HASHTAG #KERAJAANGAGAL DENGAN CIAPAN LEBIH 150 RIBU BUKTI NYATA RAKYAT TAK PUAS HATI DENGAN PN

 Betul ke sedang viral hashtag #KerajaanGagal digunakan secara meluas di media sosial sejak beberapa hari lalu?.

Hashtag #kerajaangagal malah dikatakan antara hashtag paling popular digunakan rakyat Malaysia ketika ini.

Beberapa media dalam talian (online) melaporkan hashtag tersebut pernah mencecah naik sehingga angka 150 ribu.

Sekali gus meletakkannya sebagai hashtag nombor satu di Malaysia yang paling banyak digunakan oleh pengguna Twitter.

Tiba-tiba badan kajian Merdeka Center kelmarin mengumumkan dapatan tinjauannya mendapati majoriti rakyat sokong kerajaan PN.

Kajian yang cuma melibatkan 2,111 responden itu dilakukan melalui panggilan talian tetap dan telefon bimbit.

Ironi mereka tiba-tiba telefon anda dan tanya anda sokong kerajaan atau tidak?

Walau apa pun hasil kajian sana sini dikemukakan, realitinya hashtag #kerajaangagal sedang berleluasa di maya.

Saya fikir ini satu lagi manifestasi rasa tidak puas hati masyarakat Malaysia terhadap pentadbiran kerajaan PN.

Ordinan Darurat menggantung sistem demokrasi negara dengan alasan membendung Covid-19, namun pandemik terus meningkat.

.

Rakyat marhain kerap dipersalahkan diatas kenaikan kes Covid-19 dan dikompaun, tetapi kluster kayangan bermaharajalela melakukan pelanggaran SOP.

Keadaan ekonomi negara selalu diilustrasikan sebagai memberangsangkan dan stabil dalam kebanyakan ‘perutusan’ kerajaan.

Tetapi realitinya rakyat sedang berdepan tekanan ekonomi yang maha dasyat sehinggakan kenaikan harga ayam pun gagal ditangani.

Jangan tuduh hashtag #kerajaangagal yang sedang tular dalam kalangan rakyat itu mainan propaganda UMNO.

Mustahil UMNO mampu menyediakan ribuan tentera siber untuk tujuan tersebut dengan sumber kewangannya disekat.

UMNO tiada peruntukan sebanyak itu atau sekurang-kurangnya RM40.5 juta untuk menyediakan pasukan siber sebesar itu.

Saya fikir hashtag #kerajaangagal ‘organik’ oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PN menguruskan negara.

Kemarahan rakyat ini wajar dibendung dengan mengembalikan amalan sistem demokrasi Malaysia.

Benarkan Parlimen kembali bersidang kerana di situ tempat mencapai kaedah terbaik untuk menyelamatkan negara sebelum terlambat.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.