RMS
Rujuk manifesto PH sebelum keluar kenyataan.
Kerajaan hari ini BUKAN Kjaan PH tapi gabungan 19 buah parti politik termasuk diSabah dan Sarawak dan MCA juga.
RMS
Rujuk manifesto PH sebelum keluar kenyataan.
Kerajaan hari ini BUKAN Kjaan PH tapi gabungan 19 buah parti politik termasuk diSabah dan Sarawak dan MCA juga.
Nak bagi bonus pada kakitangan kjaan negeri, kena minta kelulusan MOF kata MB Tganu..
Tapi bila beli kereta, ada minta kelulusan MOF.??
ππ
Usai urusan bersama rakyat Malaysia di Brazil, saya sempat jalan santai di Barra da Tijuca, Rio de Janeiro yakni pantai berhadapan tempat penginapan.
#MalaysiaMADANI
Kekadang saya tergelak sendiri bila baca catatan lama (2022) seperti ini.
**********
Ini kereta kawan.
Saya hanya test drive untuk merasai kehebatan Nissan GTR R35, kereta sports paling femes dari Jepun.
Ianya direkabentuk untuk menandingi Porsche 911 Carerra, Porsche Panamera dan Mercedes AMG GTR.
Jikalau Porsche ditakrif sebagai 'a lady', Nissan GTR 'is a beast'.
Apabila tekan accelerator terasa kepala saya tersentak ke belakang dan jantung terpelesuk 2 inci ke dalam.
Dengan engin twin turbo 3.8 liter V6 ianya boleh pergi 0-100 km/hr hanya 2.7 saat. Perodua Bezza ambil masa 12 saat.
Hanya mereka mempunyai 'unlimited money' boleh pakai kereta ini kerana maintenance sangat tinggi. Untuk tukar satu tube sahaja harga RM3000.
Kenapa rakan saya pakai kereta ini?
Sebenarnya dia terpaksa pakai kerana rakan beliau meminjam RM100,000 tetapi tidak dapat bayar balik jadi dia tukar ganti dengan kereta milik beliau ini. Ahaks.
Berapa dapat minyak mpg?
Jangan buat malu tanya soalan ini kepada pemandu Nissan GTR, Porsche, Aston Martin, Buggati, Ferrari dan Jaguar.
Pernah nampak pemandu kereta sports isi minyak Ron 95 macam Axia kompang? Ahaks.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
Rafizi Ramli.
Jelajah Madani Mendengar untuk Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) akan diteruskan di Negeri Sembilan pada 19 November 2024, Selasa yang akan bermula jam 4.30 petang di Lexis Hibiscus, Port Dickson. Pada sesi yang lebih awal, saya akan terlebih dahulu berdialog bersama-sama pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.
Semua warga Negeri Sembilan yang berkelapangan dijemput untuk hadir beramai-ramai ke sesi ini bagi menyampaikan input-input yang relevan dan sesuai dalam merangka dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Mohon disebarkan kepada semua.
Tindakan fitnah PMX sokong penubuhan ISRAHELL satu tindakan SABOTAJ NEGARA MALAYSIA
Laporan polis terhadap berberapa pemimpin dan YB pembangkang telah kami buat harini.
Syam Ghaz
https://vt.tiktok.com/ZSjaVaYDF/
✍️ Ahmad Mursi
1. Seorang AJP boleh dapat elaun sehingga RM200k ke RM400k setahun.
2. AJP tubuh 19 Jawatankuasa, berturut-turut la mesyuaratnya dan banyaklah elaunnya.
3. Dari hal kecil, sampai hal perjawatan & perolehan yang paling strategik untuk kartel.
4. Antara reform pasukan kerja Menteri cuba buat, kecilkan jawatankuasa dari 19 jadi 4 untuk jimatkan duit NAFAS. Tentulah ada AJP tak senang sebab itu sumber pendapatan mereka.
5. Kalau di sebuah syarikat, ada 'corporate governance' pisahkan kuasa lembaga pengarah dan eksekutif, tapi tidak di NAFAS.
6. AJP tu sendiri sibuk dengan kerja eksekutif dan operasi harian, bukan lagi penggubal dasar. Tak ada check and balance.
7. Pengurus Besar ni dah jadi macam 'budak suruhan' AJP. Perkara kecil pun kena AJP luluskan.
8. Pekerja-pekerja NAFAS disusun oleh kartel. Tak pandai buat kerja tak apa, asalkan boleh jaga kepentingan kartel.
9. Sebab tu, antara syarat yang diarahkan oleh LPP ialah baiki tatakelola berkait mesyuarat dan elaun ni.
10. Dalam sejarah NAFAS, hanya 3 je Menteri Pertanian yang pernah gantung perlembagaan NAFAS untuk pulihkan tatakelola. DS Anwar (1984), Arwah Salahuddin Ayub (2018) dan Mat Sabu (2024). PN-PAS tido.
Cinta Jannah Ahmad
Aikk...nak bagi bonus kat penjawat awam pun kena tunggu kerajaan pusat yang payung duit ke?
Dahlah gambar PMX pun pakcik tak gantung dalam pejabat pakcik lepas tu nak harap PMX pulak ya...macam ni ke kononnya bakal PM pilihan geng² pembangkang π€
Menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia dan rakan-rakan Malaysia di Rio de Janeiro.
Dalam majlis ini saya terangkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk membawa perubahan yang besar kepada negara.
Saya maklumkan kerajaan kini punyai pasukan yang mantap dan akan bekerja keras melaksanakan dasar serta polisi yang menguntungkan rakyat keseluruhannya.
Kerajaan MADANI juga tidak akan berkompromi dengan isu rasuah dan mana-mana pihak yang merobek kekayaan rakyat.
Saya turut singgung siri lawatan ke beberapa negara memberi impak positif, bukan hanya mengukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga limpahan positif kepada ekonomi negara dan rakyat Malaysia.
Justeru, saya memohon agar rakyat baik di Malaysia atau di luar negara untuk terus mendukung segala usaha baik yang dibuat kerajaan.
#MalaysiaMADANI
Mengetuai misi pelaburan dan perdagangan Malaysia dalam sesi meja bulat bersama 27 syarikat termasuk persatuan perniagaan Brazil.
Kesemua syarikat dan persatuan perniagaan ini terdiri daripada pelbagai sektor antaranya semikonduktor, aeroangkasa, produk petro kimia dan pemprosesan makanan di Brazil.
Walaupun Malaysia dikenali sebagai hab semikonduktor dan tenaga boleh baharu serta diantara negara yang merekodkan kepesatan pembangunan dalam industri Pusat Data dan Kecerdasan Buatan (AI), namun masih terdapat potensi untuk ia terus berkembang.
Kerajaan akan sentiasa bergerak aktif menarik pelaburan berkualiti termasuk memperkasa strategi perdagangan Global South dengan negara seperti Brazil.
Banyak syarikat Brazil juga menyatakan minat untuk terus meneroka peluang pelaburan di Malaysia mengambilkira dasar yang jelas seperti yang digariskan di bawah Ekonomi MADANI.
Justeru, adalah penting supaya industri dan ekosistem perniagaan dalam negara terus diperkasa supaya fokus utama dari sudut ekonomi dan pembangunan akan dapat dicapai.
#MalaysiaMADANI
Zainuddin Omar
In the first place, kenapa perlu Felcra buat pelaburan dalam unit trust sebanyak RM150 juta?
Semua lantikan politik ghanimah sebagai BOD dan Pengerusi dalam GLC perlu dihentikan.
***********
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad untuk mereka membela diri dalam kes rasuah bernilai RM2.8 juta berkaitan pelaburan amanah saham.
Ketika membacakan keputusan sebulat suara daripada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menyatakan Mahkamah Tinggi telah membuat kesilapan kerana keputusan prima facie tidak boleh disemak semula.
Bagi pihak Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim yang mempengerusikan panel rayuan dan Hakim Noorin Badaruddin, Zaini menjelaskan keputusan oleh mahkamah perbicaraan bukan penyelesaian akhir terhadap hak tertuduh untuk membela diri.
Zaini menegaskan proses perbicaraan jenayah mesti diteruskan agar tertuduh berpeluang mengemukakan pembelaan mereka.
Hakim turut menekankan hak perbicaraan yang adil terpakai secara sama rata kepada pihak pendakwaan dan pembelaan.
"(Menyemak semula) keputusan prima facie akan mengganggu perbicaraan yang adil apabila mahkamah perbicaraan terpaksa menangguhkan prosiding untuk membolehkan sesuatu pihak membuat rayuan terhadap perintah (prima facie) tersebut.
"Tindakan ini akan mengganggu kelancaran perbicaraan dan membazirkan masa kehakiman dan ia perlu dihentikan," kata Zaini.
Hakim rayuan kemudian mengarahkan perbicaraan peringkat pembelaan terhadap Bung dan Zizie disambung semula di Mahkamah Sesyen tanpa sebarang penangguhan.
Pada 7 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pasangan itu untuk membatalkan keputusan mahkamah rendah yang mengarahkan mereka membela diri atas pertuduhan.
Sebelum itu, pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung dan Zizie.
Pada 18 Sept 2023, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Azhar Abdul Hamid yang membebaskan pasangan itu daripada pertuduhan.
Mahkamah Tinggi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 46, bagi menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 Sept 2022 itu.
Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui isteri tertuduh Zizie Izette.
DIa dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.
Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.
Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zizie Izette mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
RMS
Brazil antara negara di Amerika Selatan yang memutuskan hubungan diplomatik/downgrade dgn Israel, negara lain adalah Chile, Bolivia, Colombia, Honduras, Chile dan Belize.
Bagi mereka-mereka yang rata-ratanya rakyat dibawah..di kampung-kampung ..mereka tak reti bab ekonomi..Bajet..Pelaburan..jadi mudah cerita- srita begini jadi jarum masuk dalam masyarakat bawahan..yang rata-rata kurang pengetahuan..
Jadi sekarang nie macam-macam berita kejayaan PMX..jadi mereka sedaya supaya cuba untuk tenggelamkan isu kejayaan itu dengan isu-isu remeh seperti ini..
Di atas
kertas, hubungan diplomatik Malaysia-Mesir mencapai usia 65 tahun sejak 10
November 1959, tetapi kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
ke negara itu atas jemputan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi melambangkan
‘silaturahim’ kedua-dua negara melangkaui tempoh itu, manakala signifikannya
sangat besar, terutama dalam konteks geopolitik.
Hakikatnya,
hubungan antara rakyat terjalin sebelum kedua-dua negara berjaya membebaskan
diri daripada cengkaman penjajahan British, iaitu Mesir pada 1922 dan Tanah
Melayu pula merdeka pada 1957. Ini kerana pelajar dari Tanah Melayu sudah
melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir akhir abad ke-19 lagi,
sekali gus menjadikan hubungan people-to-people antara
kedua-dua tamadun terikat atas dasar keilmuan dan persaudaraan kukuh.
Tidak
hairanlah selain pertemuan dan mesyuarat dua hala kedua-dua negara
masing-masing diwakili Anwar dan El-Sisi, Perdana Menteri turut mengadakan
perjumpaan dengan Sheikh Al-Azhar, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb. Ia
membuahkan hasil signifikan, iaitu penambahan biasiswa kepada pelajar Malaysia
cemerlang dalam perubatan, kejuruteraan dan teknologi di universiti berkenaan
serta kewujudan program Sains Islam (Ulum Islamiah) di Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Bahasa Arab Al-Azhar Al-Sharif dan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Umumnya,
pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke universiti tertua di dunia selepas
Universiti az-Zaytuna, Tunisia dan Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi itu dalam
bidang agama, tetapi perkembangan terbaru berkenaan bertepatan hasrat Perdana
Menteri seperti diluahkan dalam syarahan umum di hadapan lebih 1,500 kakitangan
dan pelajar Universiti Al-Azhar. Anwar mahu pelajar memperlengkapkan diri bukan
sahaja dengan ilmu keagamaan, bahkan dalam bidang teknologi supaya dapat
mengintegrasikan nilai Islam dengan kemajuan digital seperti kecerdasan buatan
(AI).
Malah,
kunjungan Perdana Menteri juga membawa signifikan sangat besar dalam konteks
geopolitik melalui kenyataan bersama Anwar dengan El-Sisi mengutuk serangan
Israel dan menyeru gencatan senjata segera di Gaza serta Lubnan untuk
mengelakkan krisis kemanusiaan lebih parah. Serangan genosid Israel sudah
mengorbankan lebih 43,000 nyawa, merebak ke Lubnan mengembalikan igauan perang
1982 dan Gaza pula dikhuatiri menghadapi krisis kebuluran.
Kenyataan
bersama Malaysia-Mesir itu memperkukuh lagi usaha Anwar yang sejak awal bukan
sahaja mengecam serangan Israel dan melaungkan solidariti dengan Gaza, bahkan
‘berdebat’ dengan pemimpin Barat termasuk Canselor Jerman, Olaf Scholz di
Berlin serta berusaha memastikan bantuan kemanusiaan dari Malaysia dapat
disalurkan ke Gaza.
Apatah
lagi, Anwar membawa misi besar termasuk suara dan mandat rakyat pada Sidang
Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam untuk membincangkan serangan dan kekejaman
berterusan rejim Zionis Israel ke atas warga Palestin dan Lubnan. Kita berharap
sidang berkenaan menghasilkan keputusan konkrit termasuk melaksanakan embargo
minyak jika perlu dan memastikan semua negara Islam sepakat memulau Israel
hingga negara haram itu menamatkan serangan ganas ke atas Gaza serta Lubnan.
Gerakan kata orang bukan Isla
m takut dengan Pas punca tak undi PN.
SITI NUR ZAWANINovember 17, 2024
Presiden Gerakan, Dominic Lau berkata masyarakat bukan Islam bimbang
dengan pendirian Pas yang berubah-ubah sehingga menyebabkan Perikatan Nasional
(PN) sukar meraih undi kaum lain.
Beliau berkata, orang bukan Islam takut dengan pendirian Pas mengenai
minum arak dan isu hudud
“Masyarakat bukan Islam kata dulu dia (Pas) nak negara kebajikan,
sekarang dia kata nak negara Islam. Pas dulu tak kata tak boleh minum (arak),
tak boleh berjudi, berseluar pendek.
“Tapi sekarang Pas kata tak boleh berjudi, minum arak, pakai seluar
pendek, nanti kena hudud. Oleh itu kita (bukan Melayu) takut,” katanya menurut
FMT.
Atas sebab itu, Gerakan menggesa agar PN mewujudkan deklarasi untuk
bukan Melayu dalam usaha mengurangkan tekanan komuniti itu untuk memilih PN
pada PRU16.
“Oleh itu kita buat satu deklarasi yang Bersatu bela hak orang Melayu
dan Pas pula muslim, (tetapi) masing-masing jangan mempengaruhi hak kaum lain,”
katanya berucap pada persidangan Gerakan ke-52 hari ini.
‘Bukan tak boleh duduk sekali’, ramai sejuk hati lihat gambar ini
HarapandailyNovember 18, 2024
Foto yang memaparkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution
Ismail duduk sekali dengan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menarik
perhatian orang ramai.
Rata-rata sejuk hati melihat pemimpin Kerajaan Madani boleh sahaja
sepentas dengan Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat itu.
Terdahulu, Ahmad Fadhli mengucapkan terima kasih kepada Saifuddin ataas
perasmian majlis Santuni Madani Satu Pemimpin Satu Kampung – Komisioner Jeneral
Penjara di Tal 7 Pasir Mas.
“Semoga kehadiran Menteri KDN bersama seluruh pemimpin agensi kerajaan
di bawah KDN dapat dimanfaatkan untuk kebajikan penduduk di Tal 7 Insya Allah.
“Menteri juga mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk projek pembaikan
rumah-rumah daif di Tal 7 yang akan diuruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia
dengan kerjasama kariah Masjid Mukim,” tulis Ahmad Fadhli menerusi Facebook rasmi
beliau.
Susulan perkongsian itu, kebanyakan warganet meninggalkan komentar
positif yang menyambut baik kerjasama pembangkang brsama pemimpin kerajaan demi
manfaat rakyat.
“Sejuk mata melihat kerjasama
walau berlainan politik, manfaatnya dapat dirasai masyarakat setempat.
“Terbaik. Sikap macam inilah yang bagus untuk diamalkan di Malaysia.
“Daripada kutuk mengata lebih baik berkerja.
“Terima kasih Saifuddin Nasution Ismail dan pihak kementerian untuk
projek-projek baik pulih kuarters badan beruniform. Nampak hasilnya,” demikian
antara komentar warganet.