PETALING JAYA: Kempen “#BenderaPutih” adalah inisiatif rakyat bagi membantu mereka yang sangat memerlukan bekalan makanan dan bantuan memandangkan krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang semakin buruk.
Kempen yang tular beberapa hari lalu di media sosial itu mengajak mereka yang bergelut dengan kewangan isi rumah untuk meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah mereka sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.
Senarai di bawah adalah tambahan terbaharu kepada bantuan yang pernah dilaporkan FMT sebelum ini:
1) Dapur Jalanan
Dibuka pada Ahad, 5.30 petang, mana-mana individu di Kuala Lumpur digalakkan mengambil sumbangan makanan di Jalan Panggung.
Dapur Jalanan juga mengalu-alukan sumbangan untuk menyokong inisiatif bantuan ini.
Hubungi mereka di Twitter: @DapurJalanan
2) Gladius Mobile Aid
Jika anda terputus bekalan makanan atau mengetahui ada pihak yang tidak cukup bekalan, sila hadir ke bank makanan dikendalikan Gladius Mobile di Nasi Kerabu Ma Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Kepada pihak berkenaan yang ingin menyalurkan bantuan membantu inisiatif mereka, sumbangan boleh didermakan di:
Gladius Agency 5141 6966 4408 (Maybank)
Hubungi: 012-6875209 (Fasha)
3) Pertubuhan Madinah Prihatin
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan ini menubuhkan bank makanan di Raub, Pahang. Sumbangan digalakkan demi membantu inisiatif bendera putih secara berterusan.
Hubungi: 019-6573445 (Ustaz Shahrizan) atau 011-16507469 (Fahmi)
Untuk keterangan lanjut, lawati laman Facebook: Pertubuhan Madinah Prihatin
4) Restoran Thai Mama
Restoran yang berada di Taman Paramount, Petaling Jaya, juga menyediakan bank makanan kepada individu yang tinggal berdekatan.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook: Thai Mama
5) Restoran Kin Thai
Restoran ini pula berada di OUG Park, Kuala Lumpur, menyediakan bank makanan di restoran mereka.
Kepada golongan memerlukan bekalan makanan, boleh hubungi di talian 012 956 3525.
Pihak restoran turut mengalu-alukan sumbangan berupa makanan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook: Kin Thai.