MAT KILAU, MAT INDERA DAN MAT SABU.
(Kecelaruan masyarakat kenal identiti)
Sejak ramai bani Melayu terpana menonton filem Mat Kilau
ni..Tiba tiba saja watak seperti Mat Kilau jadi Hero.. Tiba tiba orang Melayu
cukup benci dengan Bristish..
Sedangkan dulu Mat Kilau, Tokku Paloh, Tok Jangggut ni dikatakan
sebagai Pemberontak oleh British dan dalam buku Sejarah kita.. Malah Tok
Janggut diisytiharkan oleh Sultan kelantan sebagai Penderhaka dari hasutan
pembesar British..sama lah mcm kisah Mat Indera..
Dulu ingat lagi..Sebab iktiraf Mat Indera sebagai pejuang
Kemerdekaan.. Mat Sabu sampai kena dakwa..Ucapan Mat Sabu tu sempena hari
kemerdekaan..Mat Sabu sampai kena tangkap Polis..Siap kena hina hari hari di
media media Perdana, Bukan takat tu jer.. Siap Mat Sabu berulang alik ke
Mahkamah semata mata bercakap benar tentang Sejarah....
Apa Dosa Mat Indera ? Sebab dikaitkan dengan serangan Balai
Polis Bukit Kepong.. lepas tu cuba kaitkan Mat Indera dengan Komunis.. Masa tu,
Seolah olah.. Askar dan Polis British tu lah Hero bani Melayu..Bani Melayu yang
kerja jadi Gurkha British semua jadi Hero..
Kalau Ikut Mat Kilau dan Mat Indera.. Mat Indera Lebih Alim..
Mat Indera ni Guru Agama, Bukan takat Guru Agama..Tapi Hafiz Quran.. anak guru
kepada Ayah Mahiaddin yasin tokoh Agama masa tu..Dia pun terpaksa lari ke Hutan
sama seperti Mat Kilau.. Tu sebab dia terpaksa bekerjasama dengan Komunis lawan
British..
Akhirnya Mat Indera ditangkap dan dihukum Gantung di Taiping..
macam mana Mat Indera kena tangkap ? Sebab kena khianat dengan kawan sendiri
jugak..kawan sama Melayu..Bukan Komunis..
Bila Mat Kilau Jerit Allahuakhbar.. Bunuh Askar British, Kita
pun pakat Bersemangat, Bila Mat Indera Bunuh askar British.. Dikata pro
Komunis.. Tu belum sentuh Chin Peng hat bunuh Henry Gurney.. British Henry
Gurney bukan Penjajah ?
Di Pulau Pinang siap abadikan nama Henry Gurney kat Jalan.. Kat
Sekolah, siap ada Gurney Drive.. dok bangga dengan Gurney tu hangpa tau sapa
Henry Gurney..?
Dia lah artkitek Penubuhan Negara Zionis Israel sebelum datang
ke Tanah Melayu.. Dia bertanggung jawab membawa pendatang Yahudi dan menduduki
Tanah Palestine.. Peristiwa pembunuhan beramai ramai di perkampungan Dier
Yassin, Kerja dia lah..
Tapi sebab yang Bunuh Henry Gurney tu Chin Peng..Nampak buruk
lah.. Cuba Chin Peng tu Melayu.. lain jalan cerita dia.. Henry Gurney dibuat
Tugu Peringatan..Chin Peng , Abu mayat dia pun tak boleh bawa balik.. Punya
takut dengan bayang bayang..
Patutnya kita bangga lah Chin Peng Bunuh arkitek yang Siksa
Rakyat Palestine sampai hari ini.. besar jugak jasa dia..Tu sebab ada kata kata
dari Winston Churchill, Bekas PM Britain sendiri... Sejarah ni Ditulis oleh
orang yang Menang..“Sejarah ditulis oleh pemenang”, Orang yg Kalah.. Sentiasa
jadi orang Yang Salah..
Macam cerita Sarjan Hassan, Ye lah..Sarjan Hassan tu Jadi Hero..
Yang Bersama Jepun jadi Jahat..Sedangkan Sarjan Hassan kerjasama dengan
British..
Apapun penceritaan Sejarah, Samada yang bekerja dengan Bristih..
Yang Kerja dengan Jepun.. ada watak Pengkhianat kalangan Bani Melayu.. Kadang
kadang yang Khianat tu datang dari pembesar sendiri..Sejarahnya Dari watak
bertengkolok atau Bertanjak dan Pandai berpura pura baik.. hatta masa nak
Merdeka..ada kayangan yang tak setuju.. sebab sedap makan ufti dari British..
..Rupanya Watak Khianat itu masih wujud dalam Politik Melayu
hari ini.. Ada Kayangan, Ada Bangsawan hatta ada Ulama' ..malah ada Mufti yang
bawa watak Khianat hari ini dalam perjuangan Rakyat Membebaskan negara dari
Penindasan dan Politik Ashabiyah..
Tak payah bersemangat sangat lah bertanjak.. bertengkolok.. Tu
bukan pakaian Pejuang, Silap silap tersilap pakai costume pengkhianat..!
Ipohmali