HAPUSKAN HAK

 


LIYANA MARZUKI








HAPUSKAN HAK

Baru ini, ada orang tanya saya. Dia kata dia dah menyampah dengan satu parti tu. Sebab punya banyak pemimpin haprak dalamnya. Tapi dia tetap undi mereka juga, dulu, kini dan selamanya.

Sebab bila nak undi parti lain, dia takut parti lain akan hapuskan hak dia sebagai Melayu dan kuasa Raja Melayu pasti terhakis. Mereka juga boleh tukar agama rasmi dan bahasa Kebangsaan kita.

Ini propaganda berabad lamanya yang kita dengar.

Tuan/ Puan, untuk buang hak bumiputera, tukar Bahasa Kebangsaan dan agama rasmi Persekutuan, serta hapuskan sistem beraja, ini proses pindaannya yang termaktub dalam Perlembagaan:

i. Kena dibaca dan dibahas 3 kali dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, DAN

ii Perlu dapat 2/3 undi daripada Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara; DAN

iii. Perlu rujuk Majlis Raja-Raja Melayu (MRR); DAN

iv. Kesemua 9 Raja-Raja Melayu kena bersetuju.

Selepas selesai keempat2 proses di atas baru bolehlah dibuat semua pindaan itu.

Punya payah prosesnya. Dan untuk MRR lenyapkan hak bumiputera, buang Islam dan hapuskan kuasa mereka sendiri? Dah level utterly impossible, bukan?

Ini menunjukkan Perlembagaan tu dah cukup kuat untuk melindungi hak rakyat majoriti. Jangan la takut lagi.

Sama saja kalau ada parti yang gebang pada pengundi bukan Melayu. Kononnya2 bila dia naik memerintah dia akan tukar Perlembagaan untuk Malaysia jadi negara Republik. Katakan balik pada mereka: BS semua itu!

Hak2 ini cukup kuat terjaga di bawah Perlembagaan. Cuma politikus dangkal sahaja yang tak tahu.

Makanya, jangan lah lagi kita jadi “tipah tertipu”. Propaganda2 ini hanya menguntungkan parti tertentu.

#debunkpropaganda #mainbaikkitasokong #manasalahkitabantah