FAHMI REZA
Sumpah laknat berkali-kali.Solat hajat pun sudah.Apa maknanya tuan-tuan..??
FAHMI REZA
Sumpah laknat berkali-kali.Solat hajat pun sudah.Apa maknanya tuan-tuan..??
DS Anwar perlu penjenamaan semula
Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, 42, berkata, kedua-dua cek itu dikeluarkan oleh Najib pada 5 September 2013 dan 17 Februari 2014.
BILA NAJB KENA MENIKUS DENGAN FATWA AGAMA
PETALING JAYA: Pendakwaan terhadap Najib Razak yang disabit atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah, dan terbabit pengubahan wang bukan sahaja melibatkan bekas perdana menteri itu, tetapi juga sistem negara dan rakyat seluruhnya, menurut seorang bekas menteri.
Zaid Ibrahim mengingatkan bahawa arahan berunsur jenayah daripada pemimpin tidak akan terlaksana jika orang bawahan mempunyai integriti dan berani menegur kesalahan itu.Berkenaan pemindahan RM42 juta ke akaun yang dikaitkan dengan Najib, Zaid berkata “arahan berkenaan tidak akan dilaksanakan jika penjawat awam kanan di Kementerian Kewangan dan GLC seperti SRC mempunyai integriti.
“Mereka akan mengingatkan perdana menteri ketika itu bahawa tindakan itu salah dan satu jenayah, namun mereka tidak berbuat demikian,” katanya.
Zahid berkata arahan seumpama itu juga tidak akan terlaksana sekiranya penjawat “yang mempunyai nilai moral yang keji tidak memegang jawatan tinggi,” tambah beliau.
Beliau berkata kes Najib tidak membuahkan keadilan sepenuhnya yang diharapkan oleh rakyat kerana pelbagai pihak lain tidak dibawa ke muka pengadilan walaupun terpalit dengan tuduhan rasuah melibatkan 1MDB.
Antara lain, beliau merujuk kepada laporan ahli keluarga bekas Gabenor Negara Zeti Akhtar Aziz menerima ratusan juta ringgit dalam dana yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dan ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low.
“Apabila seseorang (Najib) yang (didakwa) menerima RM42 juta dipenjarakan selama 12 tahun tetapi mereka yang terima ratusan juta tak pun disentuh, itu bukan keadilan namanya,” kata Zaid.
Zaid menyifatkan tindakan yang membawa kepada pemenjaraan orang tertentu, setelah mereka tidak lagi berguna atau membantu mengisi cita-cita politik pihak tertentu, ibarat melaksanakan hukuman terpilih.
“Nampaknya, apa yang kita mahu ialah penjarakan orang tertentu dan bukannya semua orang yang langgar undang-undang,” katanya.
“Ini yang memualkan saya…sekiranya Umno dan Barisan Nasional kesal akan apa yang berlaku pada Najib, maka mereka haruslah berjanji akan mengubah institusi kita sepenuhnya.
“Mereka mesti faham akan nilai kejujuran dan integriti dalam penjawat awam dan sekutu politik, kerana hanya insan yang baik boleh tegakkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua,” kata beliau.
Justeru Zaid menggesa Umno menilai semula kerjasama dengan pihak yang tiada integriti mahupun kesetiaan dan tidak sekadar berniat memperolehi kuasa semata-mata.
“Mereka (Umno) tak habis-habis bercakap tentang perpaduan umat untuk menarik sokongan PAS, walaupun ‘umat’ itulah nanti yang akan menyebabkan mereka masuk penjara suatu hari nanti,” katanya
Katanya, sekiranya Umno mahu menjadi parti yang benar-benar cintai negara, maka ia harus mengubah cara ia berpolitik, dengan mengutamakan nilai-nilai yang betul dan mengangkat orang-orang yang amanah sebagai pemimpin.
Hanya apabila Umno berubah, katanya, “pendakwaan terhadap Najib akan membawa erti, dan menjadi pengajaran berguna untuk masa depan”
Pelantikan
Izzana Salleh sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital
Malaysia (MDEC) menimbulkan kontrovesi kerana kaitan anak kepada bekas Ketua
Wanita Umno, Shahrizat Jalil, itu dengan skandal National Feedlot Corporation
(NFC) sebelum ini.
Ahli Parlimen Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH - Wangsa Maju) berkata, isu tersebut perlu dijelaskan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menghindari kegelisahan rakyat.
"Tetapi sehingga kini saya tidak melihat sebarang maklum balas daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia tentang isu ini.
"Saya
digesa pengundi saya di Wangsa Maju membangkitkan soalan ini di Parlimen kerana
ini bukan sahaja melibatkan integriti MDEC dan Kementerian, tetapi pembangunan
masa depan GLC yang telah diamanahkan memimpin ekonomi digital Malaysia ke
hadapan.
"Soalan
berkaitan yang ditanya semua pihak tetapi yang masih enggan dijawab Menteri
ialah mengapakah MDEC melantik seseorang yang disaman oleh kerajaan dalam kes
NFC yang melibatkan penyalahgunaan dana RM 250 juta, dan bukan itu sahaja, dia
juga telah disaman oleh Maybank Singapura pada Julai tahun ini setelah didakwa
gagal membayar dua pinjaman perumahan," katanya dalam sesi perbahasan
Dewan Rakyat.
Menurut Dr Tan, isu utama bukanlah mengenai sah atau tidak pelantikan Izzana di sisi undang undang tetapi lebih kepada prinsip urustadbir yang baik telah tidak dilaksanakan oleh kerajaan BN.
"Pelantikan ini akan menghantar mesej yang salah kepada pelabur dalam dan luar negara dan juga kepada golongan muda
"Banyak
pihak turut mempersoalkan kelayakannya dalam memberikan pendapat profesional
dalam sektor digital
"GLC
memerlukan kepakaran dan idea daripada sektor swasta untuk lebih berkembang dan
berdaya saing dalam industri. Oleh itu, pemimpin sektor swasta bagi industri
tertentu yang mempunyai pengetahuan mendalam dan pengalaman luas amat
dialu-alukan menyertai GLC sebagai ahli lembaga pengarah.
"Namun
pelantikan Izzana jelas tersasar dari objektif ini. Izzana dalam usia 30-an
tidak memiliki rekod menjalankan perniagaan dengan mana-mana syarikat yang
berjaya. Syarikatnya, Rise Human Capital telah diperbadankan hanya pada Januari
tahun ini dengan modal berbayar hanya RM 1000. Beliau merupakan pemilik tunggal
dan juga Pengarah syarikat.
"Bolehkah YB Menteri memberitahu dewan, bagaimanakah dia dapat menyumbangkan kepakarannya kepada MDEC?" tanya Dr Tan.
Tambahnya, Izzana bukan sahaja dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah MEDC, beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah TalentCorp dan menganggotai panel pelaburan PERKESO.
Berjuta-juta dana kerajaan dikendalikan oleh GLC-GLC tersebut. Dan dalam kes PERKESO, kata Dr Tan, yang mempunyai aset bernilai 31.4 bilion, ditubuhkan bagi menyediakan perlindungan kepada jutaan pekerja di negara ini.
"Oleh itu, pihak yang mempunyai kuasa melantik ahli lembaga agensi kerajaan dan badan berkanun perlulah sangat berhati-hati kerana pelantikan ini merupakan tanggungjawab kepada rakyat dan di bawah pengawasan rakyat.
"Rakyat
sedang marah. Saya membangkitkan persoalan pelantikan Izzana di sini untuk
memberi peluang kepada Menteri memberi justifikasi.
"Saya
juga menggesa kerajaan untuk melihat kepincangan dan kelemahan dalam pelantikan
Ahli Lembaga Pengarah semua GLC untuk memastikan hanya individu yang mempunyai
kelayakan dan pengalaman yang betul, dan yang boleh menyumbang kepada
pembangunan GLC sahaja yang dilantik. Janganlah pelantikan GLC itu dijadikan
sebagai “Political favour”," kata beliau lagi.
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia
tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan BN mahu memajukan Kampung Sungai Baru,
Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan cara pengusiran penduduk menggunakan Akta
Pengambilan Tanah 1960.
Ketua Penerangan AMK Malaysia, Aizuddin Ariffin berkata, kerajaan memerintah sepatutnya lebih berfikiran kreatif dengan menjadikan Kampung Baru sebagai warisan bertaraf dunia dan lebih banyak bahagian di kawasan itu dikekalkan kepada penduduk asal untuk tarikan pelancongan.
"Saya sampai sekarang tidak faham kenapa mana-mana jua yang pegang kerajaan sibuk membangunkan Kampung Baru dengan projek- projek berskala besar yang sebenarnya menghakis ekuiti penduduk untuk terus berada di kawasan 'prime area', terutamanya di tengah- tengah kotaraya Kuala Lumpur.
"Saya ingin membawa satu pandangan berbeza. Sepatutnya, Kampung Baru dijadikan tapak warisan yang harus dipertahan dan dipelihara, bukannya mengikut kehendak para pemaju yang rakus dan tamak.
"Saya cadangkan status hak pemilikan tanah penduduk Kampung Baru dikekalkan dan perlu diberi nafas baru, bukannya ditekan dan usir. Tindakan zalim tidak adil kepada penduduk harus dihentikan serta- merta. Satu pelan komprehensif boleh dirangka dengan pelbagai program yang lebih merakyat dengan menjamin hak- hak penduduk Kampung baru.
"Saya percaya, dengan kerangka program yang terurus dengan melibatkan para 'stakeholder', Kampung Baru mampu diangkat sebagai Khazanah Warisan bertaraf dunia untuk negara," katanya.
Tambah Aizuddin, dengan perancangan teliti Kampung Baru boleh menjadi penampan kepada kesesakan pembangunan di Kuala Lumpur dan kawasan kebudayaan yang merehatkan warga kota.
Katanya, tidak semua perlu dibangunkan dengan bangunan pencakar langit dan membiarlan lalu lintas sesak serta dicemari pemandangan hiruk pikuk warga kota.
"Dalam kepesatan yang berlaku di tengah Kuala Lumpur dengan bangunan pencakar langit, PNB ,TRX dan sebagainya , konsep ' Urban Resiliance' boleh diadaptasi bagi mengimbangi kepesatan dan kemodenan kotaraya itu.
"Kerajaan dan pihak pentadbir harus melihat isu Kampung Baru dengan perspektif yang lebih luas juga jauh lebih kreatif," katanya lagi.
Hari keempat kempen Pilihan Raya Negeri
Sarawak, pengundi mula menunjukkan mood menolak Gabungan Parti Sarawak (GPS)
yang telah memerintah selama 58 tahun tetapi tidak membawa kemajuan bermakna
kepada rakyat.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, mood penolakan itu jelas kelihatan di kawasan sub bandar malah di kawasan luar bandar yang berdekatan bandar bandar besar.
Cuma, kata beliau, menjadi masalah apabila para pengundi masih kebingunan untuk memilih sama ada KEADILAN atau Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi menggantikan GPS di DUN mereka.
Kebuntuan itu, kata Abun boleh menghalang perubahan berlaku apabila undi pembangkang terpecah dua.
"Bagi kita KEADILAN menawar pilihan terbaik. Di mana respons yang kita dapat dari pengundi, majoriti menolak GPS dan perubahan itu sangat ketara, tetapi keputusan yang mereka bakal buat ada sedikit kebuntuan. Sama ada pilih Pakatan Harapan atau PSB.
"Kita harus ingat faktor penolakan di pedalaman bangsa asal seperti Dayak, Kadayan adalah berkaitan Tanah Adat. Penolakan kerana Tanah Adat itu telah dirampas secara undang undang,
"Oleh itu, KEADILAN tawarkan pilihan terbaik (dalam membela Tanah Adat). Jika kita lihat latar belakang PSB, mereka punyai rekod dengan (pengusaha) ladang sawit yang juga bertindih dengan Tanah Adat rakyat. PSB juga ditaja oleh tokey balak," katanya dalam sidang media secara maya, pagi tadi.
Abun mengingatkan pengundi bahawa GPS dan PSB adalah dari latar belakang yang sama dan tidak mungkin akan bersungguh sungguh memperjuangkan isu Tanah Adat.
Katanya, beberapa pemimpin PSB pernah berada dalam kerajaan Sarawak dan mungkin mempunyai hubungan dengan pemilik ladang dan sebagainya.
"Sebab itu hanya PH sahaja yang tidak ada kaitan dengan perampasan Tanah Adat ini.
"Oleh itu rakyat Sarawak perlu berfikir betul betul. Undi bukan satu perkara yang main main. Ini untuk kehidupan kita.
"Apa yang kita takut nanti jadi macam 'keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya'.
"Penduduk pedalaman janganlah terpadaya ada parti baru akan jaga mereka. Hanya KEADILAN yang benar benar tidak curi seinci tanah, tidak curi sebatang balak dari rakyat," katanya lagi.
Bagi menggalakkan rakyat Pulau Pinang menggunakan pengangkutan awam secara percuma, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta melalui belanjawan 2022 negeri itu.
Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam kenyataan beliau berkata, usaha tersebut adalah bagi membantu mengurangkan kos pengguna yang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19.
“Melalui peruntukkan yang disediakan tersebut, sebanyak RM4. 5 juta adalah bagi pembiayaan pas perjalanan tanpa had yang dikenali sebagai Pas Mutiara.
“Manakala itu, kerajaan negeri juga akan menanggung kos perjalanan bagi 7,500 pelanggan terawal setiap bulan yang melibatkan kos sejumlah RM375, 000 sebulan.
“Selain itu, mulai 1 Januari 2022 yang akan datang sebanyak 10 buah bas akan beroperasi selama setahun dimana jadual perjalanan kekal antara 15 hingga 30 minit seperti sebelum ini,” jelas beliau.
Tambahnya, usaha yang diambil oleh kerajaan negeri mampu menjadi daya tarikan supaya rakyat Pulau Pinang membanyakkan penggunaan pengangkutan awam.
Sebaik saja mahkamah putuskan Najib bersalah dan rayuannya ditolak, macam biasa dia pun bersumpah, kononnya dia tak tahu duit masuk dalam akaunnya, dan dia tak suruh sesiapa masukkan duit 42 juta itu ke dalam akaunnya.
Kat mahkamah semalam ada nampak tak lebai-lebai keliling boskurr tu? Takde kan? Aku dah cakap, waktu senang je lebai akan dakap hang....diam bisu dah bosskurrrrr..dasar ....apa yang KULI cakap...lupa...
W.FAUDZIN
HAMZAH RIE NA
Mother Theresa dia seorang penganut agama Christian, memakai tudung. Dan agama2 lain didalam dunia ini ramai penganut2 wanita mereka yg mengunakan pelitup kepala, head scarf atau tudung.