SAFT PRN NEGERI




Ingat dulu strategi kita. Pilih calon SAFT masa PRU, agar hilang taksub parti. Dan akhirnya kita dapat Kerajaan Uniti (UG). Ini untuk rendahkan suhu politik. 


Strategi ni tak kesampaian. Satunya, PM pergi lantik pulak the notorious Presiden yang tiada SAFT sebagai TPM. Kata mereka necessary evil untuk bina Kerajaan 🤦🏻‍♀️ Tapi tak boleh diterima non-partisan. Banyak lagi MP lain yang berkelayakan. 


Yang kedua, belah pembangkang pun ketegaq taknak join UG. Sebab Presidennya nak jadi Perdana Menteri. Walau kalah masa PRU15. This to me, tak sedar diri! 


Makanya kita pun back to square one. Tebuk atap jadi dambaan. Honestly, GAP sudah penat dan bosan. Tambah cara politik dinosaur, delayed leadership 30 tahun. Politik dendam dan adu domba. 


Bila negara lain dapat PM muda, ada kalangan kita dambakan PM tertua naik kali ketiga? Tiada langsung ke politisyen yang layak dalam negara? 


Oleh yang demikian, strategi PRN saya simple. Saya akan promote pemimpin muda yang berkaliber. Ada background baik dan tiada skandal. 


Set2 Hang Nadim kita angkat. Tak kira parti mana (exclude PPBM sebab saya tak berkenan Ketua Pemudanya). 


**************


Dalam banyak2 profile yang saya terima. Saya berkenaan calon UG di Telok Air Tawar, Pulau Pinang. Tengok background hebat. Pernah jumpa sekali dulu, humble orangnya. Cakap Penang pior. Makan pun tepi kaki lima. 


Seorang Engineer lulusan luar negara. Dah lama dalam bidang politik di Penang. Hujah pun ok, ada substance. 


Ok, yang ni extra. Layak juga digelar YB tall, dark and handsome 👍🏼 takde la KJ sahaja. 


Yang hat tu penambah rasa. Ajinomoto 😅 Kalau ada bonus. Kalau takde pun takpa ✌🏼


Kalau saya pengundi Teluk Air Tawar, undi saya definitely pada dia. 


All the best bakal YB. Harap anda berjaya. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


p/s- siapa nak offer calon muda untuk due d boleh DM saya ya. Bagi CV dan profile. Saya boleh tolong promote kalau calon baik untuk negara. Limited untuk parti PN (PAS dan Gerakan) serta geng UG. 


PPBM saya berkecuali. This one Ketua Pemuda dia boleh promote sendiri ✌🏼



No comments: