***********************
24 Nov 2020
Mengadap sembah penyerahan Memorandum Rakyat Ke bawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri
ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in
Billah.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Ampun Tuanku,
Dengan segala hormat dan takzimnya patik bersama gabungan NGO di
bawah nama Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat merafak sembah dan berdoa agar
Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam afiah dan rahmah dari Allah
swt senantiasa hingga ke akhirat.
Ampun Tuanku,
*Memohon sembah penyerahan Memorandum Rakyat ke bawah Duli
Tuanku.*
Patik dengan penuh takzim ingin merafakkan sembah mengenai
Memorandum Rakyat yang ditandatangani oleh beberapa NGO dan rakyat jelata.
Ampun Tuanku,
Patik menyertakan beberapa salinan sokongan dari beberapa NGO
dan rakyat jelata demi menyanjung tinggi Kedaulatan Raja-Raja Berpelembagaan.
Ampun Tuanku,
Semoga dengan Memorandum Rakyat ini dapat kiranya Tuanku
mencemar Duli untuk mempertimbangkannya bagi menjamin Sistem Demokrasi
Berpalimen terus dihargai dan dihormati oleh semua.
Mudah-mudahan Allah memberkati usia dan amalan Seri Paduka
Baginda Yang di Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku.
Amin ya Rabbal Alamin.
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya,
Mustapa Mansor Bin Amer Mohd Isa.
*********************
MEMORANDUM RAKYAT KEPADA ISTANA NEGARA & PARLIMEN MALAYSIA
**********************
1. Menyampaikan tuntutan rakyat agar Kerajaan Perikatan Nasional
menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara dengan mendahulukan Perlembagaan di
atas segala undang-undang.
2. Mengembalikan mandat rakyat yang dirampas pada bulan Februari
2020 melalui langkah Sheraton yang jelas sekali bertentangan dengan amalan
demokrasi berparlimen.
3. Memohon perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong mencemar Duli untuk bertemu dengan ketua-ketua
parti politik yang bersama dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah pihak
Yang Dipertuan Agong menerima mengadap pada 13 Okt 2020 lalu. Seluruh rakyat
mengetahuinya melalui kenyataan media yang disiarkan pada 14 Okt 2020.
4. Menegaskan peri pentingnya pentadbiran istana dilindungi dan
dipelihara sewajarnya supaya tidak menimbulkan tanggapan negatif bahawa
kakitangan istana telah didalangi oleh individu-individu yang diarah untuk
menjaga kehendak dan kepentingan kerajaan Perikatan Nasional.
5. Menyatakan rasa amat terkejut dengan beberapa kenyataan dari
pihak Kerajaan Perikatan Nasional sendiri yang secara terbuka menolak keputusan
Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu menolak
dilaksanakan darurat.
6. Menyampaikan tuntutan rakyat agar tindakan sewajarnya diambil
terhadap beberapa Yang Berhormat Ahli Parlimen serta Speaker Parlimen kerana
berperilaku secara tidak beradab dan membelakangkan tatacara mesyuarat Sidang
Dewan Rakyat di Parlimen.
7. Menyarankan agar perlantikan Speaker Dewan Rakyat dan Speaker
Dewan Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agung sendiri . Ini adalah untuk
mengelakkan bias (berat sebelah) apabila kedua-dua lantikan itu dibuat oleh
parti politik.
Semoga Memorandum Rakyat ini diamati dan diambil tindakan segera
demi mengelakkan tercetusnya kemarahan rakyat yang mungkin tidak terkawal.
Semoga Memorandum Rakyat ini diamati dan diambil tindakan segera
demi mengelakkan tercetusnya kemarahan rakyat yang mungkin tidak terkawal.
Ditandatangani oleh:
100 NGO yang bergabung dalam Gabungan Bertindak Memorandum
Rakyat.
Mustapa Mansor.
Ketua Kordinator
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.
***************
Terjemahan:
****************
MEMORANDUM RAKYAT TO ISTANA NEGARA & PARLIAMENT OF MALAYSIA
MEMORANDUM RAKYAT TO ISTANA NEGARA & PARLIAMENT OF MALAYSIA
Conveying rakyat's demand that the Perikatan Nasional Government
respect the principles of Rukun Negara by putting the Constitution above all
laws.
2.Returning the mandate of the rakyat which was wrested in
February 2020 through the Sheraton manoeuvre that was obviously against the
practice of parliamentary democracy.
3. Seeking an audience with his Majesty the Yang Di-Pertuan
Agong of leaders of political parties who stand together with YB Datuk Seri
Anwar Ibrahim who were already granted audience on Oct 13, 2020. The rakyat is
well aware of this through the media release on Oct 14, 2020
4. Stressing the importance that palace administration is
protected accordingly so that no negative peceptions will arise that they have
been manipulated by interest groups of the Perikatan Nasional government
5. Expressing shock over statements made by the Perikatan
Nasional government, openly rejecting the decision of his Majesty the Yang
Di-Pertuan Agong and the Conference of Rulers in rejecting their submission to
instate state of emergency in the nation
6. Conveying rakyat's demand that action be taken accordingly on
those YB Members of Parliament and the Speaker of Dewan Negara for their
unbecoming behaviour and their ignoring of the Dewan procedures during
Parliamentary sitting
7. Proposing that the appointments of Speakers of Dewan Rakyat
and Dewan Negara be appointed by his Majesty, the Agong. This is to avoid
political biases by the Speakers in conducting the sessions of Parliament
We seriously urge that this Memoradum Rakyat be given utmost
attention and considerations, and the proper actions be undertaken urgently so
as to avoid untoward reactions by the frustrated and wrathful rakyat
Signed by:
100 NGO affiliated to the Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.
Mustapa Mansor.
Head of Co-ordinator
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.
*********************
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia.
**********************
NGO yg mengesahkan & menyokong Memorandum tersebut :
1. Masssa
2. MEMO
3. Otai Reformis 1998.
4. GMPN ( veteran tentera).
5. Wadah
6. Suara prihatin Rakyat M'sia
7. Pertubuhan Pelancungan Muslim Perak
8.Jaringan Maufakat Ngos Islam Perak
9. Pertubuhan Jalinan Amal Rakyat Taiping.
10. Pertubuhan Komuniti Sejahtera Aman Perak. 11.Persatuan
Integrasi Kebajikan Kinta Perak
12. Pertubuhan Harapan Sejahtera Larut Matang dan Selama Perak.
13.Pertubuhan Jalinan Mesra Rakyat Larut 14. RAPAT
15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT SIPITANG
16. Sekretariat Muafakat
17. Pertubuhan Suara
Rakyat Sipitang
18 Persatuan Menyumpit Murut Dayak Sabah
19. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH
20. Persatuan Penduduk Kg. Buang Sayang
21. Pertubuhan Peneraju dan Pemerkasaan Wanita Sabah
21. Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS)
22. Pertubuhan Sinar Qaseh Labuan
23. Persatuan Anak Sabah di Perantauan
24. Persatuan Penduduk Asli Sabah (Pepas)
25. PERSATUAN KEBAJIKAN & KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA .
26.Persatuan Insan Prihatin Sabah.
27. Persatuan Prihatin Kuala Lumpur
28. MJMM
29. GRVATM
30.Pertubuhan sukarelawan komuniti harapan malaysia.(Harap
Malaysia)
31. Persatuan kebajikan orang orang miskin semalaysia
( Kami masih membuka peluang kepada semua NGO dan rakyat
Malaysia untuk bersama menyokong Memorandum ini).
Melalui manual:
Tel/wa: 0183586506
atau 0183115042
Atau secara online:
Can you spare a minute to help Mustapa Mansor Amer Mohd Isa?
Dari : Mustapa Mansor
Kordinator
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia.
Sekretariat: A-13-3A, 3 Elements, Persiaran Putra Permai Selesa,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan.
Selangor.