ANTARA YANG BAGI KOMEN TAK CERDIK

 



Aku tak pastilah siapa empunya akaun Facebook ni. Yang aku pasti, dia salah faham dan salah fahamnya itu agak kritikal. Kalau sakit ni, doktor dah suruh kita panggil kaum keluarga datang ni.


Tak ada pun istilah tiada PADU tiada subsidi. Subsidi tetap akan diberi tapi senarai penerima berdasarkan apa matlamat yang kerajaan ada. Dan itu mungkin akan buatkan namanya keciciran.


Contoh dulu gaji besar tapi sekarang dah tukar kerja, gaji dah kurang tapi tak update. Bila dia tak register PADU dan tak verify info, mungkin dia disenaraikan sebagai tak layak terima subsidi.


Dia nak samakan PADU dengan MySejahtera tu dah kenapa? Dan persoalan paling besar, yang dia takut sangat nak register PADU ni kenapa? Cuma yang tipu pendapatan je yang patut takut dengan PADU.


Paling kelakar, dia letak diri sebagai orang teraniaya. Eh dekat mana teraniayanya tu? Sebenarnya PADU ni la yang boleh selamatkan rakyat Malaysia daripada teraniaya. Teraniaya macam mana?


Selama ni subsidi kerajaan digunakan bukan sahaja oleh rakyat tempatan, bahkan warga asing. Malahan orang yang super kaya, yang banyak harta, dua tiga biji rumah dan kereta mewah, pun dapat subsidi.


Kesan daripada tu, perbelanjaan kerajaan jadi besar. Oleh sebab itu belanja untuk pendidikan, kesihatan dan pembangunan tak dapat dimaksimakan kerana kerajaan kena sediakan duit untuk subsidi.


Jadi rakyat tak dapat sepenuhnya apa yang rakyat patut dapat disebabkan subsidi dilenjan orang pihak yang tidak layak. Itu baru penganiayaan. Hak kamu sebagai rakyat disapu oleh orang lain.


Dengan adanya PADU, baru kerajaan dapat pastikan yang hanya rakyat, yang layak, yang terima subsidi. Jadi duit lebih subsidi tu boleh dibelanjakan ke arah lain seperti pendidikan percuma, contohnya.


Kesianlah tengok bila usaha kerajaan nak kembalikan hak rakyat dia anggap penganiayaan. Aku bukannya kesian kat kerajaan tapi kesian kat dia. Sebab minda dah dikorup oleh ahli politik jahat.


Sejujurnya, aku tak rasa aku akan dapat subsidi lepas perlaksanaan subsidi bersasar ni. Tapi aku tak bantah perlaksanaan subsidi bersasar sebab aku mahukan masa depan negara yang lebih cemerlang. Aku perlu utamakan masa depan anak-anak aku. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


P/S: Poster dia lawa wooo...


.