DS Anwar perlu penjenamaan semula
Pemimpin politik DAP kena belajar dgn artis
PH PERLU JADI HERO MELAYU
Seperti selalu saya katakan utk menang pilihanraya di Malaysia ini siapa menang persepsi parti itu akn menang. Tidak perlu manifesto yg baik sb org Melayu kebanyakkan tak baca pun.
Utk menang persepsi itu bagaimana? Itulah kuasa media. Media adalah platform utk semua pemimpin politik dunia menguasai kerajaan dgn pelbagai cara.
Sebab itu saya tersenyum sahaja bila ada org berkata PH tewas di PRN Melaka kerana logo. Jika dia beritahu saya... saya tanya dia balik kenapa org kampung tak tahu logo PH? Pastinya kerana media penerangan PH (PKR,DAP,Amanah) tidak berfungsi dgn baik.
Ramai yg hairan kenapa Najib yg didapati bersalah oleh mahkamah dia dkt di hati pengundi org Melayu. Semuanya kerana peranan media. Najib bijak mengambil peluang sensitiviti org Melayu dlm isu2 bola tanggung.
Antaranya isu tanah Kg. Baru dan isu KWSP. Najib juga bijak dgn memberikan BRIM walaupun isu KWSP dan BRIM itu dari segi ekonomi utk rakyat dan kerajaan tidak baik. Tapi org Melayu tak peduli masalah teknikal tersebut?
Tahukah anda ada satu kementerian baru2 ini mewujudkan team Medianya sendiri (bukan sebagai Setiausaha Akhbar). Saya tahu sb bekas rakan sekerja saya dilantik bertugas di situ dan ia sgt mengejutkan saya. Malah dua lagi mantan rakan sekerja saya kini menjadi Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan Menteri Besar.
Pemimpin BN tahu kleptokrasi yg dimainkan oleh pembangkang boleh diimbangkan dgn peranan media atau org media mampu menjernihkan mereka. Itu hebatnya pemikiran pemimpin BN. Mereka betul2 org politik.
Malah saya memuji cara pemimpin BN atau PN bermain dgn media. Saya merasakan mereka (BN) mungkin berperanan menasihati pemimpin2 PAS utk tidak memberi sebarang komen isu bola tanggung (isu sensitif) kpd pihak media.
Ada anda melihat media berjaya menyerang Menteri Agama atas pelbagai isu seperti RUU355, lesen judi, minuman arak Timah dan terbaru lesen minuman keras di kedai kopi. Akhirnya PAS terselamat walaupun mereka disindir sebagai 'bisu'.
Sebab itu saya katakan mereka bijak. Pemimpin DAP kena belajar cara berkomunikasi atau melayani media dari artis dan pemimpin PAS. Artis utk mengelakkan kontroversi mereka akn menjawab 'No comment'. Jadi isu panas atau bola tanggung mati begitu sahaja.
DAP kena faham punca 70% org Melayu tidak mengundi PH adalah kerana percaya pemimpin DAP racist seperti dimainkan oleh parti lawan. Ia lebih diyakini apabila pemimpin DAP berani berhujah isu2 sensitiviti org Melayu.
Sewajarnya pemimpin DAP hanya menjawab 'no comment' atau lebih baik diam. Bila bersuara statement pemimpin DAP itu dimainkan di kaca TV dan akhbar berulang kali utk melahirkan persepsi kebencian di kalangan org Melayu.
Isu seterusnya adakah DS Anwar masih relevan? Bagi saya DS Anwar Ibrahim sgt relevan malah hingga ke PRU16 sebagai PRU terakhir buatnya. Faktornya adalah ketajamaan pemikiran politiknya, pengaruh peringkat antarabangsa, berani, masih sihat dan berintegriti.
Beliau dimomokkan oleh musuh2 politik melalui propaganda hingga pemimpin2 PH sendiri termakan hasutan tersebut. Org yg
hebat
selalu dimomokkan dgn pelbagai cara... sudah tua dan sebagainya. Sdgkan Tun itu dkt 100 tahun dan Muhyiddin itu sama umur sahaja dgn Anwar tiada pernah diungkit faktor usia.Cuma Anwar Ibrahim perlu rebranding semula. Jika PH tak mahu lakukan, PKR sendiri mesti lakukan utk memulihkan imej tersebut. Coca Cola menjadi Coke, Mc Donald's menjadi Mc D, Kentucky Fried Chicken menjadi KFC, Muhyiddin menjadi Abah dan Najib menjadi Bosku.... Tun Mahathir sendiri saya lihat dia sudah ada team medianya sendiri.
Anwar Ibrahim perlu penjenamaan semula. Dulu yg saya cadangkan media PH tu adalah dgn menggunakan media sebagai medium
terbaik
utk mengangkat kembali nama Anwar. Anwar Ibrahim mesti dilihat sebagai hero Melayu dan seterusnya hero rakyat Malaysia pelbagai kaum.Sepatutnya saya tidak perlu menulis di sini. Tapi ramai yg salah faham idea tersebut, saya tulislah antara sebab mengapa media perlu ada utk PH atau PKR sendiri. Ia sekadar idea dan bukan saya ingin mengetuainya atau nak cari makan dgn idea tersebut.
Trump akui kemenangannya dahulu kerana kuasa media sosial. Putin, Presiden Russia mempunyai team media atau propaganda
terbaik
. Putin yg merupakan bekas intelligence officer menggunakan media utk membina karektor positif di minda rakyat Russia.Putin dilihat seorang yg penyanyang dgn kanak2, seorang yg menghormati bekas Panglima Angkatan Tentera, seorang yg sanggup berhujan memberi tabik hormat kpd tentera dan yg paling ketara seorang yg dilihat sgt menghormati wanita.
Semua itu dirakamkan secara visual oleh team media Putin. Saya puji cara team media Putin dan Ebit Liew kerana ia memberi impak yg sgt positif kpd kedua individu ini. Putin dan EL sudah menjadi seperti selebriti.
DS Anwar perlu dijadikan hero Melayu. Kena kembalikan sejarah membela nasib org Melayu. Itu peranan media.Kena kumpulkan apa yg dilakukan Anwar utk dibaca atau dilihat oleh org Melayu.
Anwar juga kena lebihkan program bersama masyarakat Melayu kampung. Kita faham beliau seorang akademik dan disebabkan itu dilihat ketua pembangkang itu selalu hadir ke majlis2 akademik atau ramai org akademik bertemu dgnnya.
Tapi tokoh akademik tak berperanan sb pengundi PH memang rata2 golongan profesional (berpendidikan). Yg berperanan seperti 'akak' di depan mahkamah seperti kes Najib baru2 ini.
Kena ada 'Tagline' utk DS Anwar yg sesuai dgn kewibawaannya. Daripada media cover aktiviti jogging beliau adalah lebih baik video saban minggu DS Anwar bersama penduduk2 kampung. Politik Malaysia begitu dan disitulah seorang koruptor boleh dkt di hati org Melayu hingga dipanggil Bos.
PH, PKR atau DS Anwar sendiri mesti dilihat sebagai hero Melayu. Utk menjadi hero Melayu isu2 isu2 bola tanggung sensitiviti org Melayu, PH mesti ke depan. PH tidak perlu menjadi defensive atas nama kepelbagaian kaum.
Cuma yg sedihnya semuanya bergantung kpd Anwar. Patut pemimpin PH yg lain turut berperanan dgn lebih lagi. Malah jika Anwar diserang jika bukan dari parti komponen, PKR sendiri kena pertahankan bukannya Anwar sendiri terpaksa pertahankan dirinya sendiri. Bukan biarkan Presiden bersendirian dlm semua hal... dialah menyerang dialah juga kena pertahankan dirinya sendiri bila diserang.
Jgn bimbang jika PH atau PKR dan Amanah lebih membela nasib org Melayu. Ini kerana bangsa2 lain terutama bangsa Cina mereka faham game politik. Jika tidak takkan MCA boleh menang kerusi DUN selepas PRU14 walaupun org Cina tahu UMNO dilihat lebih perjuangkan kaum Melayu.
Byk lagi ingin saya sampaikan tetapi tektikal politik tak boleh la kita tulis semuanya di public. Ia lebih secara umum utk PH atau PKR bangkit semula. Insyallah selepas ini saya akn mengulas mengenai PKR bertanding sendirian. Tentang politik Sarawak 'no comment'... nanti mudah sgt post morterm dilakukan.
Apa yg saya tulis anda boleh bersetuju dan tidak bersetuju... peace.