MASA JADI PEMBANGKANG, MEDIA PKR KUAT WALAU HANYA AKHBAR... BILA JADI KERAJAAN... KONONNYA DAH SUPPORT TV BAGAI.. KIRA MEDIA PROBONO NI TAK PAKAI.. UPAH YANG BERBAYAR... SO LA NI SEDAR MEDIA DAH KALAH DAH. SEBAB APA.? SEBAB LETAK ORANG YANG BUKAN BIDANG.. KUASAI MEDIA.

 

Ariff Kadir



HAA NAMPAK...





Baru malam tadi ana up pasal screen recording komen² AI 50sen. Tak sampai 18 jam PMX dah sebut. Komen² AI tu fungsi dia ialah nak tenggelamkan komen² 'sampah & maki hamun' tu sebenarnya. 


Tapi apabila komen² itu fake, daripada akaun fake & tidak ditulis dari fikiran sendiri, ia takkan membuahkan hasil yg baik. Bubuh laa komen AI sampai beratus pun. Kerah laa pegawai utk masuk utk Like, Komen, Share pun. Semuanya tak ubah seperti menipu diri sendiri yg akhirnya rebah tertomoih. Yang benar² berbakat, ditendang keluar. 


Apabila kita propose ambik bakat² cytro yg memang 24 jam online, allocate bajet utk mereka. Apa dinosaur buat? Mereka sibuk panggil geng parti utk buat kursus sana sini.  Sekali berkursus, kenyang sampai ke malam sebab 2 jam kursus, makan. 2 jam kursus, minum berbihun bagai.


Masa ana ke Jerantut bulan lepas, tuan rumah homestay yg kami stay tu pun boleh percaya fitnah BUDI95 tu adalah kencing sebab harga di pam masih mahal. Kenapa? Sebab masyarakat amat jarang dapat maklumat dari TV1, TV3. Mereka dapat dari media sosial. Dan kita dah kalah di media sosial sebab segalanya nak free & probono. 


Dan apabila kami nak perkuatkan jentera media sosial, datang la dinosaur-dinosaur yg memang tak berbakat langsung dalam media sosial ni utk jadi kacang hantu.


Lantak wokme laa nak makan penggal ni aje. Serangan luar & dalam ni makin kuat. Pertahanan dalaman cuma komen AI 50sen. Ingat, resipi sepenggal dah cukup lengkap ramuannya ni. Buatlah sesuatu sementara masih berbaki masa.


Ariff Kadir Al-Katami

Mantan Lajnah Strategi Sosmed Yg Tak Sambung Kontrak Sehari Selepas Dapat Email Sambung Kontrak.




No comments: