DIA NAK CONG ORANG KEDAH..TAPI BUKAN ORANG PENANG


 Panas! Pemuda ini dedah ada 2 cctv rakam kelibat MB Kedah test drive kereta di Juru AutoCity


Pemuda ini dedah ada 2 cctv rakam kelibat MB Kedah test drive kereta di Juru AutoCity


Menurut Set Pol MB kedah,

” MB singgah di Juru sebab nak beli makanan sebelum masuk highway. RnR tutup. Beli siap-siap bekal untuk makan dalam perjalanan. Kebetulan kedai tempat beli makanan di Juru tu dekat dengan show room kereta Ford. ”

Saya semak google street view, ada tiga restoran berdekatan dengan jarak berikut ke showroom Ford:

1. Coffee Bean ( kedai kopi, kek, pastris) -50 meter
2. Hagen Daz ( kedai aiskrim) – 136 meter
3. Pelita. ( restoran mamak) 142 meter

Saya berpendapat, melainkan dinafikan, MB membeli makanan di Restoran Pelita. Takkanlah nak lapik perut perjalanan berjam-jam ke KL cuma makan ais krim atau kopi ye dak?

Jarak restoran pelita lebih kurang 142 meter dari bilik pameran Ford tersebut mengikut google earth.

Nak tanya set pol MB Kedah, 142 meter tu dekat ka? Kena seberang jalan besar lagi tu. 🤭 Kalau dekat kedai sebelah tu jenguk boleh la terima lagi.

Mengenai dakwaan tukang post beliau tidak takut kerana yakin ada cctv yang merakamkan kejadian, saya check juga di bangunan terbabit.

Ada dua kelibat CCTV menghala ke depan yang berkemungkinan merakamkan apa yang berlaku semalam. Satu di lot Ford, satu lagi di lot Harley Davidson.

Harap CCTV tu HD dan ada audio juga. Kalau tak susah, nanti tak dapat cam dan kes terus tutup pula. 🤭