HOI HOI YAHOI....

 






SPRM bekukan pelbagai akaun parti PPBM kerana siasatan cuci wang haram. Ini dalam undang2, kita panggil kes AMLA. 


Kalau SPRM dah bekukan akaun bawah AMLA, ada lah dakwaan wang yang dalam akaun tu “Wang Haram”. 


Wang haram ni, kalau dalam kes parti politik datang majoritinya dari komisyen rasuah projek Kerajaan atau wang underground (contoh tauke judi haram). 


Siasatan sudah bermula, SPRM akan tentukan. Dikhabarkan dakwaan wang haram sampai RM300juta. Kita tengok saja nanti. 


Geng PN dah kata ini fitnah, mereka tak salah. Ini semua pendakwaan terpilih kata mereka. 


Saya bukan apa. Bila tang politik, kita kena selalu skeptikal. Banyak juga tanda2 yang ada:


1. Betapa mewah kempen PRU PN tahun lalu. Bendera dan di media sosial. 

2. Betapa banyak wang yang diSEDEKAH kepada pengundi. 

3. Dalam pada kita diserang pandemik dan ekonomi merudum, akaun parti tahun 2021 ada RM140juta. Siapa la gamaknya pendermanya?


Ingat dulu, rakyat angkat bendera putih masa pandemik. Jenuh rakyat kempen #kitajagakita. 


Rupanya, masa tu, parti Kerajaan dapat “sedekah” beratus juta. 


Apalah nasib Malaysia? Pusing2 macam tu juga. 


#hoiyahoi


~LM~