sama!

Inilah yang keajaiban Presiden Pas dan mereka yang bersama dengannya. Mangsa terikini Presiden Pas dengan hujah yang amat cetek dan tidak berfakta adalah cubaan untuk meremehkan dan melunyaikan Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA).

Beliau menyatakan seperti mana tohmahan terdahulu terhadap Parti AMANAH Negara di awal penubuhannya, bahawa MUDA adalah ciptaan DAP untuk mengumpan pengundi Melayu. DAP juga yang salah!

Entah apalah minda Presiden Pas yang sangat kabur, cetek dan jauh sekali dari budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang pernah menjadi slogan ciptaan Pas.

Minda senget dan tumpul sebegini bukan akan membangun ummah tetapi akan mengorbankan ribuan jiwa anak-muda yang mahukan perubahan dan bergerak kehadapan di persada politik negara. Mereka harus digalakkan dan diberikan sinergi untuk membina jati-diri sebagai pemimpin masa hadapan. Kepimpinan itu juga tidak semestinya lahir dari Pas.

Balik-balik DAP juga yang salah

Politik matang dan sejahtera harus berlandaskan kepada politik sihat dan keterbukaan. Apalah salah MUDA untuk dikaitkan sebagai lahir dari rahim DAP dalam politik negara.

Mereka harus dibimbing dan diberi peluang langkah pertama untuk masuk gelanggang. Gelanggang itu mestilah yang adil, saksama dan jauh dari budaya hasutan buruk seperti yang diketengahkan oleh minda senget dan tumpul Presiden Pas.

Daripada mana pula lahirnya kesepakatan Pas dalam Perikatan Nasional setelah bersusah-payah memberikan penerangan untuk meyakinkan ahli mengenai kesepakatan dalam Muafakat Nasional bersama Umno! Bercucuran air mata Tan Sri Annuar Musa, SU Agong Umno ketika itu kerana kejayaan mengikat tali pertunangan antara Umno-Pas.

Namun belum lagi sempat menikah, tidak ketahuan mana arah pengantin perempuan dan pengantin lelaki! Adakah kerana kuasa yang dapat membuncitkan poket dengan gaji puluhan ribu, kereta rasmi Vellfire dan kedudukan dalam tahta kekuasaan, maka pertunangan perlu dirungkai.

Mana dia janji-janji menegakkan Islam, membangun bersama Islam, pembentangan RUU Hudud. Adakah kerana kini makan setalam dan tidur sebantal dengan MIC dan MCA, maka kecapilah hidangan yang ada dahulu.

Adakah DAP juga yang salah kerana tidak dapat melancarkan janji-janji manis untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia?

Bersama Perikatan Nasional (PN) yang terdiri dari golongan pengkhianat dan pemecah kesatuan kerajaan yang memenangi pilihanraya, adakah ini juga telah menjadi halal dan suci?

Angkara DAP jugakah perbuatan merungkai pertunangan pertama dengan menerima suntingan mempelai baharu dan terus berijab-kabul. Ini semua angkara DAP!

Begitulah ceteknya pemikiran seorang pemimpin yang ketandusan modal, kecetekan hujah dan kedangkalan idea untuk mematah hujahan dan menilai suasana semasa. Sedangkan politik matang adalah politik bermaklumat dan didokong oleh fakta yang sahih dan berkredibiliti.

Mematah hujah pesaing dan juga menilai perkembangan semasa seharusnya dalam suasana serba bermaklumat dan data-raya nya (big data) hendaklah kukuh, boleh dipertahankan dan berpaksikan kebenaran. Hujah mempersalah dan memandang rendah terhadap kebolehan pesaing kita adalah amalan kolot, cetek, otak senget dan mundur.

Masyarakat Malaysia, marilah kita membuka minda dan menilai kata-kata sumbang pemimpin yang bertopeng jubah dan serban. Mereka hanya mampu menuding jari, hakikatnya mereka miskin akhlak, tumpul idea dan sempit akal serta hujah.

Masyarakat Malaysia, ingatlah pengkhianatan yang telah berlaku. Pengkhianatan terhadap mandat rakyat dan pendustaan kepada anda dalam janji-janji mereka untuk memimpin dengan penuh kejujuran dan membawa negara kearah reformasi total dari sudut tadbir urus, governan baik, kesaksamaan dan disamping mempertahan kedaulatan negara dengan Raja Berpelembagaan.

Mereka pengkhianat amanah rakyat dalam Pilihanraya ke 14, pengkhianat yang tamak kekuasaan dan sanggup
bersekongkol dengan parasit-parasit yang telah merosakkan negara selama lebih 60 tahun.

Akhirnya buat masyarakat Malaysia, para pengkhianat dan mereka-mereka yang menghulur perpaduan demi kuasa kepada parasit khianat mandat rakyat ini akan sebuah hadith Nabi SAW yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim;

Daripada Abdullah Ibn Mas’us R.A dari Nabi S.A.W , baginda bersabda “Untuk setiap orang yang berkhianat akan diberikan sebuah panji pada hari kiamat yang bertuliskan “Inilah pengkhianatan si fulan” .

Mungkin kamu boleh menyembunyikan khianat kamu dengan perlbagai helah dan alasan didunia, tetapi kamu tidak akan boleh lari dari membawa panji yang berlambangkan “Inilah Pengkhianatan Kami YB sekian dan sekian”. Semua itu bukan salah dan kehendak DAP!


Penulis merupakan Felo Akademi Sains Islam Jordan.

Penafian: Penulisan ini merupakan pendapat penulis dan tiada kaitan dengan pendirian akademi