Belanjawan 2027: Abdul Hadi Tak Datang, PM Anwar Tetap Bantu Rakyat Marang

 

IMG_7700

Pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober 2026 tidak dihadiri Abdul Hadi walhal nama parlimen Marang disebut dalam pembentangan belanjawan untuk rakyat Marang. Foto PMO

KATA ANDA, 12 Okt – Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu, satu perkara menarik perhatian apabila nama Parlimen Marang turut disebut dalam pembentangan kira-kira dua jam itu.

Ironinya, ketika Anwar berbicara perihal pembangunan pendidikan di Marang, ahli parlimen kawasan itu sendiri, Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak hadir pada sesi berkenaan hingga menjadi buah mulut warganet yang terpinga-pinga ke manakah Presiden Pas itu berada sebenarnya.

Secara strategik sebenarnya, kerusi bekas Adun Ru Rendang itu berada di barisan hadapan blok pembangkang yang dilihat kosong sepanjang pembentangan Belanjawan 2027, turut menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial.

Walaupun Marang merupakan kawasan Parlimen Presiden Pas, namun kerajaan pimpinan Anwar tetap memberikan perhatian kepada pembangunan pendidikan di kawasan berkenaan.

Apa yang menarik, dalam ucapan pembentangan belanjawan kali kelima itu, Anwar memaklumkan bahawa sebuah kolej matrikulasi baharu sedang dibina di Marang, Terengganu.

Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh kemudahan pendidikan negara dan membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda.

Maknanya, walaupun Marang merupakan kawasan Parlimen Presiden Pas, namun kerajaan pimpinan Anwar tetap memberikan perhatian kepada pembangunan pendidikan di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong, Marang pada 13 April 2026. Foto PMO

Di sinilah timbulnya persoalan politik yang cukup menarik.

Ketika Perdana Menteri menyebut pembangunan di kawasan Parlimennya, wakil rakyat kawasan tersebut pula tidak kelihatan di Dewan Rakyat.

Bukankah pembentangan Belanjawan antara acara penting untuk seseorang Ahli Parlimen mengikuti sendiri perancangan dan peruntukan kerajaan, khususnya yang melibatkan kawasan masing-masing?

Sudah tentu, ketidakhadiran Abdul Hadi tidak semestinya bermaksud beliau tidak mengambil berat tentang pembangunan Marang. Sebab ketidakhadirannya juga belum dijelaskan dalam laporan berkenaan, namun difahamkan kuliah mingguannya tetap disampaikan pada hari sama pembentangan belanjawan diumumkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong, Marang pada 13 April 2026. Foto PMO

Namun dari sudut persepsi politik, situasi ini tetap mengundang persoalan.

Anwar yang sering menjadi sasaran kritikan Pas masih meneruskan projek pembangunan untuk rakyat di kawasan yang diwakili presiden parti itu.

Kerajaan Persekutuan langsung tidak membezakan rakyat berdasarkan parti yang mereka sokong, dan pembangunan di Marang merupakan contoh bagaimana keperluan rakyat perlu diutamakan mengatasi perbezaan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong, Marang pada 13 April 2026. Foto PMO

Lebih-lebih lagi apabila pembangunan tersebut melibatkan pendidikan anak muda yang bakal menjadi pelapis negara.

Menurut laporan sama, Abdul Hadi dijangka hadir ketika sesi perbahasan Belanjawan 2027 nanti.

Mudah cerita, ketika Anwar menyebut projek kolej matrikulasi baharu di Marang, kerusi Ahli Parlimen Marang pula dilaporkan kosong.

Poster kuliah Jumaat Abdul Hadi pada hari sama pembentangan Belanjawan 2027 disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat Marang tetap mendapat perhatian kerajaan. Cuma kali ini, yang menjadi persoalan bukan projek pembangunannya, tetapi kehadiran wakil rakyat mereka sendiri.




No comments: