PELANCARAN “AYUH MALAYSIA” UNTUK MENARIK SOKONGAN PENGUNDI ATAS PAGAR




Setelah mengambil kira keputusan Pilihanraya Negeri Johor dan pandangan pelbagai pihak, saya dan sahabat-sahabat lain di dalam KEADILAN membuat keputusan untuk terus melancarkan satu kempen rakyat ke arah menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.

Kempen yang bertemakan Ayuh Malaysia mempunyai matlamat berikut:

1. Mengajak sukarelawan dari kalangan rakyat yang mahu meneruskan momentum perubahan untuk turut serta mendekati pengundi-pengundi atas pagar dengan memainkan peranan di dalam kempen digital, menjadi Ejen Kira Undi (PACA) dan sukarelawan pilihanraya

2. Memberi nafas baru kepada kempen KEADILAN dan PH dengan penekanan khusus kepada pengundi atas pagar di kerusi-kerusi marginal yang berhadapan tentangan sengit

3. Mempengaruhi diskusi dan kempen politik agar lebih berfokus ke arah mencari penyelesaian kepada masalah-masalah utama masyarakat melalui percambahan idea dasar dan pelan pelaksanaan

4. Menampilkan tokoh yang lebih muda dari kalangan pimpinan KEADILAN untuk menjuarai platform dasar yang berfokus kepada penyelesaian masalah

Platform Ayuh Malaysia ini bukan inisiatif khusus KEADILAN, tetapi ia digerakkan oleh pimpinan muda KEADILAN dengan harapan dapat menarik minat penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Selain saya dan Saudari Nurul Izzah, pelancaran Ayuh Malaysia akan turut menampilkan Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa), Sdr Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Baharu), Sdr Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim), Sdr Manivannan Gowindasamy (mantan Ahli Parlimen Kapar) dan Sdr Lee Chean Chung (ADUN Semambu, Pahang).

Majlis pelancaran Ayuh Malaysia juga akan memperkenalkan aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

Maklumat lanjut majlis pelancaran Ayuh Malaysia adalah seperti berikut:

Tarikh : Sabtu, 26 Mac 2022

Masa : 8 malam

Tempat : VIDA Bukit Ceylon, Kuala Lumpur

Oleh kerana kehadiran dihadkan kepada 150 orang untuk mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP), majlis ini dibuka kepada pihak media dan jemputan sahaja.

Pihak media yang ingin hadir boleh mengesahkan kehadiran dengan Pengerusi JK Penganjur, Sdr Zahir Hassan di emel zahirhassan@gmail.com atau WhatsApp di talian 012 225 0897.

Orang ramai yang tidak berpeluang hadir dijemput mengikuti majlis pelancaran secara langsung di laman Facebook, Youtube dan Twitter saya bermula jam 8 malam esok.

Kami akan membentangkan teras lima (5) dasar yang wajar diberi perhatian oleh masyarakat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi orang ramai (seperti masalah peluang pekerjaan, masalah kos sara hidup, masalah perumahan dan lain-lain).

Kami berharap idea-idea yang bakal kami bentangkan melalui Ayuh Malaysia dapat menghidupkan kembali semangat orang ramai untuk terus berusaha membawa Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik.

RAFIZI RAMLI

 



Menteri Umno 'bersarapan bersama' timbulkan tanda tanya [METROTV]

 

Menteri Umno 'bersarapan bersama' timbulkan tanda tanya [METROTV]

Putrajaya: Beberapa menteri daripada Umno dilihat mengadakan pertemuan di sebuah hotel terkemuka hari ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut pertemuan itu diadakan dan difahamkan ia diadakan sebelum menteri terbabit menghadiri Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Pergerakan keluar masuk menteri terbabit dapat dilihat sejak jam 8 pagi.

Antara yang dilihat memasuki pintu masuk hotel berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang tiba pada jam 8.45 pagi serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, 9.37 pagi.

Perjumpaan kira-kira satu jam itu tamat pada jam 9.50 pagi dan semua menteri Umno yang hadir keluar secara serentak.

Turut dilihat meninggalkan hotel berkenaan ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Perumahan; Kerajaan Tempatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Namun kesemua menteri yang hadir mengunci mulut masing-masing dan tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai perjumpaan yang diadakan itu.

Pergerakan keluar masuk menteri terbabit dapat dilihat sejak jam 8 pagi.

Antara yang dilihat memasuki pintu masuk hotel berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang tiba pada jam 8.45 pagi serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, 9.37 pagi.

Perjumpaan kira-kira satu jam itu tamat pada jam 9.50 pagi dan semua menteri Umno yang hadir keluar secara serentak.

Turut dilihat meninggalkan hotel berkenaan ialah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Menteri Perumahan; Kerajaan Tempatan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Namun kesemua menteri yang hadir mengunci mulut masing-masing dan tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenai perjumpaan yang diadakan itu..


Pasca PRN Johor: Mood pengundi Cina berubah, PH perlu ubah strategi?



Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru baru ini disebabkan perubahan arah sokongan dalam kalangan semua kaum.



Meskipun PH menerima undi kurang memberansangkan dari kaum Melayu yang mereka dapat sekitar 27% pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu dan kali ini kurang 10%, namun pengundi Cina juga didapati telah beralih arah dengan mengurangkan sokongan terhadap PH.



Bagi Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, trend peralihan undi Cina itu turut berlaku dalam kalangan pengundi muda, sama ada pada usia 18 atau 21 tahun.



"(Berdasarkan kajian) dalam PRU 14 etnik Cina memberi undi kepada PH sehingga 89% tetapi dalam PRN Johor mereka hanya memberi undi 69%. Kejatuhan sekitar 19%



"Ini adalah satu peralihan agak besar menuju PRU 15, yang ada waktu lagi untuk gerakan lain dilakukan. Bagaimanapun ini memberi kesan besar kepada kerusi di kawasan bandar, contohnya kawasan bercampur majoriti Melayu tetapi ada pengundi Cina agak besar.



"Ini menyebabkan MCA boleh menempatkan diri sebagai pemenang," katanya dalam forum maya mengupas peralihan sokongan etnik Cina dalam PRN Johor terbitan Sumberkini, malam tadi.



Berdasarkan kajian yang dilakukan, menurut Prof Yusri, anak muda Cina didapati lebih memikirkan masa hadapan mereka berbanding isu lain, terutama peluang mendapat pekerjaan dan ekonomi pasca pandemik Covid 19 yang diterjemahkan sebagai undi pada 12 Mac lalu.



"Bila kita tanya, mereka beritahu tentang masa hadapan, yang mereka sedang fikir, sedang mereka bimbang adalah ekonomi, iklim perniagaan dan peluang pekerjaan. Tetapi PH masih lagi kempen berkenaan integriti, isu rasuah, pentadbiran telus, kluster mahkamah dan sebagainya.



"Kempen itu bagi sebahagian anak muda Cina mereka 'tak masuk'. Undi 18 juga, anak muda sekitar umur 20 tahun ada sedikit behavior untuk bergerak kepada BN berbanding PH," katanya.



Mengenai pertanyaan moderator mengenai trend kemerosotan undi Cina kepada PH berdasarkan beberapa siri PRN, Dr Yusri menjelaskan, isu yang menyebabkan dampak kemerosotan itu berbeza beza.



Katanya, di Melaka terdapat isu beberapa ahli politik BN yang melompat diterima PH sebagai calon, manakala di Johor mengikut kajian lebih kepada isu logo bersama yang tidak digunapakai.



Bagaimanapun, kata Yusri, hal itu tidak menunjukkan secara muktamad pengundi Cina sudah tidak lagi terkesan dengan isu isu tatakelola pentadbiran, jenayah pemimpin BN dan sebagainya.



Cuma pada PRN, kata Dr Yusri, settingnya berlainan. Katanya, pengundi tidak lagi mahu dibawakan isu yang mereka telah buat keputusan dalam PRU lalu. Pada PRN mereka hendak tengok polisi ekonomi, kos sara hidup, harga barang dan beberapa isu tempatan lainnya.



Namun, Dr Yusri mengingatkan BN agar tidak terlalu yakin diri setelah memperolehi kemenangan besar kerana dalam PRU 15 sokongan Cina mungkin berubah kembali.



"Orang mengundi PRN, PRK lebih kepada isu setempat. Yang mengundi kerana agenda reformasi dan sebagainya kadang kadang menjauhkan diri. Mereka tak balik, tak keluar mengundi, etnik Cina beralih sedikit kepada BN



"Tetapi ini bukan bersifat kekal. Dalam kajian kami etnik Cina mereka betul betul mengundi secara strategik, iaitu apa yang mereka mahu capai.



"Apa sahaja yang berlaku menjelang PRU 15 boleh merobah sikap pengundi Cina asalkan PH boleh menawarkan kepada kelompok ini (sesuatu yang bagus). Saya tidak terkejut sekiranya mereka kembali kepada PH.



"Sebab PRU akan menentukan jatuh bangun negara, soal ekonomi, pelaburan dan sebagainya. (Dalam PRU) sama ada PH atau BN, siapa yang memberi tawaran terbaik, tidak lagi meratib perkara yang telah diketahui umum, saya tidak terkejut kalau etnik Cina kembali undi PH.



"Tetapi saya juga tidak terkejut jika BN tawar yang terbaik, mereka akan undi BN," katanya lagi.

 

Penyanyi terkenal ditahan bersama 17 pokok ganja di rumah

 

Pokok ganja yang dirampas dari kediaman seorang penyanyi yang juga
 komposer terkenal di kediamannya di Kota Damansara semalam.

PETALING JAYA: Seorang penyanyi yang juga komposer terkenal ditahan bersama 17 pasu pokok ganja dan ketulan mampat ganja seberat 214g di kediamannya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata ujian awal mendapati suspek positif dadah.

“Suspek mempunyai sejarah terlibat dengan penagihan dadah selama 10 tahun dan suspek terlibat dengan penanaman pokok ganja lebih kurang dua bulan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B Akta sama yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.

Difahamkan, suspek pernah menyertai kumpulan nasyid terkenal sebelum beralih kerjaya sebagai komposer.

Fakhrudin berkata, polis telah memantau kegiatan dadah suspek sejak sebulan lalu berdasarkan risikan.

Katanya, polis turut merampas peralatan penanaman ganja seperti lampu dan alat pengukur PH air.

“Suspek kini direman tujuh hari hingga 31 Mac,” katanya.

KERJA 4 BULAN TANPA GAJI, 53 CLEANER SEKOLAH SABAK BERNAM BERKAMPUNG DEPAN PEJABAT PERDANA MENTERI*


*_4 HARI LAGI - 29 MAC 2022_*

(KAMI PERLU SUMBANGAN UNTUK PENGANGKUTAN & MAKANAN)


53 Pekerja pembersihan sekolah ini kerja percuma sejak November 2021 dibawah kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pekerja-pekerja ini telah berjumpa PPD dan KPM,

tetapi sehingga sekarang tiada penyelesaian. Pekerja tiada jalan lagi selain berkampung hadapan Pejabat Perdana Menteri pada 29 Mac 2022 sehingga masalah selesai. 


Tuntutan Pekerja:

1. GAJI TERTUNGGAK MESTI DIBAYAR SERTA MERTA

2. SYARIKAT BERMASALAH MESTI DISENARAI-HITAMKAN


#OccupyPutrajaya

#4BulanKerjaPercuma

#KPMCuciTangan

#BlacklistSyarikat


Untuk bantuan kewangan, sila salurkan kepada

NORMAH BT ABU HASSAN

Nombor Akaun: 1012341000046101 (BSN)


Untuk rujukan selanjutnya, hubungi

Normah (Wakil Pekerja) - 0163492554

Osman (Wakil Pekerja) - 01126714626

Danial (Wakil JPKK) - 01110907989


FB:

1. Video - https://fb.watch/bZ8YaDAnqL/

2. https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1821806361353916&id=953464014854826

TWTR:

1. https://twitter.com/jpkk_official/status/1507252033501687808?s=20&t=VMMtKiFpm_6jTrt2uhtrtQ

IG:

1. Video - https://www.instagram.com/tv/Cbe4PhkJenP/?utm_medium=copy_link

2. https://www.instagram.com/p/CbhJfqiJpBU/?utm_medium=copy_link

AKU KAYA....TAK LAMA KAYAP

 




LAKI WA SAPU WANG RAKYAT JELATA, WA DAPAT KALUNG 97 JUTA!


www.zunar.my



KAH..KAH..KAH....MAKCIK PEKAN..APA MACAM ?


 Rantai dia je USD23 juta, lebih kurang RM100 juta. Korang makan nasi campur kena RM23 dah maki tuan kedai. Lepas tu sibuk nak Najib berkuasa balik. Otak ada tak? Guane boh?

APA FAEDAH NAJIB BELA SAPURA, BANYAK SYARIKAT LAIN MERANA?


Pembangkang perlu bersatu kalau mahu Menang PRU15.


Sikit pun aku tak nafikan. Cuma, kita berjuang untuk perubahan atau semata-mata untuk menang PRU? Kalau untuk perubahan, kemenangan jatuh nombor 2. Prinsip jadi keutamaan. Kalau menang, itu bonus

Dulu aku sendiri pun percaya, kalau nak perubahan, kita mesti memerintah. Tapi selepas PH menang PRU14, aku mulai sedar. Kalau menang pun tapi bersama pihak yang salah, kita sebenarnya kalah.

Tengok berapa banyak perubahan PH dapat buat semasa memerintah dengan Mahathir sebagai ketua? Memang ada tapi yang kecil saja. Reformasi hanya separuh hati. Dibuat secara sambil lewa.

Sebagai pembangkang pun kita masih boleh jana perubahan. Asal saja kita berusaha untuk mencipta anjakan paradigma di minda rakyat. Kemenangan akan menyusul selepas minda rakyat diperbetulkan.

Jadi komentar yang mengatakan PH perlu bekerja sama dengan pihak lain termasuk PN (nota: PN bukan pembangkang), aku tak dapat lagi menerima idea yang sebegitu. Cukuplah sekali buat kesilapan.

Nak bekerjasama dengan PN, Pejuang, Warisan dan Muda boleh saja. Tapi cuba lihat tingkah mereka. Kalau mereka pun korup, dan terus korup setelah menang nanti, nama PH sendiri akan tercemar.

Contohnya isu Sosma. PPBM menyokong Sosma. Mahathir sendiri dulu pencinta ISA. Kalaulah PH memerintah bersama PN, dapatkah PH hapuskan akta zalim itu nanti? PPBM akan beri sokongankah?

Itu belum cerita soal pengkhianatan. Ya, mungkin PH akan menang. Mungkin dapat tewaskan BN. Tapi kemudian kemenangan diserahkan kepada BN kerana ideologi mereka lebih mirip, bagaimana?

Dah terjadi kan masa PH memerintah dulu? Atau paling tidak pun, PH akan hilang arah. Reformasi jadi basi kerana ditolak gabungan sendiri. Akhirnya PH yang dicaci maki. Itukah yang kita mahukan?

Lebih baik PH bergerak sendiri. Dan kalau Amanah serta DAP mahukan khemah besar, biarlah Keadilan bergerak solo. Kalah itu pasti tapi setidaknya masih bermaruah dan masih memegang kukuh prinsip.

Sejarah telah membuktikan. PH menang PRU14 tapi gagal laksanakan Reformasi kerana dihalang ketua sendiri, akibatnya PH jadi lebih hancur dan musnah teruk dan sehingga kini, kesannya masih terasa.

Kalau pemimpin PH memang gilakan kemenangan, teruskanlah bersama pengkhianat dan penjahat itu. Tapi bila agenda reformasi tak berjalan, percayalah aku kata, PH hanya akan tinggal debu. Guane boh?

Raja Gelap

 

Sumber Dari telegram. Semuga disiasat secara Adil bagi pihak keluarga mangsa.

 

ROSLIN AHMAD


Sumber Dari telegram. Semuga disiasat secara Adil bagi pihak keluarga mangsa.

Baby Syifaa dijerut bukan terjerut!
Menurut siasatan polis, Pengasuh mengatakan Baby Syifaa terjerut buai selepas diberikan susu sekitar jam 12.30 tengah hari.
Pengasuh masuk memeriksa Baby Syifaa sekitar jam 3.00 petang dan melihat Baby Syifaa terjerut di dalam buai dalam keadaan tergantung.
Namun, sejak hari pertama aku tidak percaya sepatah kenyataan dibuat oleh pengasuh kepada Baby Syifaa kerana aku tahu beliau berbohong!
Polis membuat siasatan berdasarkan kronologi yang diceritakan oleh Pengasuh dan kes disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 tapi sehingga ke hari ini kes belum dituduh di mahkamah.
Buai yang menjerut Baby Syifaa adalah buai kain yang seperti “jaring”. Itulah yang dikatakan oleh Pengasuh semasa siasatan polis.
Tapi timbul keraguan, kain yang menjerut leher tidak meninggalkan kesan (lebam) berbentuk satu garisan lurus.
Tak percaya, cuba ambil kain jerut leher sendiri. Tidak perlu lama, cukup 2 minit. Kain tidak akan tinggalkan lebam lurus satu garisan.
Kesan lebam pada leher Baby Syifaa adalah kesan tali wayar atau kabel. Selain itu, tiada kesan “jaring” pada leher Baby Syifaa.
Aku tak mahu bising sebelum ini kerana memang aku tunggu dan lihat apa tindakan akan berlaku dalam 30 hari.
Hari ini adalah hari ke 32 hari permergian Baby Syifaa dan memandangkan pengasuh belum dibawa untuk dibacakan pertuduhan di mahkamah malah pengasuh tidak ditahan reman sejak hari pertama kejadian.
Aku mohon supaya kes kematian Baby Syifaa disiasat semula dan diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Gambar kesan kecederaan pada leher Baby Syifaa ini dihantar kepada pakar forensik di luar negara. Tahu apa pandangan mereka selepas melihat gambar ini?
Pakar forensik berpandangan kesan jerutan di leher Baby Syifaa bukannya akibat jerutan kain tetapi kesan yang berpunca jerutan tali, wayar atau kabel.
Justeru…
Siasat semula kes kematian Baby Syifaa, Polis perlu siasat kedua-dua Pengasuh, kedua-dua suami selain seorang lagi adik perempuan kepada Pengasuh yang kononnya tidak bertugas sepanjang bulan Februari.
Jika aku boleh fight untuk orang lain, mustahil untuk aku berdiam diri dalam kes yang membabitkan anak aku sendiri.
Aku akan membuat permohonan rasmi kepada AGC dengan menghantar surat supaya kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Aku bersandarkan hujah-hujah dan pandangan pakar forensik serta gambar kesan pada leher Baby Syifaa.
Siasat semua orang yang ada akses untuk memasuki Taska pada hari kejadian. Jika Polis tak mampu untuk siasat kes Baby Syifaa betul-betul serta AGC segan untuk membuat pendakwaan kes.
Sila beritahu aku!
Sebab aku ada cara sendiri untuk mendapatkan hak dan keadilan di atas kematian Nour Rania Asyifaa Bt. Yuseri.
Hutang budi dibalas budi, hutang darah..?
Tuan-Puan, saya amat tidak selesa berkongsi gambar ini. Namun saya tiada pilihan kerana pemergian Baby Syifaa perlu mendapat pembelaan sewajarnya.
Maafkan Daddy Adik..
Justice Delayed is Justice Denied!
May be an image of 1 person