KARMA

 






KARMA.
Semasa dia di tampuk kuasa, kami di aniaya, di malukan dan mereka fitnah DSSA kononnya menyeleweng dana KKLW lebih 1 billion. Logik akal jika Kerajaan memperuntukkan 1 billion kepada kementerian takkan lah 1 billion semua di selewengkan? Tapi untuk di jadikan cerita, tajuk pun di jadikan lebih sensasi kononnya Shafie seleweng dana untuk orang miskin sebanyak 1 billion? Itulah namanya "character assassination"
Mereka masukkan kami dlm lokap dan pakaikan kami dengan baju oren atas kelantangan DSSA mengkritik kes 1MDB walaupun kami dipanggil hanya untuk membantu siasatan dan belum pun di dakwa di Mahkamah.
Look what happen now? Dia mungkin tidak pakai baju oren sepanjang siasatan kes 1MDB malah berpakaian segak dan rapi malah tidak tidur dalam lokap selama 15 hari tanpa bantal dan tilam. Dia tidak mandi sambil di perhati oleh CCTV di dalam lokap seumpama kami TAPI lihat di mana pengakhiranya? Satu dunia memerhatikan kes 1MDB. Apa pun dia masih ada 1 ruang lagi untuk membersihkan namanya, Mahkamah Persekutuan. Let us see apa berlaku nanti...serahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah swt. Jika dia tidak salah, pasti Allah swt akan lindungi dia.
Peringatan kepada pemerintah hari ini, jangan aniaya orang dan fitnah seteru politik anda demi kekal berkuasa kerana sebesar-besar kuasa anda, besar lagi kuasa Allah swt. Dunia ini bulat, hari ini anda di tampuk kuasa, esok belum tahu.
Gambar-gambar mengimbau sejarah. Bertitik-tolak daripada kejadian inilah salah satu daripada banyak lagi punca kejatuhan sang pemerintah yang zalim.
Gambar ini akan berada di internet for as long as it takes untuk tatapan bukan saja generasi hari ini tapi juga akan datang di sebabkan oleh kezaliman pemerintah yang mungkin leka kerana kuasa dunia.
DSSA pernah berkata, "Jangan pernah takut bila kita berjuang demi rakyat".
Sudah sampai masanya untuk kita membersihkan nama Sabah dari terus di label sebagai wilayah yg pemimpinnya terlalu mudah untuk di beli dan penakut bila di geretak dgn agensi penguatkuasa. Bila bersuara dan menuntut hak kita, jangan pernah takut kerana kita tuntut hak kita bukan hak orang lain.
Bukan hanya pemimpin perlu memainkan peranan tetapi peranan itu perlu di mainkan oleh RAKYAT. Pastikan hukum pemimpin yang mudah untuk di beli bila tiba masanya nanti agar generasi mendatang sedar bahawa jika pemimpin di pilih oleh rakyat, menjadi tanggungjawab pemimpin tersebut utk memegang amanah dan kepercayaan rakyat, bukan menjual kepercayaan tersebut.
Lets fight for Sabah and lets do it together.