Mahathir masih belum nak bersara daripada politik. Katanya nak selamatkan Melayu dan negara ini. Tapi nak selamatkan dari apa dan siapa?
Betulkah Mahathir nak selamatkan negara kalau dia sanggup bekerjasama dengan kumpulan sakau dan puak yang menyeru kepada perpecahan?
Mahiaddin sedang berhadapan dengan dakwaan di mahkamah. Bukan setakat Mahiaddin, bahkan ada beberapa pemimpin partinya juga terlibat.
Memang baru didakwa dan belum didapati bersalah tapi apa yang penting, Mahiaddin mengiyakan ada wang mengalir masuk ke akaun partinya.
Bererti memang ada dana yang diterima. Cumanya perlu dibicarakan sama ada perbuatan itu salah dari sudut undang-undang atau tidak.
DS Anwar yang terbukti bersih, walaupun ada yang cuba scrut sebelum ini tapi tak dapat buktikan DS Anwar ada 'duit tepi', Mahathir sibuk nak lawan.
Manakala mereka yang terpalit dengan pelbagai isu dan skandal, Mahathir nak bekerjasama. Kalau dia nak selamatkan negara, bukan begitu caranya.
Kalau nak selamatkan Melayu, adalah dengan beri mereka peluang majukan diri. Seperti yang dibuat oleh kerajaan sekarang.
Bukan dengan menghasut Melayu membenci kaum lain. Bukan dengan tuduh kaum lain hendak rampas hak Melayu dan kuasai negara ini.
Tapi itulah yang Mahathir lakukan. Nampak terlalu bertentangan apa yang dia kata dia hendak buat dengan apa yang dia sedang buat.
Apa yang aku nampak sekarang, tindakan Mahathir untuk jatuhkan DS Anwar bukan kerana Melayu tapi mungkin untuk dirinya dan/atau kroninya.
Kalau Mahathir nak selamatkan Malaysia, apa yang dia perlu buat adalah menyokong tindakan kerajaan dan berikan idea pada tempat yang perlu.
Tapi Mahathir mahu lebih dari itu. Malaysia bukan matlamat utama. Ada matlamat lain yang Mahathir cuba sembunyikan. Guane boh?
Raja Gelap
.