PUSINGAN U RINGGIT?


Nazri Hamdan



Pada tahun 2024, Ringgit telah buat kejutan dengan pusing 360 darjah, daripada antara yang paling corot kemudian menjadi the best performed Asian currency


Pada tahun 2023 Ringgit dianggap sebagai 'the worst Asian currency after Yen'


Kenapa pulak daripada corot terus boleh dapat nombor 1?


Kalau korang tengok, sebenarnya kenaikan nilai Ringgit hanya berlaku dalam masa beberapa hari ni


Pada 9 Julai Ringgit berada pada paras 4.71 tapi dalam masa seminggu dia nak pegi kepada 4.67


Tapi kalau kita ambil untuk 2H 2024 pun, kenaikannya pun taklah tinggi mana


January 2024 dia sekitar 4.7 tapi skarang dia dekat 4.67


Sebab tu ada orang cakap ‘alaaaa.. bukan naik tinggi sangat pun”


Tapi, dengan keadaan yang naik tak tinggi sangat ni pun, kenapa Ringgit boleh dianggap sebagai best performing Asian currency?

Jawabnya pada masa yang sama, matawang asia yang lain telah jatuh dengan lebih teruk lagi secara komapatif especially berbanding USD


Saya ambil contoh Rupiah Indonesia. Pada Jan 2024 kadar tukaran ialah sekitar Rupiah 15.5k/usd tapi skarang ni rupiah 16.1/usd

Korang ingat tak pasal Bank pusat Indonesia yang diorang naikkan kadar faedah diorang tu pada April 2024 kepada 6.25 peratus?


Antara sebab penting kenapa diorang naikkan kadar faedah ialah sebab nak elakkan Rupiah mengalami kejatuhan yang lebih teruk

Bukan tu je, sebelum diorang naikkan kadar faedah, Bank Indonesia pun melaksanakan campurtangan forex untuk pertahankan Rupiah daripada jatuh lebih teruk


Contoh lain ialah Baht – dalam masa enam bulan Baht susut hampir 3 peratus berbanding USD


Jadi, kenapa Ringgit boleh perform?


Sebenarnya, sepatutnya kadar tukaran asing ni dia mesti ditentukan oleh faktor fundamental seperti eksport import dan aliran modal. Cuma, sejak Fed naikkan kadar faedah mereka, pasaran forex ni berhadapan dengan spekulasi yang tinggi. Perbezaab kadar faedah fed dan negara lain membuatkan pergerakan kadar tukaran dipengaruhi lebih oleh faktor spekulasi


Contohnya sekarang ni, selagi pelabur percaya yang Fed akan kekalkan kadar faedah tinggi, mereka tetap akan mempunyai minat tinggi untuk membeli USD meskipun negara lain menunjukkan recovery dari segi fundementals seperti aktiviti perdagangan

Untuk Malaysia pula, aktiviti perdagang kita dah menujukkan tanda-tanda yang ia akan recover.


1. Selaras dengan pemulihan perdagangan global, eksport pada April 2024 meningkat semula sebanyak 9.1% tahun ke tahun kepada RM114. 72 bilion selepas penguncupan dua bulan berturut-turut.


2. Tindakan berani dan kurang populis dari kerajaan seperti rasionalisasi subsidi telah mulai menunjukkan hasil dan menaikkan sentiment positif pelaburan ia membuatkan penaraf kredit seperti JP Morgan naikkan taraf kita dari underweight kepada neutral


3. Pengalaisis juga percaya dah tak lama sebelum Fed turunkan kadar faedah. Bila ini berlaku pelabur akan beralih kepada pasaran ekuiti memandangkan bond yield akan jatuh. Jadi ada mereka yang sudah kembali ke pasaran ekuiti Malaysia sebab mereka percaya mereka membeli ekuiti dengan discounted price / undervalued



No comments: