KERJASAMA PN DAN PAS AKAN BERKUBUR



 Masa aku tulis tentang kemenangan BN di PRK Pelangai, aku tunggu juga orang komen tentang majoriti yang menurun berbanding PRU15. Tapi tak ada. Cuma ada yang bertanya, bukan kecam.


Aku ingat kalau ada yang kecam, aku nak jawab dengan posting. Tapi sebab tak ada, aku tulis juga la apa yang aku dah lama fikirkan.


Macam masa aku kata PN sebenarnya kalah dalam PRN 6 negeri (PRN6) sebelum ini. Ada yang kecam aku. Kata aku bodek. Yang kecam aku ni mengaku penyokong PH juga. Tapi aku gelak je la baca.


Takrifan aku pasal menang atau kalah ni lain sikit. Ini politik, bro. Dalam politik, 5+5 menang 10. Tapi tak cukup setakat kata 10. Kena tengok 5 tu datang dari mana. Kena perhatj banyak faktor.


Ketika PRN6, boleh katakan PH/BN dalam keadaan sangat lemah. Ketika tu gabungan ini diserang di segenap pelusuk. Kerjasama itu pun belum dapat diterima oleh semua ahli akar umbi.


Fitnah juga berleluasa dan kerajaan pula macam tak bersungguh nak lawan fitnah. Lebih dari itu PH dan BN diserang pemimpin sendiri seperti Hassan Karim, Dr. Akmal dan Isham Jalil.


Belum kira pengkhianatan Syed Saddiq dan Muda lagi. Banyak usaha yang dibuat oleh kerajaan pula belum lagi menampakkan hasil. Sedangkan PN pula gah membawa momentum dari PRU15.


Sebenarnya dalam keadaan itu, PN boleh menang Selangor dan nafikan ⅔ di Penang. Tapi itu tak berlaku. Sebaliknya PN kalah teruk di Penang dan setakat mampu nafikan ⅔ di Selangor.


Sebab itu aku kata PN kalah dalam PRN6. Prestasi mereka merosot teruk berbanding PRU15. Mungkin mereka kuat di utara dan pantai timur tapi mereka semakin lemah di selatan dan pantai barat.


Bila berlaku PRK di Simpang Jeram dan Pulai pula, heboh tentang DNAA Zahid. Sampai ada kawan aku kata AG lama saja nak sabotaj PH beri Zahid DNAA di ambang PRK. Tapi tak rasa begitu.


Masa tu, boleh tengok siapa saja yang tak serang DS Anwar? Si Saddiq siap over. Keluar dari kerajaan sekali. Dia ingat dengan buat begitu rakyat akan yakin yang DS Anwar betul terlibat.


Tapi sekali lagi, isu semasa tak begitu jalan. PH menang bergaya di kedua-dua PRK. Menang ada pertambahan undi PN tapi itu tak menggambarkan apa-apa sebab PH juga bertambah undi.


Pertambahan bilangan undi PN tu mungkin akibat permainan persepsi oleh PN tapi tak cukup kuat. Bermakna PN tak punya daya penarik. Isu begitu tak cukup kuat untuk PN ajak rakyat tolak PH.


Dan semalam PRK di Pelangai. Ketika ini ada isu yang jauh lebih besar. Isu beras yang menyentuh langsung kepada rakyat. Ramai yang terkesan. Sepatutnya PN dapat faedah besar.


Tapi tidak. PN cuma dapat sedikit saja tambahan undi. Biar gila-gila mereka tunggang isu ini, sengaja ceritakan fakta yang salah, burukkan imej menteri, buat poster fitnah, tapi tetap BN yang menang.


Jadi itu adalah bukti yang rakyat tolak PN. Dengan isu yang begitu besar, pengundi Pelangai masih tegar memilih BN. Cuma sedikit yang swing kepada PN. Bermakna PN tiada tempat langsung di hati rakyat.


Padahal Mahiaddin siap janji tukar kerajaan negeri, siap namakan Tuan Ibharim sebagai bakal MB. Tapi PN tetap gagal. Sebab itu aku berani katakan yang PN ditolak secara total di Pelangai.


Jadi aku berani jangkakan yang PN takkan mampu bertahan sampai PRU16. Kita pun dah kenal sangat perangai PAS. Tak lama lagi ada la suara salahkan Mahiaddin punca mereka tak boleh nak menang tu.


Tambah lagi dalam tempoh 4 tahun mendatang, banyak isu akan berjaya diselesaikan dan formula Rafizi mula menampakkan hasil, InsyaAllah. Aku rasa mungkin ada MP yang kena usung tabung Milo semula nak buka pusat tahfiz. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: