KISAH 3 BERANAK YANG DIPOLITIKKAN

 

Kisah 3 anak yang dituntut hak penjagaan oleh ibunya tu, janganlah dijadikan polemik. Apatah lagi isu politik.

Soalnya tempat anak di sisi ibunya. Memisahkan ibu dari anak-anaknya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Soal akidah anak itu, soalan pertama yang perlu ditanya, adakah pengislaman anak-anak itu sah dari sisi perlembagaan?
Ini isu perlembagaan. Bukan isu perkauman atau agama. Undang-undang ini ditulis sewaktu kita mendapat kemerdekaan dahulu.
Siapa pemerintah waktu itu? Yang yang rangka? Siapa yang setuju? Siapa beri restu? Semuanya orang kita.
Aku faham ramai yang risau kanak-kanak itu akan murtad. Aku punya kerisauan yang sama. Tapi soalan berikutnya, adakah kanak-kanak itu masuk Islam sukarela atau kerana paksaan ayahnya?
Kalaulah kerana paksaan, maka tiada apa yang nak dipertahankan. Kerana keinginan menganut Islam wajib lahir dari hati.
Tapi jika secara sukarela, maka bersangka baiklah dan berdoalah agak anak-anak itu dilindungi iman mereka.
Dalam masa yang sama, Jabatan Agama boleh minta keizinan untuk melawat mereka. Juga boleh tawarkan bantuan.
Perlu diingat ada beberapa kes bayi muslim yang diangkat oleh penjaga bukan muslim, yang kekal membesar sebagai muslim. Ianya pernah berlaku beberapa kali.
Jangan jadikan ini isu politik. Ini isu perlembagaan. Kalau nak jadikan isu politik, maka UMNO lah yang wajib dipersalahkan.
Kerana undang-undang ini dirangka oleh pegawai British bersama UMNO dan dipersetujui oleh UMNO yang mengepalai kerajaan waktu itu. Maka salah UMNO atas kekeliruan yang melanda ini.
Dan jabatan agama pun janganlah jadikan isu ini untuk buat nama. Disebabkan perhatian nasional, maka bersungguh benar mereka cuba bela.
Sedangkan banyak saja kisah mualaf yang terbiar selepas memeluk Islam. Mereka terkapai-kapai mencari bantuan tapi... Entahlah.
Kalau betul risaukan aqidah saudara baru, maka harusnya adil. Bukan hanya pada kes yang jadi viral sahaja.
Sebagai muslim, aku berdoa semoga iman dan aqidah anak-anak ini terpelihara. Semoga mereka jadi sebab iman kepada ibu mereka.