NORMAN RADZUAN
Kenapa bantuan rakyat lebih efisien dari kerajaan
Yg patut kerajaan lakukan dan yg tak patut dilakukan
KITA TERLALU BERPOLITIK RAKYAT JADI MANGSA
Apa yg sepatut kerajaan buat bila tiba musim tengkujuh atau bila
keadaan cuaca berubah bila dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi. Ia perlu dilakukan
bermula dgn apa perlu diutamakan.
1. Beri amaran kpd rakyat ada perubahan cuaca. Air sungai mulai
naik. Kerajaan juga sudah kenal pasti dewan, sekolah dan masjid yg akn menjadi
penempatan sementara jika berlaku banjir.
2. Sistem amaran dibunyikan dan pesanan SMS serta laporan di
media sosial dan media massa dlm tempoh 24 jam utk rakyat bersedia kerana
keadaan kritikal. Di Amerika 5/6 hari sebelum taufan melanda telah diberi
amaran oleh kerajaan.
a) Ia bagi memastikan penduduk menyelamatkan selagi mampu harta
benda mereka terutama kenderaan.
b) Penduduk berpindah
c) Penduduk membeli bekalan makanan mencukupi utk tempoh 48 jam.
3) Pihak berkuasa gerakkan segala jabatan atau agensi kerajaan
berkenaan utk operasi memindahkan mangsa2 banjir dgn segala peralatan canggih
yg diarak waktu Hari Kebangsaan sudah standby.
4) Segala kakitangan termasuk polis dan Rela mesti ditempatkan
di kawasan penempatan sementara selain wakil Jabatan Kesihatan utk memantau
kesihatan mangsa banjir.
5) Kenal pasti segala keperluan rakyat seperti makanan dan
sebagainya selain memikirkan bantuan kewangan dgn pegawai2 ditempatkan di
kawasan penempatan sementara.
6. Mengerahkan ribuan tentera dgn bantuan pihak bomba utk
membantu rakyat membersihkan rumah2 yg ditenggelami air dgn membawa segala
peralatan yg diperlukan.
TAPI APA YG KERAJAAN BUAT?
1. Tiada sistem amaran dan persediaan hadapi bencana ini.
2. Khabarnya agensi2 kerajaan masih menunggu arahan walaupun
banjir sudah mula berlaku.
3. Kerajaan mula bermesyuarat. Masih mesyuarat dan terus
bermesyuarat sdgkan ada penduduk sudah terpaksa memanjat bumbung rumah.
4. Buat ceremony dulu utk melancarkan skuad bantuan dan bantuan
kewangan sdgkan ada rakyat sudah 24 jam tidur dia atas bumbung tanpa sebarang
makanan. Malah majlis tersebut pun dah makan kos puluhan ribu ringgit.
5. Pemimpin sibuk berpolitik membuat sticker muka masing2 utk
ditampal di kotak bantuan sdgkan rakyat ada yg sudah hilang dan lemas.
6. Barulah pemimpin kerajaan melawat ke kawasan banjir dgn
membawa pegawai pengiring, setpol, jurugambar, media hingga penuh bot. Bukannya
dtg membawa mangsa2 ke dalam bot.
7. Selepas kotak2 yg rata2 diisi roti, biskut dan Maggie
ditampal barulah dihulurkan kepada pegawai utk diberikan kpd mangsa banjir.
8. Kemudian barulah kerajaan umum jenis bentuk bantuan.
9. Kemudian barulah muncul muka2 pemimpin yg rata2 dikutuk oleh
mangsa banjir..." Air dah surut baru muncul".
10. Kerajaan tubuhkan tabung bantuan dari rakyat yg sudah papa
kerana pandemik sdgkan mereka melantik pelbagai jenis Menteri, Penasihat2 dgn
kos berjuta ringgit hanya utk habuan politik. Dgn rakyat mereka mahu rakyat
bantu rakyat. Persoalannnya di mana wang cukai dan wang zakat rakyat bayar kpd
kepada kerajaan?
Bila dah jadi kerajaan ini kadang2 rindu kelibat Kak Lah
menyelamatkan mangsa banjir, sgt luar biasa. Rindu aksi lebai2 bergambar air
paras dada.
Jadi jgn kalian hairan kenapa bantuan org ramai dan NGO lebih
efisien kerana org ramai tak perlu mesyuarat sana sini, tak perlu tampal
sticker dan tak perlu tunggu jurugambar profesional.
Sikap pemimpin kita ini sejak zaman 70an begitulah. Mereka tiada
istilah sediakan payung sebelum hujan. Mereka bukan jenis mencegah dan mahu
mengubah keadaan tetapi hanya menunggu musibah tahunan ini menimpa.
Tahniah TMJ yg mahu semua Pegawai2 Daerah dan agensi2 bersedia
dgn segala jentera, peralatan dan memantau keadaan semasa. Itulah dinamakan
melakukan perkara yg bijak. Working smart is better than working hard.