KAK IDA ABDULLAH
SEANDAINYA DAKU TIDAK BERPELUANG MENJADI SAKSI DS ANWAR IBRAHIM
DIANGKAT SEBAGAI PERDANA MENTERI, DAKU TELAH DIIZINKAN ALLAH UNTUK BERSAMANYA
DAN KELUARGANYA DALAM PERJUANGAN MENEGAK KEADILAN DAN KEBENARAN DI BUMI INI.
TERIMA KASIH YA ALLAH.
Malam Jumaat ni... 10 pertama Dzulhijjah pula....
Setelah lebih 20 tahun rumah saya tak dengar maki hamun kepada
si Tua celaka tu, dah mula dah mulut ni nak maki. Kita ni dah 22 tahun melebihi
usia sejak 1998, yang terbit dari bibir pun nak lah yang baik-baik saja tapi
usia panjang nya betul-betul menguji kita.
Anak saya yang bongsu dah 25 tahun usianya. Semasa heboh
diperkatakan mengenai CD China Doll, masa tu dia remaja lagi dan tak banyak
mengetahui tentang cerita itu. Setiap malam Jumaat saya ke Segambut ditemani
oleh Abangnya yang 5 tahun lebih tua darinya. Maka Abangnya lebih tahu
cerita-cerita keji rekaan musuh-musuh DSAI.
Abang memang sejak dari 1998 sewaktu usianya 7 tahun mengikuti
saya samada ke demo atau ceramah. Manakala kakak akan jaga adik di rumah.
Begitula keadaan rumah kami 20 tahun lalu sehingga saat PH memenangi PRU 2018.
Ingatkan dah menang boleh la relax, lagipun Segambut pun dah off limits dengan
tetamu-tetamu baru setiap minggu. Anak-anak pun masing-masing dah bekerja, ada
aktiviti masing-masing, takkan nak teman Mak lagi. Suami saya walau tak turut
serta kerana tugas dan sering keluar negara, TIDAK pernah dia menghalang saya.
Siap wakilkan dirinya kepada saya agar terus berada dalam perjuangan ini.
Sesekali ada aktiviti di rumah TPM dapatlah jumpa kawan-kawan
yang lain. Terubatlah rindu.
Teringat saya semasa CD video China Doll. Seperti biasa malam
Jumaat kami ke sana baca yasin dan solat hajat. Aktiviti malam Jumaat
dikembalikan semula apabila kes Sayfool direkacipta.
Semasa kami bersiap-siap untuk solat Maghrib, Kak Wan pun datang
untuk solat bersama Muslimat, kami pun bersalam-salaman. Kak Wan memeluk Kak
Jan dan menangis. Kali pertama saya melihat Kak Wan menangis. Sangat sayu waktu
itu. Saya yang berada sebelah Kak Jan jenuh dok control macho!
Apabila Kak Wan berdiri hampir dengan saya, saya pun berbisik
kepadanya, "Kak Wan, at this moment, berapa ramai tengah lakukan perkara
tak senonoh somewhere, is it being recorded?" Kak Wan memandang saya dan
berkata, "ah ya kan?" "Exactly, so Kak Wan jangan risau all these
rubbish just nak menguatkan fitnah mereka!" Saya tak pasti samada ia
melegakan hatinya. Saya faham perasaan seorang wanita.
Apabila fitnah mengatakan suaminya seorang peliwat, dia masih
kuat dan kental melawan tohmahan itu kerana dia tahu itu fitnah semata. Tapi
apabila dikaitkan dengan wanita, pasti akan terasa sedih. Orang perempuan ni
suami mereka perut boroi ke, tak dak gigi ka tetap sayang. Ini yang orang
lelaki tak faham. Tambah pula jika suami tu tak ringan tangan, susah macam mana
pun akan sanggup dia lalui. Kita semua menjadi saksi bagaimana Kak Wan yang
bertubuh kecil tetapi tersangat besar jiwanya membesar anak-anaknya sementara
suaminya dianiaya dan dipenjara atas tuduhan yang sangat keji dan yang sedihnya
ramai orang Melayu Islam mempercayainya. Kalaupun tak percaya mereka masih ada
perasaan syak yang memberat kepada percaya.
Kali kedua saya melihat Kak Wan menangis ialah ketika dalam
kamar perbicaraan kes Sayfool. Setelah sebulan tak silap saya, tak dapat
berjumpa, penyokong ke mahkamah. DS di bawa ikut laluan lain. Kami bergegas
pula lari dan menunggu DSAI. Dalam berasak-asak saya terlepas masuk ke dalam
bilik menunggu. Dalam bilik tu Kak Wan dan anak-anak sedang menunggu DSAI yang
dikawal ketat oleh pegawai penjara dan polis. Peguam beliau Puan Kamar Aniah
(maaf kalau sebut salah) juga ada, Dato Saifudin juga. Kak Ida sorang je
tersesat dalam bilik tu. Masa tu saya yang menangis ditenangkan oleh Iman anak
DSAI.
Macam mana tak sedih. DSAI duduk di sofa skype dengan Ehsan,
sofa dikelilingi pegawai penjara macamlah DSAI nak lari!
DSAI pula dok bagitau pegawai "anak saya ni, ehsan!"
Orang aniaya dia, dia masih layan orang dengan baik! Hati saya sangat marah dan
sedih dan menangis. Sedih melihat Kak Wan dan anak-anak langsung tidak
mengeluarkan airmata, mereka sembang macam DSAI dah bebas! Ya Allah jika
keluarga kita pastilah selepas sebulan tak berjumpa akan berpelukan menangis.
Kecekalan dan kesabaran mereka membuatkan saya menangis.
Selepas seminggu atau lebih macam tu, tak salah saya, DSAI
dibawa ke mahkamah. Saya duduk sebelah Kak Wan. Kali ini Kak Wan menangis. Kak
Wan putih melepak, hidungnya, matanya merah menyala. Kak Ida mengusap
belakangnya, sekali lagi jenuh saya menahan airmata. "Dulu Kak Wan tak
sedih sangat," katanya, "sebab dulu Kak Wan muda tapi lanie Kak Wan dah
tua. Sedih tak tau Kak Wan p dulu, suami Kak Wan ke dulu. Tak tau sempat jumpa
ke dak...." sambungnya sambil mengesat airmatanya. Kak Ida hanya mampu
mengusap belakangnya. Kalau aku cakap, pasti hujan turun dengan lebatnya!
Alhamdulillah Allah panjangkan usia mereka berdua.
Saya bukanlah terlalu rapat tahu semua mengenai keluarga DSAI,
TETAPI setiap minggu ke rumah DS, ke mahkamah, memberi sokongan, dapatlah saya
lihat bagaimana kekuatan dan kesatuan keluarga mereka. Apabila saya berkata
DSAI berperibadi baik dan lembut BUKAN lah saya sedang mereka-reka agar beliau
mendapat simpati sesiapa yang membaca. Seseorang jika dia berlakon watak yang
bukan dirinya mesti akan ada slip up. DS memang tak reti marah. Suara kuatnya
di pentas berapi, tapi ya Allah apabila bercakap, suaranya lemah lembut sukar
dipercaya. Anak-anak mereka juga sangat tertib dan sopan.
Pernah suatu ketika, saya tidak ingat apa kes. Seorang wartawan
dari Antara Pos telah berkunjung ke rumah DSAI dalam salah satu program
Segambut. Wartawan itu, seorang wanita muda ingin komen dari DSAI mengenai
suatu isu. DSAI enggan komen kerana tahu sajalah jika dari UMNO potensi putar
belit kenyataan DSAI tu memang ada. Dia ikut DSAI keliling, sampai DSAI cakap,
"saya nak makan ni. Saya tak nak komen. Kalau saya komen pun bukan awak
akan tulis, tak mau, tak mau!" Kami dah bangun, hish rasa nak tampar je
budak tu. DSAI berdiri dan redakan dengan tangannya memberi isyarat untuk
bertenang, "tak pa, tak pa ni UMNO ni... Tak pa, tak pa, relax."
Apabila DSAI enggan melayannya, dia dan camera man pun balik.
Apabila dia lalu dekat meja kami, Kak Siti bangun dan marah dia. Kak Siti
memang kuat suara dia. Kenalah sebiji budak tu. Ganggu DSAI nak makan pun tak
senang! Kalau pembesar Melayu lain mau kena halau dah! Wartawan, kalau dengan
pemimpin UMNO mereka sangat berhemah.
Kak Ida cerita ni hanya pengalaman sedikit saya mengenali
keluarga DSAI. Jadi apabila Atok celaka ni tak habis-habis nak reka cerita
memang mendidihlah hati saya. Saya berpendapat jika DSAI menyimpan rahsia Atok
jahanam ni bagitau sajalah supaya rakyat tahu betapa busuknya dia. Macam-macam
dia buat kepada DSAI entah apa dia tak puas hati sangat. Bagilah final smack
down.
DS pun dah berumur 73 tahun, si Tua tu dah dekat 100 tahun.
Rakyat dah letih. Biarlah kita lawan habis-habisan. Saya pun dah berusia 60
tahun. Ramai kawan-kawan reformis dah kembali ke rahmatullah TANPA melihat
hajat mereka, DSAI PM. Malaysia dah disialkan oleh Atok selama lebih 22 tahun
dengan fitnah jijik. Sebagai orang Islam kita semua tahu, Allah amat murka
kepada fitnah. Malaysia jadi begini pun sebab fitnah.
Fitnah kejinya BUKAN lah satu contoh yang baik kepada rakyat
khususnya orang muda. Apa contoh mereka dapat teladani selain dari menyubur
fitnah terhadap lawan jika ingin mencapai kemenangan? Apa contoh selain rasuah
dan penyelewengan untuk mendapat kekayaan. Cantas mencantas, rebut merebut
sehingga jawatan bukan lagi amanah TETAPI untuk bermewah-mewah. Adakah ini satu
budaya yang sihat.
Selama lebih 20 tahun inilah yang Mahasakatua semaikan ke dalam
minda rakyat. PM silih berganti semua mengguna formulanya demi mengekalkan
kuasa. Mereka akan tokok tambah lebih lagi demi pulangan lebih lumayan sesuai
dengan zaman dan nafsu kroni. Jika zaman SakaTua juta, zaman Najib bilion, zaman
Mahiaddin ratusan bilion. Rakyat juga sudah mula berfikiran lebih banyak
pendapatan itulah kejayaan. Hilang sudah nilai-nilai murni dalam memiliki
kekayaan sehingga gelaran doktor pun dibeli HANYA sebagai lesen untuk mencuri
dengan menyeleweng. Saudara, kawan rakan tidak lagi menjadi penghalang untuk
dijadikan mangsa. Sehingga rakyat nampak jalan-jalan kejahatan sajalah
jalan-jalan kejayaan!
Ya Allah apa akan terus berlaku jika siTua itu diberi lagi
kuasa? Ya Allah kepada Mu kami mengadu, hamba Mu itu sesungguhnya adalah
seburuk-buruk manusia untuk kami taati dan hormati. Kasihanilah kami. Sudah
puluhan tahun hamba Mu, Mahathir menyusahkan hidup kami dengan menentukan siapa
yang boleh memimpin kami.
Ya Allah di antara kami ada orang-orang yang baik, IZINKAN lah
mereka pula beroleh kuasa menggantikan mereka yang jahat, penegak kebatilan di
bumi Mu ini. Setelah puluhan tahun kami dipimpin oleh pemimpin jahat silih
berganti, kurniakan kami Ya Allah pemimpin yang baik, yang jujur, berakhlak dan
beriman pula memimpin kami.
Sungguh sayu hati ini mengenangkan mungkin saya juga menyusuli
kawan-kawan tanpa hajat saya kesampaian untuk melihat DS Anwar Ibrahim dinobat
sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sedih hati ini apabila ia sekadar mimpi tidak
menjadi realiti dipimpin oleh DSAI, membawa Malaysia melangkah dengan lebih
gagah, lebih berdaya saing, rakyat hidup dengan harmoni berkasih sayang tiada
benci. Bersatu padu bersama seiring hormat menghormati kerana saya yakin dengan
kemampuan DS Anwar Ibrahim dapat mengangkat kembali mertabat negara. Saya yakin
setelah hidup dalam kucar kacir lebih 2 dekad, rakyat mampu hidup sejahtera
dibawah kepimpinan DS Anwar. Anak bongsu saya terkilan kerana suasana yang saya
ceritakan pernah saya lalui ditahun-tahun sebelum Sakatua memimpin negara tidak
pernah dilalui dan kemungkinan tidak akan dirasai andaikata DS Anwar terus
dinafi dan dihalang memimpin negara ini.
Rakyat Malaysia pelbagai bangsa tidak dapat menterjemahkan
kecintaan kepada negara kerana dirosakkan oleh ahli politik keji yang rakus dan
gelojoh merampas apa yang ada. Jika negara ini ditadbir dengan baik, telus dan
adil PASTINYA rakyat dapat hidup dalam sejahtera. Sekarang rakyat hanya mampu
melihat negara lain dipelihara, sedangkan negara kita dimusnah dengan rakus
tanpa rasa bersalah. Kuasa yang mereka perolehi dari rakyat tiba-tiba memberi
mereka kekebalan melakukan apa saja tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
Apabila hilang keindahan dinegara sendiri, mereka dengan mudah
dan bangga bercuti ke luar negara. Mengirim gambar melalui maya keindahan
negara orang yang mempunyai pemimpin cintakan negara. Sedangkan mereka sebagai
pemimpin dengan tiada rasa malu atau takut menceroboh dan merosak hutan
belantara, memotong bukit, mencemar sungai di negara tumpah darah mereka. Ya Allah
sungguh kejam pemimpin-pemimpin negara ini.
Jika doa menurunkan bala hanya kepada mereka tanpa negara dan
rakyat ditimpa sama, pasti ku angkat tangan dan berdoa. Namun ku tahu apabila
bala menimpa yang tidak berdosa mungkin terkait juga. Jika benci itu tidak
berdosa, maka Mahathir adalah manusia yang ingin ku longgokkan kesemua
kebencian.
Jika berdoa kemusnahannya dibolehkan pasti ku tadah tangan dan
meminta. Namun daku beriman dengan peringatan Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
dan Maha Pengampun, BAHAWA buruk atau baik yang dilakukan seseorang manusia
adalah untuk diri sendiri bukan kepada orang lain. Maka ku yakin BUKANLAH Anwar
yang dianiaya Mahathir tapi dirinya. BUKANLAH imej Anwar yang tercela tetapi
imej Mahathir yang dihina. Dan ku yakin dengan janji Mu bahawa apabila Dikau
memulia tiada siapa dapat menghina, apabila Dikau menghina tiada siapa dapat
memulia.
Daku memohon ampun kerana apbila ku hilang kesabaran terpantul
juga makian dari bibir ku ini mencelakannya. Sungguh tidak dapat menerima kekejamannya
yang tidak tiada akhirnya. Bolehkah manusia sebegitu kejam? Ya Allah hanyasa
daku berdoa Dikau angkatlah darjat DS Anwar, Kak Wan dan keluarga setiap kali
cubaan hamba-hamba Mu yang jahat mengaibkan mereka. Pulangkan semua keaiban
kepada pemfitnah dan penyokong mereka. Timbulkan rasa tidak percaya dan benci
kepada fitnah dalam hati rakyat Malaysia. Ya Allah gagalkan rencana jahat
mereka. Kurniakan kejayaan kepada rakyat dengan mengizinkan hamba Mu Anwar
Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Laa Haula Wa laa quwwata ila billahil
'aliyil adzim. Amiin
Nota: Saya mohon maaf sekiranya cerita saya ini tidak disenangi
oleh keluarga DS. Saya sekadar mencerita pengalaman saya yang sangat dekat
dihati saya yang menjadi inspirasi kepada saya dan keluarga untuk terus memberi
sokongan kepada DS, Kak Wan sekeluarga. Dengan keadaan sekarang yang entah bila
dapat bersua semula, saya memohon maaf jika ada salah dan silap dan halalkan
makan minum saya semasa menikmati hidangan penuh keberkatan di rumah Segambut
setiap malam Jumaat. Ukhuwah para sahabat saya hargai.
Ikhlas Dari
- kakIDAabd -